Cara isi borang perkahwinan secara online di Kelantan - Nothing to Somethings

Cara isi borang perkahwinan secara online di Kelantan

Sedia maklum, kini borang permohonan perkahwinan di negeri kelantan perlu di isi secara online. Bagi tujuan ini, anda perlu melayari laman sesawang (website) e-Qaryah negeri Kelantan dan klik pada pautan Permohonan Perkahwinan. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara untuk mengisi borang permohonan perkahwinan di negeri Kelantan. 


1- Fahami prosedur permohonan perkahwinan

Selepas pautan Permohonan Perkahwinan dibuka, paparan berikut akan terhasil. Pada bahagian ini anda diterangkan peraturan am untuk mendirikan rumah tangga. Antaranya:

i- Anda mestilah berumur 18 tahun dan keatas bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan. 

ii- Bagi warganegara Malaysia, borang permohonan perkahwinan boleh di isi seawal 90 hari dan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah

iii- Pemohon perlulah seorang yang bermastautin di kelantan atau beralamat di kelantan di dalam kad pengenalan

iv- dan beberapa peraturan lain.

Selepas semua peraturan dibaca dan difahami, anda perlu klik seterusnya untuk membuat semakan pemohon. 


2- Membuat semakan pemohon 

Pada bahagian semakan pemohon, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan kedua-dua pihak pengantin (lelaki dan perempuan). Semakan ini penting bagi menyemak status pemohon. Selesai semakan klik seterusnya. 



3- Isi maklumat

Pada bahagian ini anda perlu mengisi maklumat peribadi pengantin lelaki dan perempuan, maklumat wali, nilai mas kahwin dan hantaran, lokasi perkahwinan, tarikh perkahwinan dan beberapa maklumat berkait. Selesai di isi, anda perlu membuat semakan maklumat sebelum klik butang Hantar Permohonan. 



4- Hantar permohonan

Langkah terakhir adalah anda perlu membuat pengakuan bahawasanya semua maklumat yang diberi adalah besar. Sekiranya Ya, tanda ruang berkait dan klik butang Hantar Permohonan. 


Note:

Selepas pemohonan dihantar anda perlu cetak (print), tandatangan pada ruang berkait, dapatkan pengesahan daripada imam mukim bagi kedua-dua pihak pengantin (lelaki dan perempuan), hantar ke pejabat agama dan hartar kepada imam sebelah pengantin perempuan untuk tetapkan masa perkahwinan. 

Baca Juga: Proses permohonan perkahwinan 

Cara isi borang perkahwinan secara online di Kelantan Cara isi borang perkahwinan secara online di Kelantan Reviewed by Lah Mohd on 12:03:00 Rating: 5

4 comments:

  1. assalamualaikum.macam mana nk kemaskini maklumat,kalau kita dh hantar permohonan? perlu ke saya mohon semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Maaf, Yang ni saya tak pasti. Cuba call pejabat agama terdekat.

      Delete
  2. assalamualaikum. macam mana nak print borang yang kita dah siap isi tu yei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      Kalau takde printer, boleh save pdf dulu n masukkan dalam pendrive. Kalau laptop bersambung dgn printer, boleh terus klink print.

      Delete

Powered by Blogger.