Cara tunaikan cek guna mesin deposit - Nothing to Somethings

Cara tunaikan cek guna mesin deposit


Macam mana ya nak tunaikan cek guna mesin deposit?
Boleh ke tunaikan cek kalau bank tak sama?

Itu antara soalan yang biasa didengar apabila seseorang ingin tunaikan cek. Seperti menggunakan mesin deposit duit, untuk tunaikan cek juga cukup mudah. Yang penting korang perlu ada akaun di bank yang korang ingin tunaikan cek. Contoh, sekiranya cek dari MyBank dan korang nak tunaikan cek di Cimb, korang perlu ada akaun di Cimb.

Contoh resit deposit cek

Cara Tunaikan cek guna mesin deposit

1- Mempunyai akaun bank

Untuk tunaikan cek korang perlu mempunyai akaun bank. Dalam hal ini, korang boleh tunaikan cek dari bank yang berbeza. Contohnya, sekiranya cek korang dari MyBank korang boleh tunaikan ke CIMB (asalkan korang mempunyai akaun dengan CIMB).

2- Isikan maklumat di belakang cek

Biasanya korang perlu isikan nombor Nama, nombor akaun bank dan nombor telefon.

3- Ke mesin deposit terdekat

Untuk tunaikan cek korang perlu ke mesin deposit cek dan ikuti arahan yang di tulis di skrin mesin deposit. Caranya cukup mudah. Antara maklumat yang korang perlu masukkan adalah seperti nombor akaun dan jumlah atau nilai cek. 

Selesai


Note: 
1- Pastikan korang menyimpan resit deposit cek sehingga duit dimasukkan ke akaun korang
2- Kebiasaannya duit akan dimasukkkan ke akaun korang selepas 3 hari bekerja. 
3- Elakkan dari melipat cek kepada lipatan yang kecil. Cukup dengan hanya melipat dua. Ini bagi mengelakkan korang mengalami kesukaran untuk memasukkan cek ke mesin deposit. 

Cara tunaikan cek guna mesin deposit Cara tunaikan cek guna mesin deposit Reviewed by Lah Mohd on 12:39:00 Rating: 5

76 comments:

  1. salam nak tanya, duit tu akan dideposit dalam akaun cimb kita la ? and no akaun tu masuk yang cimb ke yang akaun maybank tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Duit akan masuk ke akaun bank yang kita guna untuk tunaikan cek. Contoh, kalau guna bank CIMB, duit akan masuk ke akaun CIMB kita.

      Delete
  2. kalau kita takda akaun bank, boleh tak kita tranfer ke akaun parent kita ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni saya tak sure. Awak langsung tiada akaun Bank atas nama sendiri?
      Kalau ada, awak boleh je guna mana-mana bank untuk tunaikan cek. Tak semestinya bank tu sama dengan bank yang di tulis di cek.

      Delete
    2. Klu cek tu atas nama sy..sy tak ada acc..boleh tak sy masuk kan ke acc org lain

      Delete
    3. kalau cek tu ade nama penuh cik, boleh pegi bank bawak cek tu (tgok cek tu dari bank mana), then kata dekat reception nak cash kan cheque. standard kalau cek atas nama kita, mmg akan dpt duit cash terus dari kaunter.

      Delete
    4. untuk sesiapa yg singgah ke blog ni. saje saya nk share info. semua berkaitan dgan tiada bank akaun, hendak transfer ke akaun org lain, nk cash kan trus. semua perlu berurusan dgan pegawai dalam bank.

      pemilihan bank ikut pada bank akaun org yg kita nk transfer kan tu. sekiranya bank yg dipilih tiada kaitan dgn bank yg tertera di cek @ penerima withdrawal tu, hanya akan ada caj tertentu

      Delete
    5. Terima kasih En Taufik, Perkongsian maklumat yang menarik. Moga bermanfaat kepada pembaca blog ni

      Delete
    6. assalamualaikum.. saya ada terima cek maybank dan saya menggunkan deposit machine maybank utk dimasukkan amaun duit pada akaun cimb saya.. boleh ke mcm tu..?

      Delete
  3. kalau masukkan cek dlam peti deposit cek tu mcm mna plak ya?
    sebab sya isi nama .no tlfon ngan no acct shaja..teus bgi msuk dlam peti tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, peti deposit saya tak pernah guna. Mungkin fungsinya hampir sama sahaja dengan mesin deposit

      Delete
  4. salam, macam cek saya dia ada tulis dari belakang cek tu, Nama, No Akaun, No Tel dan Tanda tangan. so macam mana ? perlukah untuk menanda tangan si pemilik Cek Tersebut ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Ya isi je maklumat yang diperlukan

      Delete
  5. Macm mna kalau kita letak nom acc bsn dpt kann?

