Cara membuat permohonan sambung belajar untuk Master dan PhD - Nothing to Somethings

Cara membuat permohonan sambung belajar untuk Master dan PhD

Macam mane eh nak apply sambung belajar, susah tak?

Ko tau tak macam mana nak minta sambung belajar?

Itu antara persoalan yang biasanya bermain di fikiran mereka yang ingin menyambung pengajjian. Sebenarnya untuk membuat permohonan sambung belajar, prosedurnya tidak susah. Semuanya boleh diselesaikan di hujung jari korang je. 

W/bagaimanapu, permohonan bagi peringkat postgrad (pascasiswazah) adalah berbeza dengan undergrad (prasiswazah). Kalau semasa undergrad kita memohon Universiti dengan menggunakan sistem UPU dan perlu membeli nombor PIN, sekarang semua urusan kita perlu selesaikan sendiri tanpa menggunakan sistem UPU dan nombor PIN. 

Bagi peringkat postgrad, kebarangkalian untuk permohonan lulus adalah tinggi memandangkan kurang persaingan. 

Cara membuat permohonan

1- Memilih Universiti

Sekiranya semasa undergrad, sistem UPU yang menentukan tempat pengajian, sekarang di peringkat postgrad korang sendiri yang akan tentukan di mana korang nak belajar. Universiti top ranking, universiti RU atau sebaliknya. Pilihan ni sangat penting sebab ianya akan menentukan masa depan korang. Kenapa saya cakap begitu, sebab tidak semua universiti mengkhusus dalam bidang yang korang nak belajar. 

Contoh, kalau korang nak sambung dalam bidang ekonomi, korang perlu mencari universiti yang menawarkan kos ekonomi. Walaupun bidang yang ditawarkan sama, tapi kadang kala, mod pengajian dan subjek yang ditawarkan adalah berbeza. Ada yang menawarkan mod campuran (thesis + coursework) atau mod thesis sahaja. Jadi korang perlu pilih mengikut minat korang. Bagi saya mod campuran atau mod coursework lebih senang daripada mod thesis.

Note: bagi peringkat master, mod campuran atau coursework masih ditawarkan. 

Untuk mendapatkan maklumat berkait korang boleh terus ke sistem postgrad. Korang boleh taip postgraduate "masukkan nama universiti". Contoh, postgraduate UPM, postgraduate UKM dan sebagainya. Kalau tak dapat cara ni, korang boleh cari mengikut nama universiti yang korang nak. Contoh UKM. Lepas dah masuk kesistem korang cari ikon pascasiswazah. Ikon ni biasanya ada di bawah kategori kemasukan atau akedemik. Dalam ni boleh la korang baca maklumat dan bidang-bidang yang ditawarkan. 


2- Membuat permohonan

Selepas korang dan pilih universiti yang korang nak belajar, korang perlu buat permohonan secara atas talian (online). Untuk membuat permohonan kebiasaannya korang perlu login ke sistem postgrad universiti berkenaan dan daftar sebagai pengguna. Lepas dah daftar boleh la korang login ke sistem dan isi maklumat yang diperlukan. 

Selepas login biasanya korang perlu:
a- Isikan maklumat peribadi
b- Isikan maklumat pengajian (mod pengajian, bidang, supervisor, semester kemasukan)
c- Isikan maklumat pendidikan
d- Memuatnaik beberapa dokumen berkait (sijil, salinan IC etc.)
e- Membuat bayaran dan memuatnaik slip bayaran (Bayaran pemprosesan)

Selesai isikan maklumat dan upload dokumen yang diminta tekan submit.

Note: Ada sesetengah universiti korang perlu poskan dokumen (sijil, salinan IC dll), dan ada yang hanya perlu memuatnaik dokumen ke sistem. Jadi pastikan korang buat apa yang diminta sama ada memuatnaik sahaja atau perlu diposkan. 


3- Keputusan permohonan

Biasanya selepas 1-2 bulan dari tarikh memohon korang akan mendapat jawapan. Disebabkan sistem dah semakin canggih, korang perlu menyemak status permohonan secara online. Korang perlu login semula ke sistem postgrad yang korang daftar tadi. Masukkan password dan ID yang korang daftar. Sekiranya permohonan berjaya korang perlu membuat keputusan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan. Klik butang berkait dan tekan submit. 

Note: Jangan tunggu surat tawaran rasmi sampai ke rumah, baru nak buat semakan.  Takut nanti tawaran kemasukan telah di tolak oleh sistem. Kebiasaannya semua universiti telah menggunakan sistem atas talian (online) untuk semua urusan. 


4- Proses kemasukan

Selepas korang dan tekan butang terima tawaran, korang boleh la 'print' dokumen yang berkait dan buat persiapan. Antaranya dokumen yang korang perlu 'print' seperti surat tawaran, borang medical check-up dan lain-lain. 

Masa ni juga korang boleh memohon biasiswa. 


5- Pendaftaran

Tempoh pendaftaran biasanya dibuka 1-2 minggu bergantung kepada universiti. Sekiranya korang berminat untuk menginap di hostel, dinasihatkan untuk daftar awal. Ini kerana, kebiasaannya, keutamaan untuk menginap diberi kepada pelajar undergrad. Bagi pelajar postgrad, hostel akan diberi sekiranya ada kekosongan. Prosedure untuk mendapatkan hostel mungkin berbeza mengikut universiti. Jadi untuk mendapatkan hostel korang boleh tanya di kaunter pendaftaran. 

Mengikut pengalaman saya, untuk mendapatka hostel korang perlu kemukan salinan surat tawaran dan terus ke pejabat hostel untuk membuat permohonan. 

Selesai..... 


Selamat Belajar.


Mungkin ada yang tertanya, bagaimana pula untuk sambung belajar ke luar negara kan. Setahu saya prosedurnya hampir sama cuma bagi mereka yang ingin sambung belajar ke luar negara mereka perlu membuat ujian TEOFL atau IELTS. 
Cara membuat permohonan sambung belajar untuk Master dan PhD Cara membuat permohonan sambung belajar untuk Master dan PhD Reviewed by Lah Mohd on 22:26:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.