1- Pilih medium check-in online
Untuk check-in penerbangan/ flight airasia secara online korang ada dua pilihan sama ada login ke akaun Airasia atau tanpa login ke akaun Airasia.
i- Login ke akaun Airasia:
Log-in ke akaun Airasia, klik MY BOOKING dan page di bawah akan terhasil. Klik check-in.
i- Login ke akaun Airasia:
Log-in ke akaun Airasia, klik MY BOOKING dan page di bawah akan terhasil. Klik check-in.
ii- Tanpa login ke akaun Airasia
Pada website Airasia, klik check-in dan page dibawah akan terhasil. Isi nombor booking, nama keluarga dan lokasi berlepas dan klik check-in.
3- Pilih Add-ons
Bagi yang tidak sempat untuk menempah ruang bagasi atau membeli makanan dan insurans penerbangan (flight insurance), korang boleh berbuat demikian di bahagian ini. Tanda kotak berkait dan buat bayaran seperti di minta. Sekiranya tiada apa-apa penambahan yang ingin dilakukan, korang boleh terus scroll ke bawah klik continue.
4- Pilih medium untuk terima boarding pass
Selesai urusan di atas, korang akan dibawa ke page dibawah. Dalam hal ini korang perlu pilih cara untuk terima boarding pass iaitu melalui emel atau mesej kod bar. Biasanya saya akan isikan kedua-dua ruang tersebut. Setelah selesai, klik continue.
5- Buat pengesahan/ pengakuan
Seteleh selesai membuat pilihan medium untuk terima boarding pass, korang perlu membuat pengakuan yang korang faham dan tidak membawa sebarang bahan berbahaya dan mudah terbakar. Ini kerana barangan ini adalah dilarang sama sekali dari dibawa dari menaiki pesawat/ flight. Setelah membacanya korang boleh scroll ke bawah dan klik continue/check-in.
6- Print boarding pass
Setelah selesai semua urusan di atas, korang akan diberikan boarding pass. Untuk print boarding pass, korang boleh lakukannya pada bila-bila masa kerana korang telah mempunyai boarding pass yang telah dihantar ke emel dan hpone.
Selesai..
Note:
Bagi penerbangan/ flight antarabangsa, maklumat tambahan seperti nombor passport perlu di isi sebelum korang dibenarkan untuk check-in penerbangan/ flight.
Cara Check-in Kapal Terbang/ flight AirAsia Secara Online
Reviewed by Lah Mohd
on
17:05:00
Rating:
Boarding pass tu kalau dah ada dalam email senang bila-bila masa je bole print sebelum naik flight.
ReplyDeletekalau kita dah print boarding pass... tapi no gate x ada...hanya tulis Zone 2...mcm mana ya
ReplyDeleteNt masa di airport cik boleh rujuk papan info untuk tau no gate. Guna nombor flight sbg rujukan
Deleteassalam..kalau kita dah check in online (self n luggage)..masih perlu ke airport 3 jam awal ya. saya first time ni..nak ke kota kinabalu 3 apr nti..terimakasih..
ReplyDeleteWsalam. Kalau ada luggage untuk di check-in ke perut pesawat saya sarankan gerak awal ke airport. Wlpn cik dah buat check-in luggage online, cik masih perlu ke kaunter/self baggage drop untuk drop luggage. Kalau cik sampai lambat saya risau cik panik bila kena Q lama untuk drop luggage memandangkan cik first time
Deleteutk menempah ruang bagasi tu mksdnya bagasi yg bwah 7kg ka?
ReplyDeleteBagasi utk check-in rujuk kpd beg bersaiz besar dan melebihi saiz n berat maximum yg dibenarkan utk dibawa ke kabin.
DeleteSo dlm kes ni kalau awak hanya bawa beg berat +-7kg, awak tak perlu beli ruang bagasi, tapi kalau beg awak lebih berat drpd ni, awak perlu beli ruang bagasi utk di check-in.
Kalau saya nk betulkan ejaan nama penumpang, bagaimana caranya?
ReplyDeleteNak betulkan nama kena contact airlines
Deleteadakah prosuder menaiki air asia dengan Mas sama?
ReplyDeleteYa, sama je utk semua airlines kecuali utk prosedur check-in luggage. Ada airlines self-check-in ada yg kaunter check-in utk luggage
DeleteTerima kasih tuan. Sangat membantu
ReplyDeletesya mahu bertanya jika saya punya flight pukul 9 mlam.boleh kah sya check in/drop off luggage dkt kaunter dlm pukul 3-4 petang?
ReplyDeleteTak boleh. sbb biasanya kaunter check-in buka sekitar 2-3 jam dr masa flight berlepas
Deletehi, nak tanya, boarding pass perlu print ke? tak boleh scan dari phone?
ReplyDeletebiasa nya nk check in dlm online dalam berapa hari boleh check in, flight sy bulan Mac 2023..boleh check in pergi dan balik dalam satu masa ke
ReplyDeleteKalau Airaisa biasanya 14 hari sebelum penerbangan. kalau nak check-in pergi & balik, kena tunggu tarikh flight balik jadi tempoh 14 hari juga sblm penerbangan
Deletesaya nka tnya kalau penumpang yg bersama baby bole checkin menggunakan web online ke?
ReplyDeleteNak tanya saya beli ticket ada transit jadi bila check in boleh check in satu destinasi jer lagi satu tak boleh kenapa ye?
ReplyDeleteFly-thru ke? Kalau fly-thru dia akan terus check-in untuk final destinasi.
Delete