Cara dapatkan surat pengesahan baki/ selesai hutang PTPTN - Nothing to Somethings

Cara dapatkan surat pengesahan baki/ selesai hutang PTPTN

Surat pengesahan baki hutang pinjaman PTPTN?

Surat penyelesaian hutang PTPTN?

Bagi anda yang telah selesai membuat bayaran PTPTN semestinya, satu salinan surat pengesahan diperlukan untuk simpanan peribadi. Manakala, bagi mereka yang inginkan maklumat tepat berkait baki atau ingin melakukan bayaran PTPTN secara keseluruhan, mungkin mereka juga memerlukan surat pengesahan baki hutang PTPTN semasa.

Namun begitu, saya percaya tidak semua daripada kita yang mempunyai hutang pinjaman PTPTN mempunyai masa untuk ke Pejabat PTPTN dan mungkin tidak selesa sekiranya pertanyaan diajukan melalui panggilan telefon. Namun, tahukah anda, sebenarnya anda boleh mendapatkan surat pengesahan baki hutang atau penyelesaian hutang PTPTN secara online sahaja. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan caranya.


Cara dapatkan surat pengesahan baki/ penyelesaian hutang PTPTN

1- Buka laman sesawang pengesahan baki/ penyelesaian hutang PTPTN. Klik disini.

2- Log-in pengguna. Masukkan nombor MyKad peminjam dan no Pinjaman. No pinjaman boleh disemak di website  'Semakan Penyata Pinjaman'.


3- Pilih modul yang dikehendaki (pengesahan baki atau penyelesaian hutang PTPTN). Bagi tujuan pengesahan baki, selepas pilihan dibuat anda perlu mengisi beberapa maklumat berkait sebelum paparan surat pengesahan baki dipaparkan. Antara maklumat yang perlu di isi adalah nama bank, no akaun, no tel dan email peribadi. Manakala, bagi surat penyelesaian hutang PTPTN, selepas pilihan dibuat, paparan cetak surat penyelesaian hutang PTPTN terus dipaparkan. 

4- Semakan selesai, Print surat pengesahan baki/ penyelesaian hutang PTPTN anda.
Cara dapatkan surat pengesahan baki/ selesai hutang PTPTN Cara dapatkan surat pengesahan baki/ selesai hutang PTPTN Reviewed by Lah Mohd on 14:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.