Cara Memohon Pengurangan Bayaran Balik MARA - Nothing to Somethings

Cara Memohon Pengurangan Bayaran Balik MARA

Kejap je rasa belajar. Sekarang dah nak kena bayar hutang. Huhuhuuhu.

Adat meminjam, lepas pinjam kena la bayar. Tapi  takpe, disebabkan pinjaman MARA merupakan pinjaman boleh ubah berdasarkan pointer, jadi sebelum memulakan proses bayaran wajib minta pengurangan dahulu. Heheheehhe.


Cara memohon pengurangan bayaran balik MARA

Untuk memohon pengurangan bayaran balik ni tak susah pun, korang boleh login ke website e-conversion MARA http://apps.mara.gov.my/conversiononline/. Lepas korang klik link ni, page kat bawah akan keluar. Isikan I/C dan nombor akaun MARA korang. Nombor akaun MARA korang boleh check dekat E-Baki MARA. Lepas login isikan maklumat dan upload dokumen yang diminta dan klik hantar.


Selepas korang tekan butang hantar, download borang permohonan. Borang ni korang kena hantar bersama-sama dengan Transkrip dan Skrol yang disahkan je pejabat MARA. Kalau malas nak pergi korang boleh pos. Guna pos laju pun takpe.

Bentuk borang permohonan yang di download


Selepas 30 hari boleh la korang call tanya tentang status permohonan. Tapi saya punya permohonan lepas 5 bulan baru saya call tanya. Hehehehehehhehe


Selesai...


Keputusan permohonan pengurangan bayaran balik MARA

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu. Permohonan pengurangan berjaya. Daripada RM35k++ kepada lebih kurang RM9k++. Terima kasih MARA kerana telah merealisasikan impian saya.

Kalau ada rezeki sambung belajar dan MARA masih menawarkan sistem pinjaman boleh ubah seperti sekarang, InsyaAllah saya pinjam lagi. Hehhehehehhe

Memandangkan bermula 7 April- 31 Disember 2016 MARA menawarkan insentif 50 tahun MARA, jadi boleh la saya minta pengurangan lagi.

Nak tau apa itu Insentif 50 MARA dan macam mana nak apply, sila baca Di Sini


Update 1 Feb 2018: Mengikut maklumat terkini yang saya perolehi, semua urusan permohonan pengurangan bayaran balik boleh dilakukan secara online dengan menggunakan website baru eConversion MaraMaklumat lanjut cara mohon pengurangan boleh rujuk 'panduan pengguna' dalam website tersebut.

Cara Memohon Pengurangan Bayaran Balik MARA Cara Memohon Pengurangan Bayaran Balik MARA Reviewed by Lah Mohd on 22:32:00 Rating: 5

45 comments:

  1. u nak tnye,
    document macam salinan scroll and transkrip ni nak sah kan by sape?
    pegawai kerajaan or human resource dept tempat kite keje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau u kerja govt ambil je dgn bos yg jwtn gred 41 n keats. Kalau tak, kena la g mana2 pejabat kerajaan.

      Delete
  2. saya sempat isi e conversion dan print. tapi sekarang e conversion dah takde adakah borang saya tu valid lagi. dan sekarang cara membuat pengurangan menggunakan borang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang yg dh d print tu dh hantar ke pejabat MARA belum? Kalau dh hantar cuba call MARA untuk kepastian.

      Delete
    2. e-conversion dah tkde.jadi mcm mana saya nak minta pengurangan ye?saya bru habis belajar thun ni...maksud pengurangan guna borang lain tu ape ye?ad cara baru ke?

      Delete
    3. yg pengurangan guna borang lain tu saya x pasti mcm mana sbb masa sy, sy guna e-conversion. Untuk kepastian mungkin blh call pihak MARA

      Delete
  3. Boleh saya tahu, Tuan dapat tahu keputusan pengurangan melalui emel atau surat di hantar ke rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya dh lupa. Tp surat mmg sy xde terima.
      Kalau nak tau permohonan Cik/Puan dh lulus atau belum Cik/Puan boleh tengok kat eBaki. Seingat saya kalau dh lulus dia akan update kat situ jum yg kita perlu bayar.

      Delete
  4. salam. saya konvo pd bulan hujung bulan oktober 2016, saya belum buat permohonan mara, jadi skrg adakah saya masih sempat membuat permohonan mara itu?

    ReplyDelete
  5. salam nak tanya, pengurangan bayar balik pinjaman ni based on cgpa ke kalau pointer bagus lagi kurang pembayaran?

    ReplyDelete
  6. salinan skrol akademik tu mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salinan scrol akademik tu merujuk kpd salinan sijil degree/master yg cik dh fotostat

      Delete
  7. http://apps.mara.gov.my/ebakiv2/BorangConversion.Pdf . assalam sy nak tanya borang manual ni ada kemukan bayaran rm300 . so sy perlu byr rm300 sebelum hanntar borang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang bayaran tu saya tak sure sebab ada beberapa versi borang dalam enjin carian google. Lagi satu dulu saya buat pengurangan secara online. Untuk kepastian Tuan/Cik boleh call MARA. Nanti dah dapat jawapan share la kat sini supaya orang lain boleh rujuk.

