Cara pasang domain dot Com di blogspot - Nothing to Somethings

Cara pasang domain dot Com di blogspot

Tak tahu cara nak pasang domain dot Com di Blogspot?

Jangan risau, saya sendiri mengalami nasib yang sama semasa kali pertama ingin memasang domain dot Com. Namun, selepas 3 kali membeli domain dot Com dengan Syokhost, ianya bukan lagi masalah untuk saya memasang domain sendiri. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara pasang domain dot Com di blogspot. Langkah ini mungkin berbeza sekiranya anda membeli domain dengan syarikat lain.

Baca juga: Cara beli domain dot Com



Cara pasang domain dot Com di blogspot

1- Login Blogspot

Login blogspot > Setting > Basic > pada bahagian Blog address klik "Set up a third-party URL........... to your blog" (rujuk gambar di bawah)



Selepas anda klik "Set up a .......... to your blog", paparan dibawah akan terhasil. Masukkan nama domain (nama blog) yang dibeli di ruang "blog domain". Pastikan nama domain anda bermula dengan www dan diakhiri dengan com. Contoh www.xxxxxx.com > klik save (rujuk gambar di bawah).



Selepas anda klik save, paparan seperti di bawah akan terhasil. Kod dibawah penting untuk dimasukkan ke C-Panel anda.

Maklumat yang perlu dimasukkan ke C-Panel


2- Login C-Panel Syokhost

Buka window baru > Login akaun C-panel SyokHost > Domain > My Domains > pilih domain yang ingin dipasang ke blogspot (sekiranya ada banyak domain yang dibeli) > Klik manage domain > Addons > Klik Manage di DNS Host Record Management.

Selepas anda klik Manage, paparan berikut akan terhasil. Masukkan 4 nombor IP dan CNAME seperti gambar di bawah.

Maklumat perlu di isi
Bagi perkara 1-4, anda boleh copy sahaja nombor IP daripada list dibawah. Manakala untuk maklumat di perkara 5-7 anda perlu mengambilnya daripada blogsport anda (rujuk blogspot anda di langkah satu).

Nombor IP:
216.239.34.21
216.239.32.21
216.239.36.21
216.239.38.21

Note: Untuk masukkan nombor IP dan CNAME, anda perlu masukkan satu persatu.

Selepas maklumat diatas diisi dan berjaya di simpan, anda telah pun berjaya memasang 90% domain anda.


 3- Kembali ke Blogspot

Langkah terakhir, anda perlu kembali ke Blogsport anda di langkah 1 dan klik save.


Note:
Jika anda perasan, tulisan merah "we have not ............ to this domain" terhasil di bawah domain anda. Namun, anda tidak perlu risau kerana tempoh pengesahan dan penstabilan mengambil masa sehingga 24-48 jam. Sekiranya tiada sebarang masalah, tulisan ini akan hilang selepas tempoh penstabilan. Sekiranya tidak berjaya, anda perlu menyemak dan mengulangi langkah di atas.

Tahniah, anda telah berjaya memasang domain anda sendiri...
Cara pasang domain dot Com di blogspot Cara pasang domain dot Com di blogspot Reviewed by Lah Mohd on 13:41:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.