Cara memohon Biasiswa Bank Rakyat - Nothing to Somethings

Cara memohon Biasiswa Bank Rakyat

Biasiswa Bank Rakyat?

Biasiswa Bank Rakyat merupakan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan kepada semua golongan berpendapatan rendah tanpa mengira status etnik, agama dan kaum.

Kenapa Pinjaman Boleh Ubah?

Untuk makluman korang, pinjaman boleh ubah merujuk kepada keadaan dimana jumlah pinjaman yang perlu dibayar adalah bergantung kepada CGPA yang korang perolehi. Dalam kata lain, semakin tinggi CGPA korang, semakin kurang jumlah pinjaman yang perlu korang buat. Sekiranya korang mendapat CGPA 3.75-400 secara automatik pinjaman korang akan ditukar kepada biasiswa dan korang tidak perlu membuat apa-apa bayaran.

Sekiranya CGPA saya bawah 3.75 macam mana?

Korang tidak perlu risau kerana korang juga akan dapat pengurangan. Pengurang ini biasanya boleh mencapai sehingga 90% daripada jumlah pinjaman yang korang perolehi bergantung kepada CGPA korang perolehi.

Contoh:
CGPA 3.75 - 4.00 = Tidak perlu bayar
CGPA 3.5 - 3.74 = Perlu bayar 10%
CGPA 3.0 - 3.49 = Perlu bayar 30%
CGPA 2.5 - 2.99 = Perlu bayar 50%
CGPA 2.0 - 2.49 = Perlubayar 70%
CGPA kurang 2.0 = Perlu bayar 100% dan pinjaman akan ditarik balik

Bagus ke buat pinjaman ni?

Pada pendapat saya, pinjaman ni sangat lah bagus jika dibandingkan dengan PTPTN. Ini kerana jumlah pengurangan yang ditawarkan adalah tinggi berbanding dengan PTPTN

Siapa yang boleh mohon?

Untuk makluman korang, biasiswa ni dibuka kepada semua jenis peringkat pengajian iaitu bermula dari Sijil Kemahiran hinggalah PhD. Lagi tinggi peringkat pengajian, lagi tinggi jumlah biasiswa yang ditawarlkan.


Cara memohon Biasiswa Bank Rakyat

1- Membaca syarat permohonan

Sebelum korang membuat permohonan pastikan korang membuat semakan syaratnya (Syarat permohonan) terlebih dahulu. Bagi setiap peringkat pengajian syarat yang ditetapkan adalah berbeza. jadi pastikan korang membacanya dengan teliti. Sekiranya syarat tersebut dipenuhi, korang boleh ke langkah 2 (Daftar Pengguna). 

2- Daftar pengguna

Untuk mendaftar sebagi pengguna korang  klik 'Log In' dan seterusnya klik  'Register'. Selepas korang klik 'Register' tab berikut akan terhasil. Isikan maklumat yang berkait dan klik 'Submit'. Selepas klik 'Submit' korang Log in ke akaun emel dan klik link yang diberikan. 


3- Log In ke akaun

Untuk Log In ke akaun Yayasan Bank Rakyat korang perlu gunakan 'Username' dan 'Password' yang telah korang isi semasa langkah 2 (Daftar pengguna).

Selepas korang 'Log In' tab berikut akan terhasil. Isikan semua maklumat berkait dan tekan submit untuk menyimpan maklumat. Sebelum menghantar permohonan ke Yayasan Bank Rakyat pastikan semua maklumat yang di isi adalah betul dan memuatnaik semua dokumen yang diminta. 


4- Ujian 

Sebelum melayakkan korang mendapat pinjaman korang perlu duduki ujian. Ujian ni korang perlu jawab secara atas talian je (Online). Untuk makluman korang, hebahan ujian akan dimaklumkan melalui emel. Jadi semasa melakukan permohonan pastikan korang menggunakan alamat emel yang aktif.

Dari segi ujian, soalan yang ditanya tidaklah terlalu sukar dan dibahagikan kepada beberapa kategori. Namun begitu korang perlu menjawabnya dalam masa yang ditetapkan. Contoh soalan yang ditanya seperti matematik, English, sejarah Bank Rakyat dan Pengerusi.

Sebelum jawab ujian pastikan korang sediakan kertas, kalkulator dan pen. Selain itu pastikan juga line internet laju. Kalau korang tak jumpa jawapan, korang google la soalan tu. Kalau ada rezeki insya Allah korang akan dapat jawapan. Nak senang, jawablah bersama 2-3 orang rakan. 

5- Keputusan

Hebahan keputusan akan dimaklumkan melalui emel. Jadi rajin-rajin la berdoa agar permohonan korang berjaya.

6- Dokumen perjanjian

Seperti lain-lain biasiswa atau pinjaman, pinjaman boleh ubah Bank Rakyat juga ada dokumen perjanjian. Jadi korang perlu uruskan dokumen perjanjian secepat yang mungkin dan hantar ke alamat yang diberikan.

Selesai.. 

Semoga berjaya...

Cara memohon Biasiswa Bank Rakyat Cara memohon Biasiswa Bank Rakyat Reviewed by Lah Mohd on 21:41:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.