Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali - Nothing to Somethings

Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali

Macam mana nak tau pintu berlepas?
Macam mana nak check-in kal terbang/ flight?
Macam mana nak tuntut bagasi?
Macam mana nak beli tiket kapal terbang/ flight?

Itu antara persoalan yang biasa bermain di fikiran mereka yang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight. Tidak terkecuali saya sendiri. Kali pertama saya menaiki kapal terbang/ flight adalah pada tahun 2012 ke Langkawi dengan menggunakan pesawat AirAsia.

Selepas 3 tahun mengalami perkara di atas terdetik di hati saya untuk kongsikan cara untuk menaiki kapal terbang/ flight memandangkan pada tahun 2015 perkara yang sama di alami oleh kawan saya yang pertama kali menaiki pesawat ke Korea. Plan asalnya saya bersamanya ke Korea, tetapi plan berubah di saat akhir dan menyebabkan beliau terpaksa manaiki kapal terbang/ flight bersendirian.

Jadi sebagai rujukan bersama di sini saya kongsikan sedikit panduan ringkas bermula dari pembelian tiket sehingga ketibaan korang ke destinasi.

KLIA
KLIA

1- Pembelian tiket

Sebelum membolehkan korang menaiki kapal terbang/ flight korang harus memiliki tiket penerbangan yang sah. Untuk membuat pembelian korang ada beberapa pilihan sama ada melalui agensi pelancongan, pembelian kaunter atau pembelian secara online. Kalau korang nak beli tiket, dinasihatkan korang membuat belian awal bagi mendapatkan harga yang lebih murah.

Mengikut pengalaman, saya lebih suka membeli tiket penerbangan secara online kerana mudah dan menjimatkan masa. Antara maklumat yang perlu korang isi semasa proses pembelian tiket adalah, nama, alamat emel, tarikh lahir dan sebagainya.

Note: Korang hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga pembelian tiket berjaya atau menerima kod/ emel tempahan.

Baca juga:
Cara beli tiket flight murah
Cara beli tiket kapal terbang/ flight AirAsia secara online


2- Daftar masuk/ Check-in

Selepas korang berjaya membuat pembelian, korang perlu daftar masuk. Untuk daftar masuk korang ada beberapa pilihan sama ada melalui kaunter, kiosk, mobile atau online check-in. Sekiranya korang daftar masuk online biasanya korang boleh daftar masuk awal bergantung kepada syarikat penerbangan. Contoh, untuk penerbangan AirAsia korang boleh check-in 14 hari sebelum penerbangan, manakala  Malindo Air korang boleh check-in 48 jam sebelum penerbangan. 

Tapi kalau korang memilih untuk daftar masuk melalui kaunter biasanya kaunter dibuka 3-4 jam sebelum penerbangan. Jadi pastikan korang sampai awal bagi mengelakkan korang panik atau dihalang dari mendaftar masuk. Penggunaan daftar masuk kaunter sesuai sekiranya korang mempunyai beg yang besar atau barang yang banyak (muatan beg melebihi 7kg). Untuk mengetahui nombor kaunter untuk daftar masuk korang boleh rujuk papan info yang disediakan di airport. 

Note: 
1) Mengikut pengalaman hanya airasia sahaja yang menimbang "hand luggage" untuk pastikan korang tidak terlebih muatan. Tapi bukan semua airport dan jenis penerbangan membuat perkara tersebut.

2) Meskipun korang perlu daftar masuk beg bersaiz besar di kaunter, disarankan juga untuk korang membuat daftar masuk online bagi mengelakkan korang dikenakan caj tambahan semasa di kaunter.

Baca juga:
Cara daftar masuk beg di kaunter
Cara self baggage drop Airasia 


3- Pemeriksaan kawalan keselamatan

Selepas melakukan proses daftar masuk dan memperoleh boarding pass, korang boleh terus ke pintu pemeriksaan keselamatan. Untuk ke pintu pemeriksaaan korang perlu sediakan pass masuk (tiket) dan pengenalan diri (I/C atau passport) bergantung kepada jenis penerbangan korang sama ada domestik atau antarabangsa. 

