Cara saya ke Pulau Mabul (Itinerary dan perbelanjaan) - Nothing to Somethings

Cara saya ke Pulau Mabul (Itinerary dan perbelanjaan)

Pulau Mabul!
Barapa lama harus bercuti ke Pulau Mabul?

Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya berapa lamakah masa ideal untuk anda bercuti ke Pulau Mabul. Namun bagi saya ianya terlalu sukar untuk ditentukan. Ini kerana, setiap orang mempunyai minat, keinginan dan budget yang berbeza. Bagi anda yang merancang untuk melakukan aktiviti scuba diving masa yang panjang mungkin diperlukan sekiranya anda ingin menghabiskan semua senarai lokasi scuba diving.

Namun sekiranya anda hanya ingin menikmati keindahan di Pulau Mabul, saya anggarkan percutian 4H3M sudah mencukupi. Ini kerana, saiz Pulau Mabul tidaklah besar seperti pulau-pulau lain di Semenanjung Malaysia. Bagi membantu anda menyusun perjalanan, berikut saya kongsikan itinerary dan perbelanjaan percutian saya ke Pulau Mabul.

Baca juga: Pengalaman saya ke Pulau Mabul

Mabul
Pulau Mabul - Mabul Water Village resort


Itinerary ke Pulau Mabul

Day 1
- Kuala Lumpur - Tawau (Flight jam 8AM dan tiba di Tawau sekitar jam 11AM)
- Transfer dari Airport Tawau ke Semporna (Sekitar 1 jam perjalanan)
- Selesaikan urusan penginapan (pakej penginapan termasuk buffet makan 3 kali sehari, airport transfer, bot)
- Makan tengah hari sebelum bergerak ke Pulau Mabul (Tidak termasuk di dalam pakej)
- Bergerak ke Pulau Mabul dari Semporna (Sekitar 45 minit - 1 jam perjalanan)
- Rehat
- Sightseeing sekitar resort dan perkampungan belakang resort
- Makan malam
- Sightseeing di sekitar kampung belakang resort
- Rehat & tidur 

Pulau Mabul - Di hadapan Water Village resort

Day 2
- Menikmati sunrise di jeti sambil melihat penyu
- Breakfast
- Rehat di resort sambil menikmati tea/coffee & pemandangan Pulau Mabul 
- Lunch
- Berjalan ke tengah laut semasa air surut (Masa ideal adalah sekitar jam 1-2.30PM)
- Mandi laut
- Makan malam
- Mencuba masakan tempatan di restoran Neng Pulau Mabul
- Menikmati suasana malam di hujung jeti sambil melihat penyu
- Rehat & tidur

Note: Pekhidmatan snorkeling turut disediakan oleh pihak resort. Harga yang ditawarkan sekitar RM20-40 per lokasi. 

Pulau Mabul 

Day 3
- Breakfast
- Sightseeing di Pulau Mabul sambil mencari kedai souvenir (terdapat 2 kedai souvenir di Kg Sama berhampiran Water Village Resort)
- Lunch
- Ke Mabul Water Bungalow Resort (Wajib datang. Tempat bergambar menarik disediakan)
- Mandi laut
- Makan malam
- Membeli makanan ringan di perkampungan belakang resort
- Mencuba menu kedua di restoran Neng (belanja sendiri)
- Menikmati suasana malam di hujung jeti sambil melihat penyu
- Rehat & tidur

Day 4
- Breakfast
- Bergerak ke Semporna (9 AM)
- Bergerak ke Tawau (10.30AM)
- Check in hotel di Tawau (MB Hotel)
- Lunch (Belanja sendiri)
- Sightseeing sekitar bandar Tawau
- Ke kedai mutiara di depan MB Hotel
- Rehat
- Makan malam (Belanja sendiri)
- Tidur

Note: Wajib cuba menu asam pedas di Tawau

Day 5
- Ke Pasar Tanjung Tawau
- Breakfast 
- Bergerak ke airport (9AM)
- Berlepas ke Kuala Lumpur

Pulau Mabul - Jeti Sea Horse Resort

Perbelanjaan seorang di Pulau Mabul

1- Tiket penerbangan RM537 (Beli last minute - 5 hari sebelum bercuti)
2- Pakej penginapan 4H3M di Mabul RM504 (makan 3 kali sehari, bot, van transfer)
3- Hotel di Tawau 1 malam RM114 atau RM57 seorang (double room)
4- Grab - RM35 atau RM17.50 seorang (Hotel MB ke Airport Tawau)
5 - Belanja makan di luar pakej - RM60
6- Tiket masuk ke Mabul Water Village - RM30

Jumlah perbelanjaan seorang untuk 5H4M = RM1205.50
Cara saya ke Pulau Mabul (Itinerary dan perbelanjaan) Cara saya ke Pulau Mabul (Itinerary dan perbelanjaan) Reviewed by Lah Mohd on 12:23:00 Rating: 5

8 comments:

  1. Replies
    1. Seahorse Sipadan Scuba

      https://m.facebook.com/Seahorsesss/?refid=12

      Delete
  2. boleh share contact no penyedia pakej di mabul tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya takde no penyedia pakej sebab saya plan sendiri.
      Mungkin boleh tanya Seahorses ni (tempat sy menginap) mungkin ada disediakan pakej
      https://m.facebook.com/Seahorsesss/?refid=12

      Delete
    2. pakej plan sendiri ni bermakna decide masa check in hotel ke?

      Delete
    3. Ya, plan sendiri dr awal. tidak menggunakan mana2 khidmat egen pelancongan. Maksudnya kita direct berurusan dengan resort tempat kita nak tinggal

      Delete
  3. pakej pginapan boleh share tak? rm504 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu sy menginap di Seahorse Sipadan Scuba. Boleh cuba contact diaorng utk tanya harga terkini. Harga RM504 tu sy pergi sebelum covid dulu. Skrg mungkin dh harga lain.

      Delete

Powered by Blogger.