Cara menggunakan GrabCar di Malaysia - Nothing to Somethings

Cara menggunakan GrabCar di Malaysia


GrabCar?

Mungkin ada yang tertanya apakah GrabCar dan bagaimana ia berfungsi. Untuk makluman korang secara ringkasnya Grabcar adalah kereta persendirian yang didaftarkan untuk mengambil penumpang dan menerima bayaran. Fungsinya sama dengan taksi tetapi kadar tambang adalah lebih murah dan tetap walaupun korang naik lewat malam dan driver gunakan route yang jauh.


Contohnya, baru-baru ni saya menggunakan GrabCar sekitar jam 2 pagi dari TBS ke Serdang. Harga yang dikenakan oleh GrabCar adalah RM20 + tol RM2. Kalau menggunakan taksi kadar tambang sekitar RM30-RM45 tidak termasuk caj RM2 dan berubah mengikut route yang digunakan. Maksudnya kalau driver taksi gunakan jalan jauh korang akan dikenakan caj yang lebih mahal. Berbeza dengan GrabCar, harga yang dipaparkan semasa booking adalah harga yang korang akan bayar masa turun nanti. Jadi korang dah tak perlu risau sekiranya driver menggunakan jalan jauh sebab harga yang dibayar adalah sama.

Cara menggunakan/menempah GrabCar pula adalah hampir sama dengan menggunakan taksi bermeter. Untuk membuat tempahan, korang boleh gunakan langkah berikut.


Cara Menggunakan GrabCar

1- Install app GrabCar



Sebelum korang menggunakan GrabCar korang perlu install app terlebih dahulu. Korang boleh download app dari playstore hpone korang. Selepas dah install ikut beberapa langkah mudah berikut:


Daftar pengguna



Setelah app GrabCar berjaya di install, korang perlu daftar sebagai pengguna. Untuk mendaftar sebagai pengguna korang boleh pilih sama ada login menerusi "Google, Facebook atau Mobile Number". Isikan maklumat yang diminta dan klik next. Sekiranya korang daftar/ login 'with Mobile Number, mesej pengesahan akan dihantar ke hpone korang. Isikan nombor yang dikirim dan tekan next. Selesai.


2- Tempahan GrabCar



Sama seperti menempah taksi bermeter, untuk menempah GrabCar korang perlu masukkan lokasi "pick-up" dan "drop-off". Selepas korang dah masukkan lakosi korang boleh lihat bilangan CrabCar yang berada berdekatan dengan korang dan kadar tambang yang dikenakan (lihat gambar di atas). Jika korang setuju dengan kadar tambang yang dikenakan, tekan "book" untuk mencari dan memulakan tempahan. Biasanya driver GrabCar akan memberi respond kurang dari seminit untuk menerima tempahan korang.

Selesai.

Note: Pastikan korang masukkan lokasi "Pick-Up" yang senang untuk driver GrabCar cari korang.

Update: Harga GrabCar akan menjadi lebih mahal di waktu puncak. Harga ini akan kembali normal selepas permintaan berkurang. Namun, korang tidak perlu risau kerana harga yang dipaparkan semasa tempahan adalah harga yang dibayar semasa korang tiba di destinasi. Perbezaan ini korang dapat lihat sekiranya korang pernah menggunakan khidmat GrabCar untuk lokasi yang sama.

Cara menggunakan GrabCar di Malaysia Cara menggunakan GrabCar di Malaysia Reviewed by Lah Mohd on 18:19:00 Rating: 5

22 comments:

  1. MAAF. CAMNE CARA NAK BUAT BAYARAN. KALAU TULIS DISITU RM5? KIRA BAYAR BY HAND BOLEH?

    ReplyDelete
  2. Menarik info.. baru nak mula guna kan grabcar..tq..

    ReplyDelete
  3. Maksudnya harga yg dah tulis Kat situ tu harga yg perlu dibayar bila dah sampai destinasi? Ke tu cas bayaran tempahan kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, harga yang ditulis adalah harga yg dibayar masa turun. Tapi kalau guna jalan ada tol, bayaran tol kita kena bayar juga. Cth, caj TBS ke Serdang = RM20, tol RM2. So masa turun kena bayar RM22

      Delete
  4. camne nak pggl grab klu nk naik 2-3 orang?! kreta rosak smua yg tumpang kn join grab plk b4 siap repair ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempah mcm biasa cuma sebelum klik book pilih jenis kenderaan dahulu. Cth utk 4 atau 6 dll.

      Delete
  5. Saya dah dua kali naik Grab. Alhamdulillah puas hatilah sebab murah.

    ReplyDelete
  6. Blh ke kalau nk tmpah grab car secara bulanan..means kite nk dia bw kite hari2 pg kja dn blk kj..klu nk byr dia hr2 pn blh..jnji dia nk bw kite g kj hari2..cmne cara nye ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak sure boleh tak. Mungkin boleh tanya driver masa naik grab

      Delete
  7. HI...nak tanya kalau nak pergi 2 destinasi berbeza guna 1 grab boleh tak? maksudnya dari tempat A ke B (pick up barang sekejap) lepastu ke destinasi C?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kena bincang dengan driver. Saya pernah buat tapi untuk ke lokasi C memang grab akan lalu point B, jadi saya minta driver berhenti sekejap. Kalau laluan yang berbeza saya tak sure. Mungkin kena ambik grab lain.

      Delete
  8. Info yg bagus untuk saye yg baru nak cube grab. Saye nk tanye kalau kite testing book ada masalah x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak test book boleh je sebab boleh cancel lepas booking dah confirm. Tapi kalau boleh jangan la. Kasihan kat pemandu. Nanti belajar je masa first time nak guna. Tak perlu test book.

      Delete
  9. Saya nak tanya, bagaimana cara nak book utk pg esok sbb takut waktu kemuncak susah utk dapatkan grab pd awal pg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, yang ni saya tak pasti. Rasanya tak boleh buat tempahan awal kecuali awak dah berbincang dengan pemandu Grab

      Delete
  10. Saya dah banyak kali naik..tiptop lepastu pemandu grab pon mesra kira berbaloi ..😊

    ReplyDelete
  11. Bayar ikut kepala berape org naik ke..atau bayar harga yang da ditulis walaupon 2 or 3 org naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar ikut harga yg dh ditulis. Tak kisah nak brp org

      Delete
  12. boleh ke tempahkan grab untuk penumpang tempat lain. Contohnya saya ingin tempeh grab untuk ibu.. nak hantar ibu dari rumahnya ke klinik di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Yg ni saya tak pasti sebab tak pernah cuba.

      Delete

Powered by Blogger.