Cara mohon sijil kelayakan menduduki bangunan/ sementara (CF/ TCF) dengan Majlis Daerah - Nothing to Somethings

Cara mohon sijil kelayakan menduduki bangunan/ sementara (CF/ TCF) dengan Majlis Daerah

Nak mohon lesen premis dengan Majlis Daerah tapi tiada sijil kelayakan menduduki bangunan?

Perkara sama terjadi kepada saya semasa kali pertama ingin memohon lesen premis perniagaan dengan Majlis Daerah. Bangunan kedai saya tidak mempunyai sijil kelayakan menduduki bangunan kerana ianya diubahsuai daripada rumah pekerja kepada ruang kedai. Selain itu, binaannya juga tidak menggunakan khidmat arkitek atau jurutera pelan bangunan.

Borang permohonan


Jadi bagaimana untuk memohon sijil kelayakan menduduki bangunan?

Untuk makluman, proses permohon sijil kelayakan menduduki bangunan tidaklah susah. Anda hanya perlu ke Majlis Daerah berdekatan dan dapatkan borang permohonan. Anda hanya perlu mengisi borang yang diberi dan kepilkan bersama dokumen berikut: 
1- Surat permohonan bagi kelulusan bangunan
2- Salinan kad pengenalan pemohon
3- Salinan geran tanah
4- Carian rasmi (boleh dapatkan di Pejabat Tanah dengan bayaran RM20)
5- Pelan keluasan lantai
6- Surat akuan kebenaran tuan tanah/perjanjian (jika disewa)
7- Peta lokasi premis perniagaan
8- Gambar 4 penjuru

Jika bangunan kedai anda tidak mempunyai pelan lantai atau pelan lokasi, mengikut maklumat dari pegawai Majlis Daerah di tempat saya anda boleh melukisnya sendiri dengan menggunakan pensil. Untuk melukis pelan lantai dan pelan lokasi, tiada format khusus  ditetapkan. Walaubagaimanapun ianya mestilah jelas, kemas dan difahami. 

Bagi proses penilaian dan kelulusan, secara kasarnya masa sekitar 3-4 minggu diperlukan. Dalam hal ini, pegawai Majlis Daerah akan melawat premis perniagaan anda untuk sesi penilaian. 

Note: Dokumen diperlukan mungkin berbeza bagi setiap negeri.
Cara mohon sijil kelayakan menduduki bangunan/ sementara (CF/ TCF) dengan Majlis Daerah Cara mohon sijil kelayakan menduduki bangunan/ sementara (CF/ TCF) dengan Majlis Daerah Reviewed by Lah Mohd on 12:50:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Salam, terima kasih atas perkongsian. Boleh saya tanya, macam mana ye cara tuan lukis pelan lantai dan pelan lokasi sendiri dengan pensil? Tuan terus kepilkan lukisan tangan tu dengan semua dokumen permohonan cf tu ke? Saya kurangvjelas berkenaan dengan lukisan tangan pelan laintai dan pelan lokasi. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ya, masa sy mohon dulu, saya lukis sendiri.

      Saya lukis biasa je. Contoh kalau bangunan tu 4 segi, saya lukis 4 segi. Lps tu kalau ada pintu/ tingkap, dekat bahagian pintu, saya buat sedikit kelainan. Contoh dekat pintu sy guna garisan tebal, dekat tingkap sy guna garisan putus2.

      Nt dekat bawah saya buat catatan, setiap garisan tu menggambarkan apa

      Delete

Powered by Blogger.