Dinasihatkan korang sampai awal sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam sebelum penerbangan bagi mengelakkan korang panik atau terpaksa beratur lama atau terlepas penerbangan. Ini kerana, bagi kebanyakan airport utama seperti KLIA/ KLIA2, ruang berlepas adalah besar dan pintu berlepas pula jauh. Jadi korang memerlukan masa untuk sampai ke pintu perlepasan.

Semasa pemeriksaan keselamatan kebiasaannya korang perlu membuka semua perlatan logam/ besi. Bagi yang membawa laptop, korang perlu keluarkan laptop dari beg dan masukkan ke dalam bakul yang disediakan. 

Bagi penerbangan antarabangsa, pemeriksaan passport akan dilakukan sebelum korang melalui proses pemeriksaan keselamatan. Pastikan korang berada di barisan yang betul sama ada warga negara atau warga asing. 

Note: Sekiranya korang mengambil penerbangan semasa waktu puncak (hari raya atau cuti umum) pastikan korang sampai awal bagi mengelakkan korang terlepas penerbangan. 

4- Menaiki pesawat

Selepas korang dah melalui proses pemeriksaan keselamatan korang boleh terus ke pintu perlepasan. Untuk mengetahui pintu perlepasan korang boleh rujuk kepada papan info atau boarding pass korang.

Setelah sampai ke pintu berlepas korang perlu tunggu sehingga pengumuman naik pesawat dilakukan dan korang perlu beratur. Kebiasaanya keutamaan untuk menaiki pesawat di berikan kepada pemegang tiket business class dan keatas, mereka yang memiliki anak kecil dan warga emas.

Semasa proses menaiki pesawat korang perlu sediakan boarding pass dan pengenalan diri untuk diperiksa. Sekiranya korang bawa hand luggage, korang perlu letak di ruang atas atau di bawah (di bawah tempat duduk kerusi depan korang). Pastikan korang duduk di kerusi yang betul seperti tercatit dalam boarding pass korang. Tegakkan kerusi, pakai tali keledar, matikan barangan elektronik dan buka slide tingkap sepenuhnya (kalau korang duduk tepi tingkap).

Bagi penerbangan antarabangsa kebiasaanya korang akan diberi beberapa borang untuk di isi semasa dalam pesawat. Jadi pastikan korang bawa bersama pen bagi mengelakkan korang beratur lama di ruang imegresen untuk mengisi borang.

Note: W/pun nombor pintu/ gate perlepasan telah tercatit pada boarding pass, pastikan korang turut merujuk kepada papan info untuk kepastian dan sentiasa peka dengan pengumuman (sekiranya ada perubahan pintu atau pesawat delay). Mengikut pengalaman, pintu perlepasan boleh berubah w/pun telah tercatit dalam boarding pass.


5- Ketibaan

Sebelum keluar daripada pesawat pastikan korang membawa bersama barang korang (hand luggage etc). Jangan ada yand tertinggal. Sekiranya korang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight, untuk keluar ke balai ketibaan korang boleh ikut penumpang lain atau korang ikut papan tanda keluar.

Sekiranya korang mempunyai bagasi yang didaftar masuk ke perut pesawat, korang berlu ke ruang menuntut bagasi. Untuk mengetahui lokasi bagasi, korang boleh rujuk kepada papan info yang disediakan di airport.

Bagi penerbangan antarabangsa, sebelum keluar korang perlu melalui imegresen dan pemeriksaan kastam terlebih dahulu. Mengikut pengalaman saya, sekiranya korang tidak membawa/ membeli barang yang banyak atau membawa barang yang perlu declare cukai korang akan dilepas tanpa sebarang soalan.

Baca juga: Cara tuntut bagasi atau beg di airport

Selesai.. 

Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali Reviewed by Lah Mohd on 23:06:00 Rating: 5

70 comments:

  1. Kalau dah check in online, perlu check in kat kaunter juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu, kecuali kalau ada barang untuk di check-in. Make sure boarding pass dah print lepas check-in online.

      Delete
  2. Barang yang perlu check-in di kaunter barang yang melebihi 7kg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, barang yang lebih 7kg.