      Delete
    2. ha aa, tu laa. xkan nk buat pengurangan kena bayar rm300 dlu juga kot

      Delete
    3. Tak silap, mmg kena..tapi duit RM300 tu akan ditolak balik dr jumlah pinjaman kita. Dorang just nk tgk kita ni at least bayar sikit pinjaman tu. Even lepas hantar permohonan pn kita still kena byr ikut jadual bayar balik.

      Delete
  8. Salam. maaf bertnya, proses pengurangan pinjamn mara mungkin ambik masa 4bulan mcm tu, sepanjang tempoh sbelum dpt keputusan tu, kena bayar pinjaman ikut jadual mcm biasa or tunggu keputusan pengurangan mara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Masa saya dulu, saya bayar bila keputusan dah dapat. Sebelum dapat keputusan saya tak buat apa-apa bayaran.

      Delete
  9. tumpang tanya. saya dah konvo bulan april 2017. dan dah start bayar sikit sikit mara. sempat lagi tak saya nak apply pengurangan bayaran ni? saya tak berapa faham tentang tu. ada tarikh tutup ke untuk minta ni ya? boleh explain sikit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat lagi nak mohon. Setahu saya xde tarikh tutup.

      Delete
  10. salam, saya sudah bayar 300 komitmen status diterima, doc sudah di cop sah oleh pegawai kerajaan, doc transkrip dgn skrol dh upload TAPI status 05 (salinan tidak jelas atau tiada salinan) doc saya scan confirm jelas tpi knp masih status 05, saya perlu tunggu status berubah atau mmg doc saya x sah perlu di upload semula?

    ReplyDelete
  11. Minimum tiap2 bulan kena bayar berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yang ni saya tak tahu sebab saya bayar sekali gus lepas dapat pengurangan.

      Delete
  12. Salam Lah. Dah buat econversion tapi borang tak download. Any solution to get back the form. Cuba call MARA tapi susah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Cuba login ke system econversion. Kalau tak silap dalam tu ada borang tu.

      Delete
  13. kalau ada tunggakan boleh ke buat pengurangan bayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure. Boleh cuba. Untuk kepastian boleh call MARA

      Delete
  14. Assalam, klu lebih dari tempoh dua tahun dari pada tamat pengajian kan .. memang tak boleh langsung buat pengurangan mara atau ada cara lain ya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam. Maaf yang ni saya tak pasti sebab lepas habis belajar saya terus buat bayaran. Mungkin CikPuan boleh call MARA untuk confirmkan macam mana.

      Delete
  15. salam, saya telah d kejar oleh collector mara sampai ke ofis, kang teganggu keja aku kang bkn stakat mara aku xleh bayo, mkn pon aku xboleh, punyalah mara kalah kalah along, so skg dia soh aku bayar tunggakkan then baru boleh apply pengurangan, adakah itu benar,saya ckp kat dia better saya apply pengurangan dulu kalo dah kurang senang sikit nak bayar lump sum ke kan,so dia pon maki akuu, dia ckp teruskan lah decision ko dia ckp,, pelik jugak, ade sape sape leh gtau saya x hal ni, sbb saya nak buat pengurangan dulu, then aku leh baya semua jumlah after pengurangan, tlg,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam. Maaf lambat reply.
      Cadangan saya cuba Tuan/Puan ke pejabat MARA dan bincang dengan mereka secara baik. Tanya mereka bayaran minimun yang boleh dibuat untuk membolehkan Tuan/Puan buat pengurangan. Terangkan situasi kewangan Tuan/Puan (sekiranya ada masalah kewangan). InsyaAllah dengan perbincangan face to face lagi mudah untuk dapat jawapan (sekiranya belum jumpa face to face dengan pegawai MARA)

      Delete
  16. hi maaf bertanya, kalau document yg diupload tu perlu dicop oleh org atasan ke? atau doc yg nak dihantar bersama borang permohonan sahaja yg perlu dicop. harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better guna documents yg sama. Yg diuplod n dihantar dua2 disahkan/dicop

      Delete
  17. Salam, tumpang tanya.

    Boleh ke kalau kita pergi direct terus ke bangunan MARA untuk buat pengurangan atau by pos sahaja semua dokumen yg perlu utk pengurangan ke MARA? Sebabnya, yg online econversion saya ada tersilap tekan, so ia direct ke next step. Jadinya, tak dapat nak go back to step 1 so kira tak lengkap maklumat yg saya beri.

    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Walk-in untuk minta pengurangan saya tak sure. Tapi awak boleh je cuba janji document berkait bawa semua. Nanti kalau dia minta terus boleh bagi.

      Delete
    2. Satu lg, rasanya awak tak boleh terus pos dokumen sbb borang online awak tak lengkap. Jadi awk boleh walk-in atau call untuk tanya details

      Delete
  18. Hi, kat mana sy boleh check kadar terbaru pengurangan pinjaman mara ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yg ni sy kurang pasti. Mungkin boleh contact terus pejabat Mara cawangan terdekat/ HQ

      Delete

Powered by Blogger.