Cara ke Melaka dengan bas dan tempat menarik - Nothing to Somethings

Cara ke Melaka dengan bas dan tempat menarik


Melaka

Percutian singkat tahun 2016. Tahun ni belum ada lagi trip domestik. Hari keluarga pun macam tak menjadi je. huhuhu. Semua ada kekangan masa. Jadi terpaksa la bercuti sendiri. Kali ni dah kali ke-3 saya ke Melaka. Kali ke-3 pun terpaksa la sebab tahun ni belum ada domestic trip.

Sebenarnya percutian ni dah lama. Tapi hari ni baru nak share sebab baru ada masa nak menulis. Tapi percutian ni sangat-sangat pendek sebab saya buat day trip je.  Percutian sekadar melepaskan rindu nak travel. Saya start awal pagi dan balik malam. Jadi dapat la jimat kos penginapan.

Disebabkan saya belum ada kereta, jadi terpaksa la menggunakan bas. Kata backpackers, jadi kena la lasak. hehehe

Untuk bercuti ke Melaka dengan bas tak susah pun, sebab banyak syarikat bas yang menawarkan route ke Melaka. Boleh dikatakan tiap jam ada. Harga tiket bergantung kepada bas. Masa saya dapat dulu kalau tak silap bawah RM10 sehala sebab ada promosi. 

Perjalanan dari TBS ke Melaka Sentral lebih kurang 2 jam. Kejap je. Kalau korang nak pergi balik hari macam saya pun boleh. Tapi letih sikit la terkejar-kejar untuk ketempat menarik di Bandaraya Melaka. 

Dari Melaka Sentral ke Kota A'Famosa korang boleh gunakan bas nombor 17 (nanti korang tanya balik la ye orang kat Melaka sentral sebab saya ingat-ingat lupa). hehehe. Tapi masa saya sampai, orang sangat lah ramai. Bas memang penuh, jadi korang perlu sampai awal dan terus tunggu depan bas. Tiket bayar masa naik bas. 

Untuk pergi ke Kota A'Famosa dan balik ke Melaka sentral korang boleh gunakan bas yang sama. Dari Melaka sentral ke A'Famosa perjalanan kejap je. Tapi dari A'Famosa ke Melaka Sentral route dia agak jauh. Rasanya dalam 30 minit juga sebab banyak kawasan yang dia lalu. 

Kalau korang was-was nak turun kat mana, nanti minta la pakcik driver bus berhenti bila dah sampai A'Famosa.

Disebabkan percutian saya hanya day trip, jadi hanya beberapa tempat saya pergi sebab kekangan masa. Kalau korang berminat bercuti ke Melaka mungkin korang boleh buat 2H1M sebab banyak juga tempat menarik yang boleh di kunjungi. Tentang pengankutan, jangan risau sebab kebanyakan tempat menarik ada berdekatan. Kalau korang dah sampai ke Kota A'Famosa korang boleh jalan kaki je ke tempat-tempat menarik.

Antara tempat di Melaka yang korang boleh kunjungi:

Kota A'Famosa
Menara Taming Sari
Muzium Layang-Layang
Muzium Islam Melaka
Muzium Samudera
Muzium Seni Bina Malaysia
Muzium TLDM
Kincir air kesultanan melayu Melaka
Istana Kesultanan melayu Melaka
Rumah terbalik
Melaka river Cruise
Medan Samudera
Lot-lot kedai di bawah Dataran Pahlawan (ada kedai jual cenderahati, makanan dan lain-lain)

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang korang boleh lawati di sekitar A Famosa ni. Tapi sebahagian sahaja yang mampu saya senaraikan. Kalau korang minat sejarah, Melaka memang tempat sesuai untuk korang dapatkan fakta dan gambaran. Tentang harga tiket untuk masuk muzium dan lain-lain muzium yang korang boleh lawati, korang boleh check Di Sini

Cara ke Melaka dengan bas dan tempat menarik Cara ke Melaka dengan bas dan tempat menarik Reviewed by Lah Mohd on 12:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.