Perfume boleh ke bawa naik kapal terbang/ flight?
Barangan basah (i.e. Udang, ikan, sotong dll) boleh ke bawa naik kapal terbang/ flight?
Berapa ya berat maksimum beg untuk dibawa ke kabin?
Bagi yang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight, itu antara soalan biasa yang akan ditanya. Ini kerana, prosedurnya sedikit berbeza jika dibandingkan dengan pengangkutan awam lain (i.e. pengangkutan air dan darat). Bagi memudahkan perjalan, disini saya kongsikan secara ringkas barang BOLEH dan TIDAK BOLEH dibawa menaiki kapal terbang/ flight.
Barangan basah (i.e. Udang, ikan, sotong dll) boleh ke bawa naik kapal terbang/ flight?
Berapa ya berat maksimum beg untuk dibawa ke kabin?
Bagi yang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight, itu antara soalan biasa yang akan ditanya. Ini kerana, prosedurnya sedikit berbeza jika dibandingkan dengan pengangkutan awam lain (i.e. pengangkutan air dan darat). Bagi memudahkan perjalan, disini saya kongsikan secara ringkas barang BOLEH dan TIDAK BOLEH dibawa menaiki kapal terbang/ flight.
Hand Luggage
Bagi hand luggage atau beg yang ingin dibawa bersama ke ruangan kabin, secara umumnya anda hanya dibenarkan membawa beg dengan muatan maksimum 7kg sahaja dan memenuhi beberapa peraturan penerbangan iaitu:i- Cecair
Semua bahan cecair mestilah dalam bekas tidak melebihi 100ml. Jumlah keseluruhan bahan cecair tersebut mestilah tidak melebihi 1 liter dan di letakkan didalam beg lutsinar (rujuk gambar di atas).ii- Alatan tajam
Anda dilarang sama sekali daripada membawa alatan tajam ke ruangan kabin. Semua alatan tajam boleh didaftar masuk ke ruangan perut pesawat (check-in luggage). Contoh, alatan melukis, gunting, pisau dll.
iii- Makanan basah
Bagi ketegori makanan basah, anda boleh membawanya asalkan ianya dalam keadaan beku dan dibungkus kemas. Contoh, udang, ikan, ketam dan lain-lain.
vi- Alatan eletronik
Semua alatan eletronik perlu dibawa ke ruangan kabin. Contoh handphone, laptop dan power bank. Bagi rokok eletronik, bateri perlu diasingkan daripada rokok.
Check-in Luggage
Bagi check-in luggage pula, anda mempunyai sedikit kebebasan. Berat beg bergantung kepada jumlah berat yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan atau jumlah berat yang dibeli (sekiranya penerbangan tambang murah).i- Cecair
Bagi ruang ini anda boleh membawa bahan cecair melebihi 1 liter (contoh: perfume, deodorant dan lain-lain bahan cecair tidak mudah terbakar),ii- Alatan tajam
Bagi alatan tajam, anda boleh membawanya asalkan ianya dibungkus kemas. Contoh: pisau/ alatan masak, alatan aktiviti sukan etc.)
iii- Bahan basah
Semua bahan basah boleh dibawa asalkan ianya dibungkus kemas. Seeloknya dibekukan bagi mengelakkan barangan anda rosak. Contoh, udang, ikan dll
Note:
Bagi penerbangan antarabangsa, anda perlu berwaspada dengan senarai barang yang dilarang dibawa masuk ke negara mereka terutamanya produk berasaskan daging, ayam, tenusu dll.
Barang yang dilarang dibawa di semua penerbangan/ flight
Bagi barang yang diketogerikan sebagai bahaya dan mudah terbakar dan haram, barangan tersebut dilarang sama sekali daripada dibawa masuk ke ruang pesawat (kabin dan kargo) di semua jenis penerbangan. Contoh jenis barang yang dilarang dalam semua penerbangan / flight (rujuk gambar di bawah)
Semoga membantu..
Semoga membantu..
Barang boleh dan tidak boleh dibawa menaiki kapal terbang/ flight
Reviewed by Lah Mohd
on
16:37:00
Rating:

kalau bawa makanan bayi dalam kabin boleh ke?
ReplyDeleteBoleh, xde masalah. Nak bawa susu pun boleh janji ada baby bersama.
