Restaurant halal di Aranyaprathet - Nothing to Somethings

Restaurant halal di Aranyaprathet

Restaurant halal di Aranyaprathet?

Sedia maklum, Aranyaprathet terletak bersempadan dengan Poi Pet, Cambodia. Meskipun terletak jauh dari ibu kota Bangkok, namun Aranyaprathet aktif menjalankan kegiatan ekonominya sendiri iaitu menjadi pusat barangan bandel.

Aranyaprathet
Bagi pelancong muslim, makanan halal semestinya menjadi keutamaan. Dalam hal ini, anda tidak perlu risau kerana di bandar kecil ini turut terdapat restaurant halal yang diusahankan oleh keluarga dari Patani. 

Lokasinya terletak di laluan dihadapan pintu gerbang di atas (rujuk gambar). Dari pintu gerbang ini, anda hanya perlu berjalan sekitar 100m sahaja. Manakala, sekiranya anda dari Imigresen anda perlu berjalan sekitar 8 minit melalui lot-lot kedai bandel.

Sekiranya anda mempunyai internet, search sahaja nama "Patani Halal Food Aranyaprathrt", InsyaAllah anda akan menemuinya. Mengikut pengalaman, bagi menu nasi campur harga yang ditawarkan tidaklah mahal iaitu sekitar THB40-60 bergantung kepada jenis lauk yang diambil.

Selain daripada restaurant ini, anda juga boleh membeli makanan halal di 7 eleven. Dalam hal ini, ada tidak perlu risau tentang statusnya kerana dengan jelas logo halal dipamerkan di setiap bungkusan makanan.

Baca juga: Cara mudah cari restaurant halal di luar negara
Restaurant halal di Aranyaprathet Restaurant halal di Aranyaprathet Reviewed by Lah Mohd on 12:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.