Cara Memohon Insentif 50 Tahun Mara - Nothing to Somethings

Cara Memohon Insentif 50 Tahun Mara

Sedar tak sedar rupanya dah 50 tahun penubuhan MARA. Berita gembiranya, sempena ulang tahun ke-50, MARA telah mengeluarkan satu bentuk insentif kepada semua pelajar yang meminjam. Tapi yang tak bestnya insentif ni hanya sah sehingga hujung tahun ni je. Jadi cepat-cepat la buat permohonan.

Cara Buat Permohonan

Untuk buat permohonan pengurangan tak susah pun. Korang boleh layari http://insentif50.mara.gov.my/. Tapi pastikan korang baca dulu syarat-2 permohonan di bawah.

Sumber: MARA


Sekiranya syarat-2 diatas dipenuhi, Login page di bawah. Isi semua maklumat yang diperlukan dan upload salinan transkrip dan skrol yang telah disahkan. Lepas dah hantar permohonan rajin-rajin la check. Biasanya dalam tempoh kurang dari sebulan korang akan dapat jawapan.



Kelulusan Permohonan Insentif 50 MARA

Selepas lebih kurang sebulan menunggu, Alhamdulillah, berjaya. Seperti dijanjikan, dapat pengurangan 20%. Daripada RM9000++ kepada RM7000++.


Terima Kasih MARA kerana telah merealisasikan impian saya.

Terlepas satu beban. Harap-harap lepas ni PTPTN pun buat perkara yang sama. Baru la semangat nak bayar. Hehehehehhehehe... :) :) :)

Note: Selepas permohonan diluluskan korang perlu jelaskan baki pinjaman dalam masa 30 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.


Update: Sekiranya korang buat bayaran melalui online banking, proses kemaskini dalam sistem e-baki dibuat dalam masa sekitar 40 hari dari masa bayaran di buat. Nanti status korang akan bertukar kepada "End of Repayment"

Baca juga
Cara mohon pengurangan bayaran balik MARA

Cara Memohon Insentif 50 Tahun Mara Cara Memohon Insentif 50 Tahun Mara Reviewed by Lah Mohd on 22:33:00 Rating: 5

10 comments:

  1. Mst peminjam yg pinjam pd tahun 2010 dan sebelumnya ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminjam selepas tahun 2010 pun boleh minta pengurangan. Saya sendiri tarikh pinjaman 2013

      Delete
  2. Assalamualaikum, kalau nak mohon insentif ini kena mohon pengurangan mara dulu atau blh terus minta insentif? Tapi apa yg saya faham Tuan isi borang pengurangan dulu kemudian baru minta insentif. Jadi saya nak pastikanlah apa step pertama yg saya perlu buat sebab saya keliru nak isi pengurangan mara dulu atau terus isi insentif mara. Saya harap Tuan boleh jelaskn lagi. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Wa'alaikumussalam.
      Maaf lambat reply.

      Bagi saya lebih baik minta pengurangan dulu, sbb nanti MARA akan bg diskaun berdasarkan kepada CGPA. Msdnya kalau pointer tuan ok, maka jumlah potongan akan lebih tinggi. Mungkin tuan hanya perlu bayar 25% drpd jum keseluruhan pinjaman atau terus ditukar kpd biasiswa. Kalau dh ditukar kpd biasiswa, tuan dh x perlu minta insentif.

      Lepas dh lulus permohonan pengurangan baru minta insentif sbb insentif adalah tambahan potongan kpd baki yg ada dan kadar adalah tetap (20%).

      Kalau tuan nak minta insentif dulu saya x pasti boleh tak, sbb nanti kalau permohonan insentif tuan dh lulus, tuan perlu membuat bayaran dlm masa 30 hari. Jadi mungkin tuan xde masa yg mencukupi utk buat permohonan pengurangan. Kalau x silap sy, permohonan insentif akan terbatal kalau x buat bayaran dlm masa 30% dr tarikh kelulusan.

      Disebabkan masa yg ada dh tak panjang, saya sarankan tuan hubungi MARA utk kepastian sama ada boleh mohon serentak atau sebaliknya.

      Delete
  3. Upload salinan transkrip dan skrol yg telah disahkan maksudnya, Fotostat yg asal dan minta cop pengesahan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, fotostat dan dapatkan cop pengesahan untuk salinan sijil yang telah di fotostat. Lepas tu scan dan upload ke sistem.

      Delete
  4. assalamualaikum, nak tanya cop pengesahan tu macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.

      Cop pengesahan tu cop yang awak perlu ambil dari pegawai kerajaan gred 41 dan ke atas. Contoh cikgu kat sekolah (pengetua, guru kanan dll), pensyarah universiti dan mana-mana pegawai kerajaan gred 41 dan keatas.

      Delete
  5. Assalamulaikum. Nak tanya dalam tempoh kita memohon pengurangan, kita tak perlu bayar balik pinjaman kita kan? Lepas dah tahu keputusan baru boleh start bayar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bayar bila dah dapat keputusan pengurangan.

      Delete

Powered by Blogger.