Cara masak Agar-Agar Milo - Nothing to Somethings

Cara masak Agar-Agar Milo



Agar-Agar Milo

Agar-agar milo sebagai pencuci mulut. Emmm, lagi sedap kalau dimakan ketika cuaca panas.

Bahan masak Agar-Agar Milo:

  • 20 gram agar-agar bertali
  • 8 gelas air
  • 4 ketul gula batu
  • 2 helai daun pandan
  • 5 senduk gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 100 gram serbuk milo
  • 10 gram biskut coklat

Cara masak Agar-Agar Milo:

  1. Basuh agar-agar bertali dan toskan. 
  2. Masukkan air dan agar-agar bertali ke dalam periuk.
  3. Masukkan gula, daun pandan dan gula batu. Kacau sehingga agar-agar mendidih dan larut. 
  4. Kecilkan api. Angkat dan masukkan 1/2 bancuhan ke dalam loyang. 
  5. Untuk lapisan pertama, masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati.
  6. Tunggu dalam 5-10 minit sehingga agar-agar susu tersebut separa beku.
  7. Masukkan serbuk milo ke dalam lebihan bancuhan agar-agar. Kacau rata. 
  8. Untuk lapisan kedua, masukkan ke dalam loyang agar-agar susu tadi. 
  9. Susunkan biskut coklat mengikut citarasa.  
  10. Sejukkan pada suhu bilik seketika dan masukkan ke dalam peti ais.
  11. Sedia untuk dihidang. 
Cara masak Agar-Agar Milo Cara masak Agar-Agar Milo Reviewed by Lah Mohd on 11:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.