Deletehai nak tanya..kalau bawa botol air untuk anak boleh x..travel mkn masa 5 jam..
ReplyDeleteAir biasanya tak boleh bawa sbb masa security check diaorg akan suruh buang. Kalau nak bancuh susu boleh minta dengan cabin crew je
DeleteHai,barangan eletrik boleh masuk dalam cabin ke?
ReplyDeleteKalau saiz kecil boleh je. Saiz besar perlu check-in
DeleteKalau printer
Deleteprinter perlu di check-in ke perut pesawat
DeleteVape, pod boleh x bawak naik airplane?
ReplyDeleteBoleh, tapi bateri perlu diasing/dibuka dari vape
DeletePod... Xbleh asingkan btri... So mcm mna tu
DeleteBoleh call airlines untuk confirmkan
DeleteBenih buah2an ada cara bak bawa ke, dari k.l ke k.k...
ReplyDeletebenih & buahan segar adalah bahan kawalan. so x boleh nak bawa ke/dari KL/KK. Tapi kalau letak dalam backpack biasanya lepas je
DeleteKalau kereta control ni dia boleh bawa naik p airplane kh??
ReplyDeleteBoleh. Kalau besar perlu di check-in ke perut pesawat
DeleteKalau bwk rokok blh ke??
ReplyDeleteuntuk kegunaan peribadi boleh.
DeleteKalau bawa barang elektrik contoh nya speaker/microphone wireless/power am...boleh x check in ke eprut pesawat
ReplyDeleteBoleh. Tapi make sure tiap set/kotak tak terlalu berat utk memudahkan diaorg pindah brg n elakkan brg rosak. Berat ideal luggage/kotak 20kg
Deletehi. kalau elektrik untuk luruskan rambut tu boleh bawak ke? hair straightener
ReplyDeleteBoleh. nanti masukkan ke dalam beg yang di check-in ke perut pesawat
Deletekalau duit tunai macamana tuan?
ReplyDeleteBoleh bawa tapi tak silap tak boleh lebih USD10K
DeleteKalau bawa Maggie, biskut atau roti, kekacang boleh ke
ReplyDeleteBoleh
DeleteAslm
ReplyDeleteApakah boleh membawa sebuk chrome???
Wsalam. Maaf yang ni saya tak pasti.
DeleteTapi kalau barang tu bukan dari kategori mudah terbakar,merbahaya dan bukan brg kawalan, insyaAllah boleh bawa.
Halo maaf nak tanya, susu serbuk boleh ke di bawa. Tq
DeleteKalau untuk keperluan anak semasa penerbangan, boleh bawa
Deletehi,nak xnyak kalau bawa laptop ke luar negara boleh kena bayar duti ke
ReplyDeleteUntuk kegunaan peribadi boleh bawa
Deletethermos kosong boleh bawa dlm hand luggage ke? *bawa baby
ReplyDeleteThermos saiz kecil boleh
DeleteKalau bawa laptop lebih drpd satu boleh ker?
DeleteBoleh
DeleteBawa laptop lebih Dr1?
ReplyDeleteBoleh.
DeleteKalu ada bawa 1 cawan boleh x
ReplyDeleteCawan plastik boleh je
DeleteKalau bawa bagi make up dengan make up sekali boleh ke bawa masuk pesawat
ReplyDeleteBoleh. selagi tak lebih 7kg dan xde alatan tajam dan merbahaya. Kalau make-up jenis cecair pastikan tak lebih 1 liter. Kalau banyak boleh check-in ke perut pesawat.
DeleteNote: Kalau untuk bisnes lain procedure dia.
boleh bawa tanaman x...contoh bunga di dalam pasu
ReplyDeleteTak boleh.
DeleteFlavour vape/pod, powerbank dan makeup boleh bawa tak?
ReplyDeleteBoleh.
DeleteNote: Power bank maximum saiz boleh bawa tak silap 20000mAh
kalau xtension plug boleh bawa hand carrie tak (cabin luggage
ReplyDeleteBoleh
DeleteKalau bawak vape/pod yang tak boleh cabut bettery macam mana?
ReplyDeleteMaaf, yang ni saya tak pasti. Mungkin tuan boleh tanya dengan airlines
Deletehai... sy nak tanya.. boleh ka bawa baby car seat menggunakan kapal terbang? macam mana kaedah? perlu wraping ka? sy dari sarawak nak ke johor
ReplyDeletehai, masukkan dalam kotak/ wrap elok-elok. Nanti boleh check-in ke perut pesawat.
