Cara buat duit dengan menulis blog - Nothing to Somethings

Cara buat duit dengan menulis blog

Menulis dapat duit!  Betul ke? Pelik je bunyi

Ya, bunyinya pelik, tapi kalau kena gayanya korang boleh jadikan hobi menulis blog sebagai sumber pendapatan utama korang. Korang boleh baca review dari blogger lain. Ada yang pendapatan mencecah ratusan sebulan bahkan ada yang sampai ribuan ringgit sebulan. Bunyinya memang tidak masuk akal.

Mungkin ada yang tertanya bagaimana pula menulis blog boleh hasilkan duit. Untuk makluman, korang boleh hasilkan duit dengan meletakkan iklan di blog korang. Contohnya iklan dari Google Adsense, Nuffnang, Involve Asia dan sebagainya. Yang menariknya pendaftaran untuk menjadi pengiklan adalah percuma.

Antara ketiga-tiga iklan tersebut, iklan dari Google Adsense sangat yang menjadi tumpuan para penulis blog termasuk saya sendiri. Proses mendapat kelulusan memang sangat susah tapi bila dah lulus memang berbaloi sebab semua komisen dibayar dalam bentuk USD. Bayangkan USD ditukar kepada Ringgit, memang lumayan.

Tapi sebelum korang boleh hasilkan duit dengan blog, semestinya korang perlu ada akaun blog sendiri. Untuk membuka akaun blog sangat lah senang. Untuk membuka akaun blog, korang boleh ikuti langkah mudah berikut. 

Blog

Cara buat duit dengan menulis blog

1- Buka akaun email

Sebolehnya pastikan korang buka akaun dengan menggunakan Gmail dan cuba elakkan menggunakan akaun peribadi. Ini kerana, dengan menggunakan akaun yang formal korang akan kelihatan lebih profesional dan serious dalam menulis. Sekiranya korang dah ada akaun gmail korang boleh terus ke langkah 2.

2- Buka akaun blog

Lepas korang dah siap buka akaun gmail, korang perlu login ke akaun Blogger.com. Lepas korang login, paparan berikut akan terhasil. Untuk membuka akaun blog, klik "new blog"


3- Pilih nama blog

Lepas korang dah login, paparan berikut akan terhasil. Isikan nama dan alamat blog yang korang inginkan. Korang boleh masukkan sebarang nama termasuk nama korang sendiri. 


4- Pilih alamat blog (rujuk gambar di step 3)

Dalam pemilihan nama, sebolehnya pilih lah alamat blog yang sama dengan nama blog. Contoh, sekiranya nama blog "Nothing To Somethings", jadi pastikan alamat blog "nothingtosomethings.blogspot.com". Dinasihatkan juga untuk korang pilih nama blog yang senang untuk di ingat. Kemungkinan untuk alamat blog korang sama dengan blogger lain adalah tinggi. Jadi masukan pilihan alamat blog sehingga ianya boleh digunakan (available).

5- Pilih templete blog (rujuk gambar di step 3)

Lepas korang dah siap pilih nama dan alamat blog, langkah terakhir yang korang perlu lakukan adalah memilih templete blog. Korang boleh pilih mana-mana templete ikut selera korang. Templete ni korang boleh ubah bila-bila masa lepas korang dah ada blog sendiri. Jadi pada peringkat awal pilih la templete dari kategori "Simple".

6- Create blog! (rujuk gambar di step 3)

Lepas korang dah berpuas hati dengan nama dan alamat blog, korang klik "Create blog!". Paparan seperti langkah 1 akan terhasil. Untuk melihat blog, korang klik pada "nama blog korang" atau ""view blog". Paparan berikut akan terhasil. Untuk memulakan penulisan korang klik "new post". 



Peringatan:

1- Cuba hasilkan artikle yang asli tanpa di "copy & paste" dari blog lain. Ini kerana, sekiranya artikle korang didapati ditiru dari blog lain, permohonan Google Adsense korang secara automatik di tolak.
2- Pastikan blog korang sentiasa dikemaskini.
3- Elakkan menulis artikle berbaur perkauman dan sebagainya.
4- Gunakan tajuk-tajuk yang mudah agar blog korang mudah terindek di enjin carian.

