Cara beli domain dot Com - Nothing to Somethings

Cara beli domain dot Com

Sedia maklum, domain dot Com adalah penting jika anda ingin mengembangkan perniagaan. Ini termasuklah jika anda ingin menjadi seorang blogger yang serious. Ini kerana, dengan memiliki domain dot Com ia merperlihatkan website anda sebagai profesional berbanding jika anda menggunakan domain percuma dari blogspot atau wordpress. 

Jika anda perasan, di enjin carian Google terdapat banyak domain percuma yang diakhiri dengan blogspot.com atau wordpress.com wujud. Domain ini biasanya digunakan oleh mereka yang baru menceburkan diri dengan dunia blogger atau baru memulakan perniagaan. Bagi mereka yang telah stabil, biasanya mereka akan membeli domain dan hosting sendiri. 

Namun, dalam artikel ini saya hanya akan kongsikan cara beli domain dot Com dengan Syarikat Syokhost.Com. Syarikat ini terletak di utara semenanjung Malaysia dan merupakan hak milik bumiputera. Dalam hal ini, saya sendiri telah membeli 3 domain dot Com melaluinya. Prosesnya cukup lancar dan sekiranya anda mempunyai masalah, anda boleh whatsapp mereka.



Cara beli Domain dot Com

1- Ke Website SyokHost

Langkah pertama adalah anda perlu ke Website SyokHost dan klik domain. Untuk ke Website SyokHost anda boleh klik di sini (SYOKHOST.COM). Langkah ini bertujuan untuk membolehkan anda menyemak status domain yang ingin dibeli.


2- Pilih Domain

Memandangkan anda ingin membeli domain, jadi pada bahagian ketogeri, pilih "Domain Registration" dan klik "I want Syok Compute...................... for me".

Selepas itu, masukkan nama domain yang di ingini diruang yang disediakan dan klik "check availability". Anda boleh ke langkah seterusnya sekiranya domain anda available (rujuk gambar di bawah). Sekiranya anda berpuas hati dengan domain yang dipilih tik kotak "Available! Order Now" dan klik "Add to Cart". 

Note: 
Sekiranya nama domain yang dipilih tidak "available" anda perlu menukar kepada domain lain. Lakukan langkah ini sehingga domain anda 'Available'.



3- Configure

Pada bahagian ini anda ditawarkan dengan "DNS Management, Email Forwarding dan ID Protection". Tik kotak DNS dan emai Forwading. Manakala, sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang iklan melalui call atau emel, disarankan anda untuk membeli ID protection. Selesai membuat pilihan klik 'Update cart". 



4- Confirm order

Selepas anda klik "update cart" paparan di bawah akan terhasil. Sekiranya anda berpuas hati dengan harga yang ditawarkan klik "ckeckout".



5- Checkout

Pada bahagian ini anda perlu masukkan makumat peribadi. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti nama, alamat, email address, password dan beberapa maklumat lain. Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan domain anda didaftarkan atas nama anda. Ini kerana, selepas anda membelinya domain ini tidak lagi boleh dibeli oleh orang lain.



Selesai maklumat diisi, klik "complete order". Selepas anda klik "complete order" anda akan menerima invoice pembayaran dan satu akaun bersama Syokhost akan terhasil. Akaun ini diperlukan bagi membolehkan anda menerima butiran domain anda yang mana butiran ini perlu di masukkan di Blogspot anda.


6- Bayaran

Memandangkan SyokHost menyediakan kaedah pembayaran secara manual, jadi selepas anda menerima invoice melalui emel anda perlu lakukan pembayaran secara manual. Dalam hal ini, anda boleh lakukan pembayaran secara online atau di mesin ATM. Selepas bayaran dilakukan anda perlu mesej kepada Admin Syokhost. 

Nombor akaun dan Kod mesej yang perlu dihantar kepada Admin
Selepas anda mesej Admin, anda akan menerima mesej pengesahan pengaktifan domain dalam masa 24 jam. Selepas menerima mesej pengesahan ini, anda bolehlah login ke akaun SyokHost anda untuk tujuan memasang domain ke blogspot.

Cara beli domain dot Com Cara beli domain dot Com Reviewed by Lah Mohd on 22:57:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.