Profile - Nothing to Somethings

Profile

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana melawat blog ini....

Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun saya impikan untuk memiliki blog sendiri akhirnya terhasil lah NothingToSomethings.blogspot.my.

Blog ini terhasil atas inspirasi saya sendiri yang malas untuk menyediakan itinerary yang sama bagi lokasi yang sama saya kunjungi. Dengan adanya blog ini, sekurang2nya saya dapat kurangkankan masa untuk menyediakan basic itinerary tetapi lebih fokus kepada tambahan aktiviti yang boleh dilakukan. Selain itu, blog ini adalah terapi minda untuk saya berkongsi dan mengenang setiap perjalan (pengembaraan) yang penuh kenangan.

Melihat sendiri suasana di setiap lokasi pengembaraan/ percutian, mengajar saya untuk lebih bersyukur dan lebih menghargai.

Kepada yang memilih aktiviti pengembaraan sebagai aktiviti kegemeran, teruskan impian anda. Semakin luas kita berjalan dan meneroka keindahan alam ciptaan-Nya, semakin banyak yang kita belajar.

Ingat, jangan tunggu masa yang sesuai untuk anda bertindak, tetapi bertindak lah semasa anda masih mempunyai masa kerana masa tidak pernah menunggu kita dan mungkin masa yang di tunggu tidak akan muncul tiba.

Wassalam.


Daripada,

Lah Mohd

Profile Profile Reviewed by Lah Mohd on 15:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.