      Delete
    2. KALAU BARANG TU LEBIH 7KG CHECK IN KAT KAUNTER KAN. KENE BAYARAN TAK?

      Delete
    3. Bergantung kepada tiket yang di beli. Kalau tiket yang dibeli tak termasuk luggge, nak check-in perlu bayar (Cth: AirAsia). Kalau dah termasuk dalam harga tiket, boleh check-in free (Cth: MAS, Malindo).

      Delete
  3. assalam..

    kalau dah book penerbangan return..mase balik tu perlu check in jugak ke?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum check-in perlu check-in. Sebab kadang2 kalau check-in awal, flight return tak di check-in sekali. Contoh tarikh berlepas 14/1 dan return 17/1 dan tuan buat check-in pada 1/1. Jadi hanya flight 14/1 yang di check-in, flight return belum di check-in.

      Delete
  4. Tambang dalam Malaysia ni sama kah untuk warga asing atau diorang ada berlainan harga

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, kalau dah check in online and dah print. nanti sampai KLIA terus pergi ke mana ye? untuk domestik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beg untuk di check-in tak? Kalau ada perlu check-in beg dulu. Selesai check-in beg boleh terus ke ruang berlepas.

      Kalau takde beg untuk di check-in boleh terus ke ruang berlepas.

      Delete
  6. tket kena print kt mne ye..kwn ckp kna kna pr kt epot ad ad k dia btul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh print sebelum ke airport (print di rumah atau CC) atau print di airport (guna kios). Tapi pastikan awk dah check-in dan dan dapat boarding pass

      Delete
  7. assalam, nak tanya, kalau kita dh checkin online, nanti di airport kita cuma cek in utk bgasi then ada kaunter lain x kita kena pergi. boleh x awak senaraikan step2 dia,, first timer nak cek in sorang2 ni :-(
    tqqqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam
      Kalau dah check-in online awak boleh terus ke kaunter baggage drop. Bawa IC & boarding pass. Lepas drop luggage awak boleh terus masuk ke ruang berlepas dan tunggu di pintu berlepas. Tunggu sehingga staf panggil untuk masuk pesawat.

      Delete
  8. kalau nak check in online, boarding pass akan dapat lepas check in, kan. lepas tu print. sampai airport terus pergi ruang berlepas (bawa hand carry bag shj, domestik). kat ruang berlepas tu la diorang akan check bag yg akan bawa naik. betul tak?

    ReplyDelete
  9. powerbank lepas tak kalau dlm hand carry bag?

    ReplyDelete
  10. berapa jam awal perlu sampai di airport jika semua chekin sudah buat online?
    utk penerbangan domestik biasanye di klia2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua dah siap check-in online, bagi airport bersaiz kecil awak boleh berada di airport selewat-lewatnya 30 minit sebelum masa boarding (rujuk boarding pass). Kalau airport bersaiz besar (cth KLIA/KLIA2) disarankan berada di airport selewatnya 1 jam sebelum masa boarding.

      Tapi kalau ada beg untuk di check-in dikaunter, walaupun dah siap check-in online disarankan awak ke airport sekitar 2 jam sebelum masa boarding (bergantung kepada saiz airport)

      Tidak semua penerbangan domestik berlepas dari KLIA2. Lokasi berlepas boleh rujuk pada boarding pass. Contoh:
      1- MAS - KLIA
      2- Airasia - KLIA 2
      3- Malindo air - KLIA & Subang
      4- Firefly - Subang

      Delete
  11. Klau guna ic yang fotostat dan diliminate boleh tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak sure. Rasanya tak boleh, perlu guna yang asal.

      Delete
  12. salam. nak tanya dekat boarding pass memang tak da letak no gate eh ? memang kena tengok dekat screen kt airport ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Ya, kalau boarding pass yang print sendiri memang takde nombor gate. Biasanya yang print di kaunter sahaja yang ada nombor gate.

