Cara isi borang perkahwinan secara online di Kelantan - Nothing to Somethings

Cara isi borang perkahwinan secara online di Kelantan

Sedia maklum, kini borang permohonan perkahwinan di negeri kelantan perlu di isi secara online. Bagi tujuan ini, anda perlu melayari laman sesawang (website) e-Qaryah negeri Kelantan dan klik pada pautan Permohonan Perkahwinan. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara untuk mengisi borang permohonan perkahwinan di negeri Kelantan. 


1- Fahami prosedur permohonan perkahwinan

Selepas pautan Permohonan Perkahwinan dibuka, paparan berikut akan terhasil. Pada bahagian ini anda diterangkan peraturan am untuk mendirikan rumah tangga. Antaranya:

i- Anda mestilah berumur 18 tahun dan keatas bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan. 

ii- Bagi warganegara Malaysia, borang permohonan perkahwinan boleh di isi seawal 90 hari dan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah

iii- Pemohon perlulah seorang yang bermastautin di kelantan atau beralamat di kelantan di dalam kad pengenalan

iv- dan beberapa peraturan lain.

Selepas semua peraturan dibaca dan difahami, anda perlu klik seterusnya untuk membuat semakan pemohon. 


2- Membuat semakan pemohon 

Pada bahagian semakan pemohon, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan kedua-dua pihak pengantin (lelaki dan perempuan). Semakan ini penting bagi menyemak status pemohon. Selesai semakan klik seterusnya. 



3- Isi maklumat

Pada bahagian ini anda perlu mengisi maklumat peribadi pengantin lelaki dan perempuan, maklumat wali, nilai mas kahwin dan hantaran, lokasi perkahwinan, tarikh perkahwinan dan beberapa maklumat berkait. Selesai di isi, anda perlu membuat semakan maklumat sebelum klik butang Hantar Permohonan. 



4- Hantar permohonan

Langkah terakhir adalah anda perlu membuat pengakuan bahawasanya semua maklumat yang diberi adalah besar. Sekiranya Ya, tanda ruang berkait dan klik butang Hantar Permohonan. 


Note:

Selepas pemohonan dihantar anda perlu cetak (print), tandatangan pada ruang berkait, dapatkan pengesahan daripada imam mukim bagi kedua-dua pihak pengantin (lelaki dan perempuan), hantar ke pejabat agama dan hartar kepada imam sebelah pengantin perempuan untuk tetapkan masa perkahwinan. 

Baca Juga: Proses permohonan perkahwinan 

Cara isi borang perkahwinan secara online di Kelantan Cara isi borang perkahwinan secara online di Kelantan Reviewed by Lah Mohd on 12:03:00 Rating: 5

19 comments:

  1. assalamualaikum.macam mana nk kemaskini maklumat,kalau kita dh hantar permohonan? perlu ke saya mohon semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Maaf, Yang ni saya tak pasti. Cuba call pejabat agama terdekat.

      Delete
  2. assalamualaikum. macam mana nak print borang yang kita dah siap isi tu yei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      Kalau takde printer, boleh save pdf dulu n masukkan dalam pendrive. Kalau laptop bersambung dgn printer, boleh terus klink print.

      Delete
  3. Bil pendaftaran cerai /mati tu..mcmmana nk isi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, yang ni saya tak pasti mcm mana sbb saya tak isi ruang ni. mungkin perlu masukkan maklumat berkait cerai/mati yg ada dlm borang cerai/mati

      Delete
  4. assalamualaikum, jika lelaki bukan dari negeri kelantan boleh ke untuk perempuan membuat permohonan perkahwinan terlebih dahulu untuk secure tarikh perkahwinan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. biasanya memang di isi sebalah perempuan dulu.

      Delete
  5. Kalau pasangan pihak lelaki dari Sabah macam mane yea urusan nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap saya, pihak perempuan perlu isi dulu maklumat dalam system. Untuk detail boleh baca di website Pejabat agama.

      Delete
  6. Assalamualaikum sy perempuan bukan warganegara,sy perlu isi jgak kew borong nikah nie...atau pihak lelaki sahaja??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf, yang ni saya tak pasti. Mungkin boleh tanya pejabat agama terdekat.

      Delete
  7. assalamualaikum bole ke perempuan asal johor isi borang ni tpi pihak lelaki asal kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. maaf, yg ni saya tak pasti. Boleh tanya Pejabat Agama untuk details

      Delete
  8. salam saya nak bertanya selepas saya isi borang on9 pastu nak print borang tu macam mana ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. maaf, saya dh lama isi dah lupa.

      Delete
  9. Salam nk tnye ? Borang hiv tu ambil dekat mana ye sbb sy print ada borang permohonan saja , borang hiv takde , mohon bls secepat mungkin ya , terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf lambat reply. blh google borang pemeriksaan HIV. Maaf kalau maklumat ni tak tepat. Dah ingat2 lupa sbb dah lama

      Delete
  10. Boleh ke isi borang nikah awal sebelum 3 bulan? Sebab sy perlu kan borang keluar mukim dari situ utk nak dptkan cop pengesahan dari imam mukim sy.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.