Proses permohonan perkahwinan di Malaysia - Nothing to Somethings

Proses permohonan perkahwinan di Malaysia

Proses permohonan perkahwinan, macam mana caranya?

Sedia maklum, bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga atau berkahwin, anda terlebih dahulu perlu mengemukan borang permohonan perkahwinan ke pejabat agama daerah sebelum anda dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya dahulu borang permohonan perkahwinan perlu dipohon atau diambil di masjid mukim, kini kebanyakkan negeri telah mengamalkan konsep atas talian. Dalam kata lain, anda terlebih dahulu perlu mengisi borang permohonan perkahwinan secara online sebelum ianya dikemukan ke Pejabat Agama daerah. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan proses atau cara membuat permohonan perkahwinan sehingga majlis selesai.   


Cara/ proses permohonan perkahwinan

1- Isi borang online

Borang perkahwinan merupakan dokumen rasmi yang perlu di isi sebelum majlis akad nikah boleh dilaksanakan. Untuk mengisi borang, anda boleh membuka website Pejabat Agama negeri masing-masing dan mengemukan permohonan secara atas talian. Dalam hal ini, biasanya anda perlu mengisi butiran peribadi pasangan, wali, mas kahwin dan lokasi perkahwinan. Selesai borang di isi, anda perlu mencetak, tandatangan dan mendapatkan tandangan wali dan imam mukim. 

Baca juga: Cara isi borang perkahwinan online bagi negeri Kelantan


2- Dapatkan pengesahan Wali dan Imam

Selepas borang dicetak, anda perlu mendapatkan tandatangan wali dan imam masjid di mukim anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan dahulu tandatangan imam mukim pihak lelaki dan seterusnya wali dan imam mukim pihak perempuan. 


3- Dapatkan kelulusan Pejabat Agama daerah

Selepas borang lengkap ditandatangani, langkah seterusnya anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Agama Daerah. Sebelum dokumen dihantar ke Pejabat Agama Daerah, pastikan semua dokumen yang tersenarai didalam lampiran borang permohonan perkahwinan turut dikepilkan bersama. 

Note: Bagi pasangan yang tinggal di daerah atau negeri berbeza, pihak lelaki terlebih dahulu perlu menghantar borang permohonan perkahwinan di Pejabat Agama daerah pihak lelaki. Selepas borang siap disahkan, anda perlu mengambil dan menghantarnya ke Pejabat Agama Daerah pihak perempuan. 


4- Tempah tarikh nikah dengan imam mukim sebelah perempuan

Selepas mendapat kebenaran daripada Pejabat Agama Daerah, anda seterusnya perlu membawa dokumen perkahwinan anda untuk diberikan kepada imam mukim sebelah pengantin perempuan (tempat akad nikah). Dalam hal ini, ia bertujuan untuk memaklumkan kepada juru nikah (imam) tentang tarikh perkahwinan anda. Selain itu, ia bagi membolehkan imam menyusun jadual mereka sekiranya terdapat majlis lain yang perlu dihadiri. 


5- Akad nikah

Selepas tarikh dan dokumen perkahwinan diserah dan dimaklumkan kepada iman atau juru nikah mukim, seterusnya anda hanya perlu menunggu hari perkahwinan. 

Pada hari perkahwinan, biasanya imam atau juru nikah akan membaca sedikit khutbah atau pesanan dihadapan bakal pengantin lelaki yang mana mengambil masa sekitar 10-15 minit. 

Selesai khutbah dibaca, pengantin lelaki akan bersalam dengan imam untuk proses akad nikah. Selesai akad nikah, pengantin lelaki perlu membaca taqlik dan menandatangani borang akuan perkahwinan. Dalam hal ini, saksi, wali dan pengantin perempuan juga turut akan menandatangani borang akaun perkahwinan tersebut.


6- Serahan dokumen 

Serahan dokumen bermaksud, anda perlu menyerahkan kembali semua dokumen yang diberikan oleh juru nikah kepada anda selepas majlis akad nikah. Dokumen ini merangkumi maklumat pasangan, borang permohonan perkahwinan yang telah diisi secara online dan surat akuan perkahwinan yang telah ditandatangani.

Dalam hal ini, dokumen ini perlu diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah dalam masa 3 hari selepas akad nikah. Dokumen ini perlu dihantar ke Pejabat Agama Daerah bagi membolehkan kad perkahwinan di cetak dan dikeluarkan. Bagi proses pengeluaran kad kahwin, biasanya ia akan mengambil masa sehingga 2 bulan bergantung kepada jumlah borang yang di proses.

Proses permohonan perkahwinan di Malaysia Proses permohonan perkahwinan di Malaysia Reviewed by Lah Mohd on 14:17:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.