Cara mudah cari restaurant halal diluar negara guna Google Maps - Nothing to Somethings

Cara mudah cari restaurant halal diluar negara guna Google Maps

Sukar mencari Restaurant halal di luar negara?

Bagi muslim, masalah ini sering terjadi terutamanya apabila anda bercuti ke negara minoriti islam. Namun dengan perkembangan teknologi, anda tidak lagi perlu menahan lapar atau membawa terlalu banyak bekalan. Ini kerana, dengan hanya menggunakan Google Maps anda mampu mencari restaurant halal disekitar lokasi percutian anda. 

Tidak dinafikan, bagi sesetengah negara Apps untuk mencari makanan halal disediakan. Namun, bagi kebanyakkan negara mereka masih belum mempunyai Apps khusus untuk mencari restaurant halal. Sebagai alternatif, Google Maps adalah pilihan terbaik. 

Mengikut pengalaman saya, dengan menggunakan cara ini saya  tidak lagi mempunyai masalah untuk mencari restaurant halal semasa bercuti di luar negara. Semua maklumat yang diberi adalah tepat atau hampir tepat. Sebagai panduan, berikut saya kongsikan caranya.



Cara mudah cari restaurant halal di luar negara

1- Buka Google Maps


2- Masukkan search keyword di ruang carian

Keyword yang dimaksudkan adalah "Restaurant halal near" atau "Halal restaurant near" dan diikuti dengan nama lokasi. Contoh, Restaurant halal near Aranyaprathet atau Halal restaurant near Aranyaprathet.


3- Pilih restaurant

Selepas anda masukkan keyword dan klik search, paparan dibawah akan terhasil (Gambar 1). Pilih restaurant halal yang di inginkan. Memandangakan tidak semua restaurant halal disenaraikan, alternatif terbaik adalah dengan melihat satu persatu restaurant tersebut. Cara terbaik untuk membuat pilihan adalah dengan berpandukan kepada tulisan 'halal' atau kategori restaurant tersebut.

Untuk pilih restaurant, clik icon restaurant tersebut. Contoh, Patani halal food Aranyaprathrt (Gambar 2). 

Gambar 1

Gambar 2 
    

4- Baca details restaurant

Untuk sahkan status restaurant, anda boleh baca maklumat yang disertakan. Ini kerana, tidak semua restaurant yang di tunjukkan mempunyai status halal. Antara maklumat yang boleh dilihat ialah overview, menu, reviews dan gambar.



5- Masukkan dalam itinerary

Selepas anda berpuas hati dengan restaurant yang dipilih, anda bolehlah masukkan dalam itinerary. Sebaiknya masukkan beberapa senarai nama restaurant bagi membolehkan anda mempunyai pilihan. Ini kerana, sekiranya restaurant A ditutup atau anda tidak berpuas hati denganya, anda masih boleh ke restaurant B.
Cara mudah cari restaurant halal diluar negara guna Google Maps Cara mudah cari restaurant halal diluar negara guna Google Maps Reviewed by Lah Mohd on 14:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.