    ReplyDelete
  6. Sy dh buat apa ygg tip dkat ats tuu tp smpai skrng tak. Masokk..lagii..sy ltakk acc bsn..tp tak masokk lagi duit tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cek tu tuan/puan masukkan dalam mesin deposit bank mana?

      Dah berapa hari cek tu dimasukkan ke mesen deposit?

      Delete
  7. Nak tanya ni,sy ade cek tpi tarikhnya da lepas masih boleh guna lagi tak cek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau back date, jadi cek tendang ye.

      Delete
    2. Salam, apa yg perlu sya lakukan skiranya cek yg lebih dri tempoh spatutnya 😅

      Delete
    3. setahu saya, Cek dh expired x boleh ditunaikan dh

      Delete
  8. Boleh ke kalau. Cek tu nama org lain tpi Kita yg nk kluarkn duit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Hanya pemilik yang nama dia tertulis atas cek tu sahaja blh tunaikan cek tu. Tuan hanya boleh tolong masukkan cek dalam mesin deposit cek sahaja

      Delete
    2. Itu resit deposit pembayaran uang muka semacam niaga

      Delete
    3. Kalau cek atas nama company, tapi nak masuk ke akaun peribadi boleh ke

      Delete
  9. Saya nak tanya, saya terima gaji berbentuk cek, tapi cek tersebut dr Ambank, bolehkah saya nk tunaikan di cheque deposit maybank. Sedangkan saya pemegang akaun CIMB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara ni saya tak sure. untuk kepastian boleh ke mesin deposit cek masa office hour. So boleh tanya pegawai bertugas di bank

      Delete
  10. Hai..sy nk tanya sy masukkan kan cheque aliance bank ke cimb bank..hari jumaat.kul 4.30 ptg..ambik masa 3 hari ke .sy punya slip resit cheque dh kne air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau xde apa-apa problem lps 3-4 hari bekerja duit akan masuk akaun.

      Delete
  11. Maaf tanya,kalau nak clearkan chek perlu ikut tarikh yg dah ditulis dkt chek tu tk?mksudnye dkt chek tu da ada tarikh tapi sampai skrg blum cleakan lgi,adakah masih boleh guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tunaikan asalkan tidak lebih tempoh 6 bulan dari tarikh dikeluarkan

      Delete
  12. Chek cimb & akaun pnerima maybank sy bankin kn chek di cimb boleh ke duit sy masuk ke akaun maybank sy..?? First time pegang chek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandangkan awak ada akaun maybank, boleh je masukkan check cimb ke mesin deposit check maybank

      Delete
    2. Saya pon sama.Chek cimb tapi akaun pnerima maybank. sy masukkan kn chek di peti deposit cimb. boleh ke duit sy masuk ke akaun maybank sy..?

      Delete
  13. Saya pon sama.Chek cimb tapi akaun pnerima maybank. sy masukkan kn chek di peti deposit cimb. boleh ke duit sy masuk ke akaun maybank sy..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga.
      Kalau masokkan dekat cimb... kat belakang cek tu tulis no acc maybank awk.

      Delete
  14. kalo nak isi no akaun tu kena ada sekang ka ataupun tidak perlu ada sekang

    ReplyDelete
  15. Saya tiada akaun bank langsung dan dlom sempat buka baru. Cek rhb blh ke ditunaikan di bank lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas nama penerima siapa cek rhb tu? kalau ada nama penuh anda sendir, boleh pegi ke rhb tuk cash in cheque sahaja, bawak ic ye.

      Delete
  16. Klau cek tu nama suami.suami bank x aktif..klau blakang isi nama isteri msuk kt akaun bank isteri bleh ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun sama jgak..boleh ke masuk kn ke acc isteri

      Delete
  17. Saya terima cek dari rhb bank.saya cash kan cek menggunakan ATM Maybank.tapi no akaun dibelakang cek adalah akaun Affin Bank..dah satu minggu tiada wang masuk lagi.adakah salah tindakan saya?.mohon bantuan penerangan.dan tindakan yang perlu saya ambil ketika ini..Terima kasih..

    ReplyDelete
  18. salam tuan, saya terima cek cimb dan nak masukkan dalam akaun maybank saya. lepas isi maklumat2 kat belakang cek, saya terus masuk dalam mesin deposit cek maybank. adakah saya telah tersilap cara? kalau ya, ape yang perlu saya buat?

    ReplyDelete
  19. Untuk keselamatan sbb saya baru first time boleh tak saya terus ambik tunai ke kaunter cek bank muamalat..akaun maybank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada staf bertugas. Tapi biasanya Cik/ Tuan akan dibantu oleh staf bank utk tunaikan check kalau Cik/ Tuan ke kaunter bank.

