Restaurant halal di Bangkok - Nothing to Somethings

Restaurant halal di Bangkok

Restaurant halal di Bangkok?

Ada ke?

Meskipun Bangkok didiami oleh minoriti islam, namun untuk makluman disini turut terdapat banyak restaurant halal. Untuk mencarinya juga tidaklah sukar. Ini kerana, kebanyakkan lokasi restaurant halal berada berdekatan dengan lokasi menarik dan pusat bandar Bangkok.

Bangkok

Mengikut pengalaman saya semasa bercuti di Bangkok, di sekitar 'Darul Aman Mosque'  sahaja terdapat beberapa restaurant halal. Antaranya restaurant Farida Fatornee dan Madena. Manakala, di laluan di hadapan masjid pula terdapat beberapa gerai kecil dimiliki oleh peniaga muslim.

Untuk ke restaurant halal ini ianya tidaklah susah. Ini kerana, anda boleh menaiki BTS sky-train dan turun di stesen Ratchathewi. Dari stesen ini anda perlu berjalan sekitar 5 minit dengan jarak sekitar 200m sahaja. Untuk makluman, stesen Ratchathewi berada hanya satu stesen dari stesen Siam atau pusat tarikan Siam Paragon.

Baca juga: Cara mudah cari restaurant halal di luar negara
Restaurant halal di Bangkok Restaurant halal di Bangkok Reviewed by Lah Mohd on 22:15:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.