Kongsi Pengalaman - Nothing to Somethings

Kongsi Pengalaman

"Pengalaman Anda Keutamaan Kami"

Kongsikan pengalaman anda untuk sama-sama kita bantu rakan travel baru kita.

Tanpa pengalaman dan tip percutian daripada anda, adalah mustahil untuk rakan travel kita mencari lokasi menarik dan membuat persedian sebelum bercuti.

Kami di pihak Blogger 'Nothing to Somethings' dan 'Oh Vacay' sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan pengalaman anda dalam bahasa Melayu atau English. Sumbangan dalam Bahasa Melayu akan kami terbitkan di blog NothingtoSomethings.Com, manakala bahasa English akan kami terbitkan di OhVacay.Com

Sumbangan ini boleh berbentuk:
1- Pengalaman bercuti/ Travel/ Hiking
2- Tips sebelum/ Semasa bercuti
3- Tempat menarik
4- Makanan menarik
5- Tempat makan menarik
6- Cara ketempat menarik
7- Perbelanjaan
8- Itinerary
9- Cara menaiki public transport di tempat menarik. Contoh,Tram, Train, Bus, Feri dan lain-lain
10- Dan lain-lain pengalaman dan tips berkait percutian

Bagi menjaga kepentingan bersama, pihak kami telah menetapkan beberapa terma dan syarat. 


Terma dan Syarat Penghantaran Artikle

1- Hanya sumbangan berbentuk percutian, tempat menarik, hiking dan tips berkait percutian akan diterima. Tip percutian termasuk budget/kos perjalanan, cara menaiki pengangkutan awam, penggunaan pengangkutan awam etc.

2- Semua artikle yang ingin disumbang perlu dihantar bersama beberapa keping gambar (maksimum 5 keping) untuk diterbitkan di dalam artikle. Sekiranya anda mempunyai banyak gambar untuk dikongsi, anda boleh lakukannya di Page Facebook kami OhVacay.Com

3- Gambar yang dihantar/dikirim perlu di dalam format jpeg image.

4- Dengan menghantar atrikle dan gambar kepada pihak kami, anda bersetuju dan memberikan kebenaran kepada pihak kami untuk mengguna, menerbit, mengekalkan atau memadam artikel tersebut di dalam Blog dan Facebook kami.

5- Setiap artikle yang disumbang akan diolah/disunting mengikut kesesuai bahasa yang digunakan di blog kami. 

6- Bagi menghargai jasa anda, di bahagian akhir artikle akan dicatatkan nama anda sebagai penyumbang dengan caption "Disumbangkan/ Disediakan oleh". Sertakan nama yang ingin ditulis di artikle blog dan link FB anda.

7- Artikle atau pengalaman yang ingin dikongsi perlu di emelkan ke: lahmohd89@gmail.com, dengan menulis "Sumbangan pengalaman oleh ...................." di bahagian subject emel.

8- Pihak kami berhak untuk tidak menerbitkan artikle/pengalaman yang disumbangkan sekiranya didapati artikle tersebut pernah diterbitkan atau ditiru dari mana-mana ruang blog atau website.

9- Kami tidak bertanggujawab atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh anda selepas anda kongsikan pengalaman anda kepada kami. 

Terima Kasih

Dikemaskini:
11 Februari 2018
Kongsi Pengalaman Kongsi Pengalaman Reviewed by Lah Mohd on 15:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.