Cara naik ke menara Drawbridge Terengganu - Nothing to Somethings

Cara naik ke menara Drawbridge Terengganu

Menara Drawbridge Terrengganu? 

Boleh ke naik ke menara Drawbridge Terengganu?

Untuk makluman anda, YA, anda boleh naik ke menara tinjau Drawbridge Terengganu. 

Bagi anda yang telah sampai ke Terengganu, adalah sangat rugi jika anda tidak merebut peluang untuk naik ke menara Drawbridge. Mana tidaknya, pemandangan dari atas menara tinjau Drawbridge sangatlah cantik terutamanya menghampiri senja. Ini kerana anda boleh melihat suasana bandar raya Terengganu dan beberapa kawasan sekitar dari atas termasuk kawasan persisir pantai dan muara sungai Terengganu. 

Drawbridge, Terengganu

Untuk makluman anda, pemandangan dari menara tinjau Drawbridge seolah-olah anda menaiki menara Taming Sari di Melaka yang mana anda boleh melihat pemandangan dalam sudut 360 darjah. Cuma yang membezakan antara menara Taming Sari dan menara tinjau Drawbridge ialah, menara Drawbridge tidak berpusing, manakala menara Taming Sari boleh berpusing 360 darjah. 

Untuk parking kereta, anda boleh parking di kawasan terbuka di hujung jambatan Drawbridge atau dibawah Drawbridge. Untuk makluman, kawasan parkir ini berada bertentangan dengan bandar Kuala Terengganu iaitu jalan menghala ke pantai Miami. Setelah parkir, anda boleh berjalan kaki menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan di tepi jambatan Drawbridge atau tangga dan lift dibawah Drawbridge. 

Dari segi masa operasi, menara tinjau Drawbridge boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i- Hari bekerja (Weekdays): Isnin - Khamis
Dibuka bermula jam 10 pagi dan ditutup pada jam 7 petang

ii- Hari minggu (Weekends): Jumaat - Ahad
Dibuka bermula jam 10 pagi dan ditutup pada jam 10 malam

Note: 
Pada hari jumaat, menara tinjau akan ditutup seketika bermula jam 12.30 tengahhari sehingga jam 2.30 petang. 

Meskipun anda berada tinggi di atas menara tinjau Drawbridge, anda tidak perlu risau. Ini kerana di aras dua bangunan Drawbridge turut disediakan surau dan tandas. Manakala, aras tiga merupakan kawasan untuk anda menikmati keindahan pemandangan bandar persisir pantai Kuala Terengganu. Jika anda berani untuk bergambar dengan sedikit kelainan, anda boleh bergambar di kawasan lantai kaca yang boleh nampak kebawah. 

Seperti kelaziman untuk masuk ketempat menarik lain, untuk masuk ke menara tinjau Drawbridge, anda juga dikenakan bayaran. Pada hari biasa, harga tiket untuk naik ke menara tinjau Drawbridge adalah berharga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas dan percuma kepada orang kelainan upaya (OKU). Namun, harga ini akan lebih murah jika diwaktu promosi. Jadi, bagi mengetahui harga terkini dan promosi yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web mereka di Terengganu Drawbridge

Selamat bercuti...

Cara naik ke menara Drawbridge Terengganu Cara naik ke menara Drawbridge Terengganu Reviewed by Lah Mohd on 11:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.