      Delete
  13. salam,jika penumpang bersama bayi yg dipangku boleh daftar masuk online x?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Bergantung kepada jenis penerbangan. Kalau Airasia penumpang berikut perlu daftar masuk di kaunter:
      1- Mengandung
      2- Penumpang dengan bayi
      3- Penumpang berumur 16 tahun kebawah yang menaiki pesawat seorang
      4- Penumpang kurang upaya yang memerlukan bantuan khas
      5- Penumpang yang sakit atau dalam rawatan

      Delete
  14. Assalamualaikum.. Saya nak tanya kalau saya nak check in di kaunter tapi jangkaan Saya sampai di airport 2 jam sebelum boarding boleh ke ? Sebab dekat atas tulis 3-4 jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam. Boleh selagi kaunter check-in belum tutup. Biasa kaunter tutup sekitar 45 minit hingga 1 jam sebelum boarding.

      Delete
  15. Hye nak tnya sket. Sbenarnya check in ni ap ek. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Check in ni utk daftar masuk flight.
      Cik/tuan boleh pilih sama ada utk check in online atau di kaunter. Kalau xde check-in luggage disarankan buat check-in online. Nt terus dapat boarding pass n boleh terus ke gate berlepas

      Delete
  16. first time nak ambil flight ke cairo bulan 2 2019.dah tempah tiket tapi masih risau tentang tiket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flight apa? Beli sendiri atau melalui agent?

      Delete
  17. Sye ade bca komen kat atas psal nombor gate xde dlm boarding pass yg diprint sndiri. Nombor gate mcm mne yg dmaksudkan ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No gate maksudnya gate yang kita akan naik flight nanti. Contoh Gate C22, P17 dan lain. Kalau cik/tuan pernah naik bas di TBS, lepas turun ke balai berlepas kan ada nombor gate, sama mcm nak naik flight, nt di board pass akan ditulis nombor gate. Kalau xde nombor gate cik/tuan blh rujuk papan info dgn berpandukan nombor pesawat. Cth MHxxx, D7xx AKxx. Nt di papan info tu akan ditulis nombor gate.

      Delete
  18. Tumpang tanye… kalau kite nk Ke luar negara contohnye ke indonesia.. Wajib ke kite beli tiket trus untuk balik ke malaysia..? Atau boleh beli bile kite da nk balik ke malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada negara. Ada negara kita perlu tunjuk bukti tiket balik ada negara tidak perlu.

      Biasanya dia akan tahan lps diaorang tengok maklumat di arrival card (lg lama kita di negara mereka, lg bnyk benda diaorang akan tanya). Bg negara yg xde arrival card diaorang tahan & tanya secara rawak je.

      Kalau ke Indonesia & vietnam InsyaAllah xde masalah kalau xde tiket balik sbb ikut pengalaman saya bbrp kali ke sana, pegawai diaorang tak pernah check.

      Tapi masa saya ke NZ, saya ditahan n diaorang tanya brp lama saya ke sana n diaorang minta saya tunjukkan bukti menginap di mana n tiket balik bila.

      Sama juga masa saya ke Jepun, saya di tahan & diaorang tanya details ttg tujuan saya ke Jepun.

      Delete
  19. Hi.. Sy pertama kli menaiki pesawat tahun 2019 ini.. Setelah sy bca td tp sy msh krng fhm tkut nnt sy tersesat dlm airport. Blh bntu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama... Ingin ke Sabah . Dan ini kali pertama saya menggunakan kapal terbang....

      Delete
    2. Hi, boleh saya tau part mana yg tak faham? Nanti saya cuba bantu

      Delete
  20. Tumpang tanya.. saya beli tiket online.. dah print siap.. hari selasa nie tiket fly malam dalam jam7.. macam stepnya yach lepas tu.. kena pi awal jam5petang ka.. Smpai aiport nk buat macam mana.. barang bag galas saja.. lebih kurang 2kilo ja baju.. tolong jelaskan.. hehehe takut plak sesat..maklumlah first time naik fly seorang.. dari Penang ke Sabah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandangkan awak first time, saya sarankan awak sampai awal di Airport. At least 1 jam dari masa boarding. Bila dan sampai awak boleh terus ke step 3 (pemeriksaan keselamatan). Selesai pemeriksaan keselamatan awak boleh terus ke gate. Untuk ke gate, awak boleh rujuk boarding pass. Kalau xde nombor gate di boarding pass, awak tengok nombor flight, lps tu rujuk papan info. Nanti tunggu la depan gate sehingga la staf panggil utk naik flight.

