Cara cepat dapat kelulusan Google Adsense - Nothing to Somethings

Cara cepat dapat kelulusan Google Adsense

1- Guna domain .com

Domain boleh digambarkan seperti alamat rumah. Semakin ringkas, semakin mudah untuk di ingati. Sama seperti domain, semakin ringkas, semakin mudah untuk pembaca blog anda mengingatinya. Sebolehnya, gunakan domain yang pendek dan menarik. Selain itu, bagi melambangkan tahap komitmen anda dalam penulisan, pastikan anda menggunakan domain .com.

Ini kerana, jika dibandingkan domain.com dan domain blogspot.com, domain berakhir dengan .com adalah lebih cantik. Buktinya, saya sendiri mendapat kelulusan google adsense hanya selepas menukar domain kepada .com dengan jumlah artikel sekitar 18 sahaja. Untuk membeli domain, saya sarankan anda membeli dengan SyokHost. Harganya murah dan anda boleh berurusan dalam bahasa melayu sahaja. Untuk membelinya anda boleh klik ðŸ‘‰ SyokHost.

Gambar dibawah adalah contoh pendapatan yang diperolehi daripada akaun google adsense saya.

Baca juga:
1- Cara beli domain dot Com
2- Cara pasang domain dot Com 

Google adsense
Contoh pendapatan google adsense

2- Guna templete responsive

Secara ringkasnya, templete responsive merupakan templete yang mampu menyesuaikan bentuk dengan keadaan sekitarnya. Dengan kata mudah, walaupun blog anda dibuka dengan menggunakan handphone, bentuknya tetap cantik seperti dilihat dengan menggunakan laptop/dekstop. Untuk mendapatkan templete responsive secara percuma anda boleh klik disini. Terdapat berpuluh-puluh templete yang boleh anda pilih.

3- Artikel ditulis dengan ayat penuh

Tip ketiga adalah, anda perlu hasilkan artikle dengan menggunakan ayat penuh. Elakkan menulis dengan menggunakan ayat ringkas. Contoh, "makan = mkn" dan "sebagainya = sbg". Ini kerana, dengan menggunakan ayat penuh ia menggambarkan anda lebih profesional selain memudahkan pelawat mencari dan membaca artikle anda. Ini kerana, untuk membuat carian di enjin carian google, pembaca biasanya tidak menggunakan ayat ringkas tetapi menaipnya dengan ayat penuh. 


4- Hasilkan artikel unik dan menarik

Selain daripada blog menggunakan templete responsive dan ditulis menggunakan ayat penuh, anda juga perlu pastikan setiap artikle ditulis dengan menggunakan idea sendiri tanpa "copy & Paste" idea orang lain. Ini kerana, pihak google sangat mementingkan kualiti daripada kuantiti. 

5- Sedikan maklumat 'profile, disclaimer, contact me'

Bagi mengambarkan anda seorang yang profesional dan serious dalam penulisan, pastikan ketiga-tiga perkara ini diletakkan di dalam blog. Mengikut maklumat dari bacaan blog, ketiga-tiga perkara ini penting untuk meyakinkan pihak Google Adsense untuk meluluskan permohonan anda.


6- Sediakan menu

Tip terakhir adalah, pastikan blog anda mempunyai rungan menu. Mengikut pembacaan, ramai blogger turut mencadangkan perkara yang sama. Ini kerana, dengan adanya "menu" blog anda akan kelihatan lebih tersusun, kemas selain memudahkan pembaca membuat carian.

Semoga berjaya.
Cara cepat dapat kelulusan Google Adsense Cara cepat dapat kelulusan Google Adsense Reviewed by Lah Mohd on 13:40:00 Rating: 5

4 comments:

Powered by Blogger.