Cara membeli tiket kapal terbang/ flight secara online - AirAsia - Nothing to Somethings

Cara membeli tiket kapal terbang/ flight secara online - AirAsia

Now Everyone Can Fly.

Trademark yang biasa kita dengar apabila menyebut nama AirAsia. Tapi mungkin masih ramai belum tahu tentang cara untuk membeli tiket flight AirAsia secara online. Perkara sama pernah terjadi kepada saya semasa saya mula berjinak dengan dunia travel.

Memandangkan sekarang ini tiket kapal terbang/ flight ada kalanya lebih murah daripada tiket bas, pada pendapat saya adalah wajib bagi korang untuk tahu cara untuk membeli tiket kapal terbang/ flight secara online. Selain dapat jimatkan wang korang turut dapat jimatkan masa perjalanan semasa bercuti atau balik kampung.

Berikut merupakan 6 langkah mudah bagi mereka yang pertama kali ingin membeli tiket kapal terbang AirAsia secara online atau atas talian.

Note:
Sekiranya korang nak beli tiket dari syarikat penerbangan lain pun langkahnya hampir sama je.


Cara membeli tiket kapal terbang/ flight AirAsia

1- Buka website AirAsia

Langkah pertama untuk membeli tiket flight AirAsia adalah korang perlu ke website AirAsia seperti di bawah. 


Note: Sebelum korang membuat belian tiket flight korang boleh mendaftar sebagai ahli (klik ikon my acount > Sign up) atau korang boleh terus ke langkah 2 tanpa mendaftar. Mengikut pengalaman saya, dengan mendaftar sebagai ahli, proses belian tiket menjadi lebih cepat. Selain itu, jika berlaku sebarang "error" atau ganguan sistem semasa proses bayaran, tempahan korang telah disimpan. Jadi korang boleh login dan klik pada ikon manage booking untuk meneruskan tempahan/ bayaran.

2- Mencari penerbangan/ flight

Lepas korang dah masuk ke website AirAsia, korang perlu pilih jenis penerbangan/ flight sama ada sehala (one way), dua hala (return) atau pelbagai (multi-city). Lepas korang dah pilih jenis penerbangan/ flight masukkan destinasi berlepas dan mendarat. Masukkan juga tarikh berlepas dan bilangan penumpanag. Selesai isi maklumat korang klik search.


3- Memilih masa penerbangan/ flight

Paparan berikut akan keluar lepas korang dah klik search. Pilih masa penerbangan/ flight yang korang nak. Mengikut pengalaman, saya lebih suka memilih masa ketibaan penerbangan di waktu siang terutama destinasi yang saya tidak biasa. Selesai pilih masa penerbangan/flight  klik continue.



Kalau korang belum login sebagai ahli paparan di bawah akan keluar. Masukkan emel address dan password dan klik login sekiranya korang dah daftar sebagai ahli dan klik "continue as guest" kalau korang belum daftar sebagai ahli.


4- Mengisi maklumat penumpang

Isikan maklumat korang. Pastikan semua ruang bertanda * di isi dan pastikan ianya betul atau korang mungkin akan dihalang dari menaiki pesawat/ flight sekiranya ada maklumat yang salah. Selesai ini, klik continue.


5- Add-ons

Paparan berikut akan keluar. Sekiranya korang ada nak tambah apa-apa keperluan lain seperti luggage, insurans atau makanan, korang boleh klik pada box yang berkait. Kalau korang taknak korang boleh untick pada box yang berkait dan klik continue sehingga korang dibawa ke page bayaran (langkah 6).


6- Membuat bayaran

Sebelum korang membuat bayaran korang perlu tick beberapa box (sila rujuk gambar di bawah). Isikan maklumat korang sebagai "contact details". Pastikan korang masukkan emel address yang aktif dan sah sebab emel pengesahan akan dihantar ke emel tersebut. Pilih jenis bayaran sama ada "internet banking, credit card/ debit card". Selepas korang dah pilih jenis bayaran, isikan maklumat berkait (jika perlu) dan klik Purchase.


Untuk membuat bayaran korang boleh ikuti beberapa langkah yang diberi sehingga korang berjaya membuat bayaran dan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. 

Selesai


Baca juga: Cara menaiki kapal terbang/ flight buat pertama kali

Note: Pastikan korang langgan/ Subscribe iklan dari AirAsia bagi membolehkan korang menerima atau mengetahui promosi harga murah dari AirAsia. Biasanya promosi akan dihantar menerusi emel.

Cara membeli tiket kapal terbang/ flight secara online - AirAsia Cara membeli tiket kapal terbang/ flight secara online - AirAsia Reviewed by Lah Mohd on 19:57:00 Rating: 5

8 comments:

  1. Bagaimana nak menulis First Name sebab bagi orang melayu ada bin atau binti dalam passport mereka,contoh kalau nama Ali bin ahmad First name Ali & surname Ahmad.. bin tak tulis ok ke?
    T kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, first name/given name Ali & family name/surname Ahmad. Bin & Binti tak perlu tulis.

      Delete
  2. selepas kita dah tempah online...masa kita nak pergi kita perlu tunjukkan ape dan kita perlu jumpa siapa dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjuk boarding pass. Lepas beli tiket nt perlu check flight n dia akan bg boarding pass

      Delete
  3. saya dah beli tiket kapal airasia , lepas tu dah confirm . ttapi dlm akaun bank saya tak tertolak pmbayaran trsebut apa perlu saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tempahan dah berjaya (booking number dah dapat) Tuan/Puan tak perlu buat apa-apa. Nanti pihak airasia sendiri akan minta bayaran tu dengan bank. Sbb kesilapan tu bukan dari Tuan/Puan, tp dari pihak airasia.

      Delete
  4. Macam mana kalau nama tu ada @ ?
    contoh ALI @ ALLI bin ABU ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abaikan @. Tulis Ali Alli Bin Abu je. Sbb @ system tak terima. Kes ni sama dengan kes mak saya. Nama mak saya ada @, so masa beli tiket flight AA, saya tulis nama je. Dah bbrp kali buat mcm tu dan ok je termasuk flight ke overseas

      Delete

Powered by Blogger.