      Delete
  20. Macam mana kalau cek atas nama pemilik..boleh ke saya letak no akaun n nama yang empunya nomber akaun yang aktif yang berlainan dari nama pemilik cek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya hanya pemilik yang nama tertulis atas cek tu sahaja boleh tunaikan cek

      Delete
  21. Saya dapat cek atas nama ayah saya..cek melalui rhb..tapi ayah saya tak ada akaun bank rhb..boleh ke transfer duit cekkcek akaun cimb saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya hanya pemilik yang nama tertulis atas cek tu sahaja boleh tunaikan cek. Mungkin boleh call pegawai bank untuk lebih details

      Delete
  22. act sy dapat cek tpi bukan atas nama sy sbb sy lupa nak tukar nama cek tu . boleh ke klau sy masukkan dekat mesin cheque dan masukkan duit tu ke dlam akaun bank sy ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, setahu saya hanya pemilik yang nama tertulis atas cek tu sahaja boleh tunaikan cek

      Delete
  23. Salam. Nak tanya kalau cek ambank dan telah tertulis nama saya. Belakang tu boleh tak saya isi nombor acc org lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf, setahu saya hanya pemilik yang nama tertulis atas cek tu sahaja boleh tunaikan cek

      Delete
  24. Sy dpt cek ambnk atas nama kedai yg telah daftar ssm.(ssm daftr nama sy) Tetapi sy belum ada acc kedai. (Current acc). Jd persoalan bole ke cek tu dicash kan ke acc personal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yang ni saya tidak pasti. Mungkin boleh tanya pegawai bank sebab biasanya cek hanya boleh ditunaikan oleh pemilik nama yang tercatat di dalam cek.

      Delete
  25. Saya ada cek tanpa nama penerima dan tarikh.cek sudah ada t/tgn.macamna tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan cek milik tuan, jangan guna.

      Delete
  26. saya ada chek berpalang tapi saya tak boleh ambil disebab kan ic saya belum siap dan memegang resit dan di tunda disebabkan pkpb sampai kan saya tak dapat buat akaun bank bagai mana saya mahu mengeluarkan chek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, yang ni saya tak boleh bantu. Mungkin boleh ke bank untuk tanya pengawai bank

      Delete
  27. tolong tolong lah saya sebab saya perantau d daerah orang ayah saya pun baru baru meningal 3 bulan lalu dan ibu saya tidak tahu dari saya keci lagi dan saya harus menangung seorang abang yang kurang upaya kami hanya ada 2orang adik beradik masalah saya seperti di atas saya mempunyai chek berpalang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply, yang ni saya tak boleh bantu. Mungkin boleh ke bank untuk tanya pengawai bank

      Delete
  28. Salam nak tanya saya tak ada akaun bank.Tapi ada cek dari kwsp untuk tukar di bank Rhb. Jadi bank rhb tu akan bagi cash atau tunggu dalam beberapa hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf, mungkin boleh tanya pengawai bank untuk lebih details

      Delete
  29. lepas sudah ke atm depositkan check. perlu tunggu 3 hari. adaka pihak yang memberi cheque tersebut masih boleh membatalkan cheque tersebut walaupun tinggal tunggu duit masuk dlm bank?

    ReplyDelete
  30. Saya nak tanya mana nak check kalau majikan ada buat transaksi by check atas nama kita?.. Sebab majikan yang akan bayar gaji staff by cek.. So, staff x sure if betul or tidak sama ada majikan betul2 ada buat transaksi cek tu.. Sbb dia depositkn cek jumaat lepas.. Then sampai sekarang blum masuk2...boleh bagitau macam mana nak check x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, yang ni saya tak pasti macam mana prosedur dia. Mungkin boleh tanya pegawai bank untuk kepastian

      Delete
  31. Saya nk tnya. Cek saya dari cimb dan saya nk claim masuk dlm acc maybank. So just ltk no acc maybank je laa kan ? Ke perlu tulis nama bank skali ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya nak tanya kalau saya terlupa masukkan details dibelakang cheque setelah dimasukkan ke dalam mesin bagaimana ya? Terima kasih.

      Delete
    2. Dan dekat mesin pun tak minta apa2 details spt nombor akaun dan sebagainya.

      Delete
  32. Assalamualaikum sy nak tanya ..smlm lebih kurang pukul 2 , hari khamis ptg ,sy masukkan kat cek deposit di cimb. Agak-ii bila ya duit tu boleh masuk dlm acc sy .. harini atau minggu dpn isnin yaa .

    ReplyDelete
  33. Selamat malam , tdi sy ad masuk kan cek gaji ke dlm cimb tpi dekat belakng kertas sy lupa ltk no acc bank tpi dlm cek tersebut ad nama penuh saya adakah duit tu akan di masukkn ke akuan sy ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.