Semoga bermanfaat
Cara buat duit dengan menulis blog Cara buat duit dengan menulis blog Reviewed by Lah Mohd on 19:11:00 Rating: 5

31 comments:

  1. Boleh saya tahu cara buat duit selepas saya siap buat blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Untuk buat duit dengan blog Tuan boleh letak iklan. Contoh iklan dari Google Adsense

      Delete
    2. Maaf.. Kita letak iklan Ke atau auto Dr Google adsense yg letak kt page kita?

      Delete
    3. Kita kena letak kod google adsense di tempat yang kita nak iklan tersebut keluar. Nanti apa2 iklan dia akan auto keluar.

      Delete
  2. Boleh cuba nuffnang & involve asia

    ReplyDelete
  3. berapa lama untuk google adsense terima blogger kita??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada proses review. Ada yang lama dan ada yang kejap. Saya sendiri sekitar sebulan (3 kali review)

      Delete
  4. @Lah Mohd blh sy tau cara google nk luluskan permohonan blig kita tu...apa syarat dia...sy baru buat td tp x brapa pham...sy hrap tuan sdi mmbntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya blog mestilah dalam keadaan kemas, menarik dan menggunakan ayat penuh dalam penulisan.

      Tuan boleh baca tips ni dan beberapa pautan/ link tips yang saya sediakan.
      https://www.nothingtosomethings.com/2019/01/cara-cepat-dapat-kelulusan-google.html

      Delete
  5. Nak tanya url of your website kat mane ye

    ReplyDelete
  6. Betul tuan, blog kena sentiasa update dan asli. Baru Google suka. Juga artikel yang menyelesaikan masalah orang.

    ReplyDelete
  7. Nak buat akaun blog ni , lepastu ada dikenakan apa apa bayaran tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde apa-apa bayaran. Free je kecuali kalau nak guna domain sendiri. Contoh domain saya nothingtosomethings.com. Dalam kes ni saya beli dot com tu.

      Kalau nak yang free guna je domain blogspot.

      Delete
  8. thanks. simple and ringkas. senang nak baca and mudah paham. i enjoy it

    ReplyDelete
  9. Terima kasih... Info yang menarik...

    ReplyDelete
  10. nak tanya kalau wordprees.com dgn blogspot apa beza ya..sy baru je nak berjinak dengan blog utk meraih pendapatan melalui internet..tlg bagi penjelasan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, yg ni sy tak pasti sangat apa perbezaan dia. Tapi sy pernah register utk wordpress. kalau ikut pengalaman sy, sy rasa blogspot lg senang guna compare dgn wordpress.

      Delete
  11. Assalamualaikum, nak tnya lepas siap buat blog tu, bila dh iklan smua, pembayaran tu nnti dia macam mana ye, dia akan hantar melalui email ke atau mcm mana blh jelaskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya ingin tahu juga, teringin nak buat blog

      Delete
    2. Waalaikumussalam.
      Semua pembayaran akan terus masuk ke akaun bank kita. Contoh kalau kita letak iklan Google Adsense, nt kita perlu kemaskini no akaun bank dalam akaun google adsense. Lps kita dah kemaskini, nt dia akan hantar satu surat kpd kita untuk sahkan mahlumat. Dlm surat tu ada no Pin.

      Kita blh setkan brp nilai min untuk masuk akaun. Kalau sy, saya letak min USD100. Jd bila cukup min USD100, akan terus diproses

      Delete
  12. Boleh ke kalau buat blog dulu and nanti dah lama baru beli domain? Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi ikut pengalaman, akan ada sedikit kesan. Masa tukar domain mungkin jumlah pelawat akan jatuh buat seketika tapi akan kembali pulih.

      Delete
  13. Terima kasih kerana berkongsi info .....

    ReplyDelete
  14. macam mana nak tau topik apa yg nak tulis utk mendapatkan lebih banyak traction? saya baru nak berjinak jinak di arena malaysia blogger nie .. hehe

    ReplyDelete
  15. nak tanya, contoh, andaikata kalau kita saja-saja post pengalaman @ kongsi ilmu, dapat income tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, Contoh Blog ni juga kongsi pengalaman peribadi

      Delete

Powered by Blogger.