      Nanti dan sampai sabah, sblm keluar ke arrival hall, awak perlu lalu pemeriksaan imegresen. Nt serahkan IC/passport. Simpan resit yg diberi dan serahkan balik masa hari berlepas balik ke semenanjung.

      Delete
  21. Wah.bagusnya tuan blog.semua soalan jawab.saya pun dah lama tak naik flight international.nasid ada blog ni.leh refresh balik.thank you.

    ReplyDelete
  22. kalau bli online tak ambil kemudahan penerbngn untuk bagasi . dah siap print pastu ada pula bagsi nak bawa . boleh tak bayar bawa trs ke check in untuk bagasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi harga perkilo sangatlah mahal. Saya sarankan awak buat add-on online. Nt guna je boarding pass sama utk check-in. Tp kalau awak ada beli meal, kena print boarding pass baru sbb nt boarding pass tu dia nak rujuk masa bg makanan

      Delete
  23. Salam, saya baru pertama kali nak naik flight ke korea 11/2/2019 nanti. kalau ade anak yang berumur 3 tahun masih boleh check in online? saya nak pre booking untuk berat luggage. kalau check in dekat kaunter bag terlebih berat akan dikenakan harga yang berbeza kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Biasa kalau fly skali dengan baby kita xleh online check-in, kena kaunter check-in.

      Puan boleh je buat pre-book online, tp nt hr nak terbang puan buat kaunter check-in.

      Ya, beg terlebih berat akan di kira per kg. Harga per kg mmg sangat mahal

      Delete
  24. Asslm..tuan brg seperti jarum insulin pesakit diabetes boleh bawa masuk flight x...sy first time nk naik flight g lgkw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau masukkan ke dalam beg yg nak di check-in boleh je bawa. Tp kalau nak bawa masuk cabin saya tak sure

      Delete
  25. Tuan
    Boarding pass dgn tiket flight tu sama ke?

    ReplyDelete
  26. Boarding pass kita akan dpt lps check in ke?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum saya nak tanya, kalau hand carry bag yg boleh bawak ke cabin tu, luggage saiz 18 inch boleh ke? Terima kasih ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Saiz max utk cabin 56cm x 36cm x 23cm (termasuk roda dan pemegang)

      Delete
  28. Hai saya nk tny, kalau utk cabin airasia muat ke kalau bwk luggage 20’? Thanks in advance ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi
      Saiz max utk cabin 56cm x 36cm x 23cm (termasuk roda dan pemegang)

      Delete
  29. Assalammualaikum, nak tanya boleh ke bawa shampu ke cleanser ke dalamn hand luggage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam
      Boleh dgn syarat saiz botol shampoo/ cleanser tak lebih 100ml dan dimasukkan ke dlm plastik/ beg lutsinar

      Delete
  30. Assalamualaikum nak tanya lepas kita beli ticket online pastu boarding pass tu je kan kita kena print and bila sampai airport nak kena buat apa lepastu kalau takda luggage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Lepas beli tiket boleh terus check-in (dlm tempoh 14 hari dr tarikh departure) & print tiket.
      Kalau takde luggage, bila sampai airport boleh terus proceed ke security check dan tunggu di pintu berlepas

      Delete
  31. Ticket flight boleh beli online at least berapa hari sebelum tarikh nak naik flight tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari yang sama pun boleh. Atleast 3-4 jam sblm masa departure

      Delete
  32. Salam..selalunya masa imigresen check dgn custom check utk ke luar negara tu buat ape je? Nnt pegawai tu ada tanya apa2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Takde apa pun, just procedure biasa.

      Ikut pengalaman saya, di Imegresen diaorg just check/cop passport. Jarang sekali dia tanya kecuali dia ada syak apa2.

      Masa dekat kastam diaorg scan barang kita. Kalau kita bnyk shopping biasanya diaorg suruh buka beg n kalau bnyk sngt diaorg suruh bayar tax

      Delete

Powered by Blogger.