Cara daftar masuk (check-in) beg di kaunter sebelum menaiki pesawat - Nothing to Somethings

Cara daftar masuk (check-in) beg di kaunter sebelum menaiki pesawat

Sedia maklum tidak semua saiz beg dibenarkan untuk dibawa masuk ke ruangan kabin. Dalam hal ini, secara umumnya, beg melebihi berat 7 Kg dan bersaiz melebihi 56cm tinggi, 23cm lebar dan 36cm panjang diwajibkan untuk di daftar masuk ke ruang kargo atau perut pesawat. Namun begitu, bagi sesetengah penerbangan, perkhidmatan ini tidaklah percuma. Ada bayaran tambahan yang perlu korang lakukan. 


Untuk makluman korang, harga caj ruangan kargo pesawat adalah lebih murah sekiranya korang membuat belian awal secara atas talian berbanding membelinya di kaunter. Dalam hal ini disarankan untuk korang membeli ruangan beg mengikut berat barangan yang dibawa. Ini kerana, sekiranya barangan yang dibawa melebihi ruangan atau berat yang dibeli korang akan dikenakan caj tambahan di kaunter. 

Bagi memudahkan korang membuat daftar masuk beg yang bersaiz besar di kaunter, di sini saya kongsikan caranya.

Cara daftar masuk beg di kaunter

1- Rujuk papan info

Papan info perlu dirujuk bagi membolehkan korang mengetahui nombor pintu berlepas dan kaunter untuk daftar masuk beg atau diri. Untuk makluman korang, biasanya maklumat penerbangan hanya akan keluar di papan info 3 jam sebelum penerbangan sahaja. Jadi sekiranya korang sampai awal korang perlu tunggu sehingga maklumat penerbangan keluar di papan info. 

Bagi korang yang menggunakan lapangan terbang utama seperti KLIA papan info penerbangan harus dirujuk bagi membolehkan korang mengetahui nombor kaunter untuk check-in beg dan diri. 

Manakala bagi korang yang menggunakan lapangan terbang bersaiz kecil seperti lapangan terbang Kota Bharu, nombor kaunter untuk check-in beg dan diri biasanya tidak digunakan. Dalam hal ini korang boleh terus ke mana-mana kaunter mengikut jenis penerbangan korang.

2- Sediakan dokumen dan beratur

Dokumen yang dimaksudkan adalah I/C atau passport. Selepas korang memiliki dokumen ini korang boleh terus beratur di kaunter mengikut nombor yang tertera di papan info untuk check-in beg/luggage. 

3- Check -in atau daftar masuk

Semasa di kaunter tunjukkan dokumen di atas. Untuk makluman korang, semasa proses daftar masuk berat beg akan di timbang. Jadi bagi mengelakkan korang dikenakan caj tambahan disebabkan terlebih berat, disarankan untuk korang mengenalpasti berat beg korang sebelum proses daftar masuk atau membeli ruang penyimpanan mengikut jumlah berat barang yang korang ingin bawa bersama.

Manakala, sekiranya barangan yang dibawa adalah dari jenis yang mudah pecah (fragile), korang boleh minta staf di kaunter untuk menampal pelekat tersebut. 

Selepas selesai urusan daftar masuk, dapatkan semula dokumen yang diserah dan korang bolehlah terus menuju ke pintu berlepas yang ditetapkan.

Selesai

Cara daftar masuk (check-in) beg di kaunter sebelum menaiki pesawat Cara daftar masuk (check-in) beg di kaunter sebelum menaiki pesawat Reviewed by Lah Mohd on 10:30:00 Rating: 5

12 comments:

  1. Hello nak tnya.. incase klu kita terlupa nak add on luggage wktu kita beli online tiket flight.. kita still boleh add on lagi ke ? Or kena trus g kaunter ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kita masih boleh buat add on online sehingga hari buat online check-in ditutup. Lepas tu dh kena beli di kaunter

      Delete
  2. nak tanya laptop boleh ke bawa masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laptop (dan lain-lain barang eletronik) tak boleh di check-in ke perut pesawat tapi boleh di bawa ke ruang kabin

      Delete
  3. nak tanya beg yg digambar itu yang dibolehkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua beg boleh. Yang membezakan hanya saiz beg sama ada untuk di check-in ke perut pesawat atau di bawa ke ruang kabin.

      Delete
  4. Nak tanya bateri biasa boleh bawa dalam kabin ke?

    ReplyDelete
  5. Powerbank boleh dibawa masuk ke dlm kabin x.tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.
      Tapi ada sesetengah negara dia tetapkan saiz yg boleh dibawa. Cth Thailand

      Delete
  6. Boleh tahu prosedur dan barang yang di perlukan untuk daftar masuk jika beli tiket online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada beg utk daftar masuk di kaunter, awak boleh terus ke kaunter. Untuk tahu number kaunter awak boleh rujuk papan info.

      Untuk daftar masuk beg, awak perlu bawa ic/passport je

      Delete

Powered by Blogger.