DeleteNote: Kalau car seat ada FAA approved dan puan ada beli seat untuk anak puan, puan boleh bawa naik atas/ masuk kabin
Maaf bertanya kawan kirim rokok tembakau dari LKW ke JB agak-ii lepas tak nak bawak masuk Airlines
ReplyDeleteLKW? Langkawi ke? Kalau barang sah di sisi undang2 boleh je bawa.
ReplyDeleteHai ...klu brg melebihi 50kg ,tpi packing kecil2 la, tapi banyak..
ReplyDeleteBoleh ka bwa checkin .
Sbb dlm pembelian ticket 40kg saja.
Cas anggaran berapa tu ah klu banyak brg.?
Terima kasih
Maaf yang ni saya tak pasti. Boleh call airlines untuk pengesahan
Deletealatan set sepena boleh bawa dalam lauge kan
ReplyDeleteHand luggage tak boleh. Kalau check-in luggage boleh. Tapi cuba call airlines untuk confirmkan
Deleteikan laga boleh ke dibawa masuk ke dalam kapal terbang sebagai barang hand carry atau boleh ke letak di bagasi penumpang?
ReplyDeleteDari mana nak kemana? Haiwan hidup/ tumbuhan hidup kalau nak ke luar negara kena ikut prosedur kastam. Kalau semananjung, kena follow prosedur airlines
DeleteKalau nk bwk ikan kaloi dr kuching ke klia blh ke??check in sperti luggage ke??
Deletemaaf, binatang hidup saya tak pasti procedure dia
DeleteKalau nak bawa peniti and pin tudung boleh tak?
ReplyDeleteboleh
DeleteBawak telur ayam mentah dalam cabin boleh gak tuan?
ReplyDeletedari mana nak ke mana?
Deletekalau international flight, makanan mentah tak boleh bawa
Kalau bawak saterika dan alat untuk luruskan rambut,boleh tak ?
ReplyDeleteboleh. nt check-in ke perut pesawat
DeleteSy nak bawa diffuser young living handcarry bole tak
ReplyDeleteboleh asalkan diffuser tu kosong tanpa sebarang cecair n dibunkus elok di dalam handcarry luggage
DeleteElektrik scooter boleh check in bagasi tak
ReplyDeleteboleh asalkan ikut peraturan/procedur yang ditetapkan.
DeleteContoh, bateri skuter memenuhi garis panduan bateri yang dibenarkan. Detail boleh rujuk syarikat penerbangan
Bolehkah bawa keratan batang bunga berserta akar dan bersaiz kecil ke dalam kargo.
ReplyDeleteDari mana nak ke mana? biasanya kalau domestic boleh lepas. Tapi kalau international flight x boleh sbb dan langgar peraturan bio-security
Deletehi..nak tanya..boleh x bawa ikan bilis & minyak gamat masuk cabin dari langkawi ke kl?
ReplyDeleteBoleh.
DeleteUtk minyak gamat jumlah keseluruhan cecair biasanya tak boleh lebih 1 liter. Kalau lebih boleh check-in ke ruang bagasi
Kalau bawak camera?
ReplyDeleteboleh
DeleteKalau bawa tin susu anak blh ke?
ReplyDeleteBoleh tapi tidak digalakkan bawa dalam tin. Seeloknya peketkan kedalam dispanser utk mudah bancuh semasa dalam kabin
Deletekalau bawa sterika boleh?
ReplyDeleteBoleh. Nanti check-in ke perut pesawat
DeleteHai,boleh saya tanya kalau bawa mesin jus,fryer untuk dihadiahkan keluarga saya dikampung dr KLIA ke Kuching.
ReplyDeleteBoleh. Nt check-in ke perut pesawat.
DeleteBoleh tak kalau bawa ikan hidup nak bawa balik sarawak macam mana cara dia bawa ikan hidup dari semenanjung ke sarawak
Deletehi kalau contoh saya nak ke sabah boleh ke saya nak bawa air letak dalam bagasi/laguge
ReplyDeleteBoleh ke bawa naik bumoer kereta naik kapal terbang
ReplyDelete