Setanding dengan kemudahan yang ditawarkan oleh TBS, untuk menaiki bas di TBS juga ianya agak sistematik. Tidak seperti di terminal bas biasa, di TBS anda perlu mengimbas tiket sebelum dibenarkan untuk menaiki bas.
Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke TBS, anda mungkin akan terpegun dan berasa sedikit jangkal untuk menaiki bas. Ini kerana sistem yang digunakan untuk menaiki bas hampir sama dengan sistem untuk menaiki kapal terbang. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara naik bas di TBS.
Lobby Terminal Bersepadu Selatan (TBS) |
Cara naik bas di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
1- Dapatkan tiket
Untuk membeli tiket, anda boleh membelinya secara walk-in atau online. Namun, sekiranya anda ingin menaiki bas semasa waktu puncak disarankan untuk anda membelinya lebih awal. Ini kerana, bagi sesetengah destinasi ianya selalu habis.
2- Ke ruang berlepas
Selepas anda memiliki tiket yang sah, anda boleh ke ruang berlepas. Dalam hal ini anda dibenarkan masuk seawal 30 minit sebelum berlepas. Untuk masuk ke ruang berlepas, anda perlu mengimbas kod bar yang terdapat di tiket anda. Sekiranya anda membeli tiket secara online, anda boleh screenshot dan scan tiket tersebut. Memandangkan di TBS terdapat beberapa pintu berlepas, jadi sebelum masuk pastikan anda semak dahulu. Dalam hal ini, anda perlu masuk mengikut nombor pintu yang tercatit di tiket anda.
3- Menaiki bas
Selepas anda masuk ke ruang berlepas, anda boleh terus menunggu di depan pintu berlepas. Tiket anda akan dipanggil apabila bas sampai di depan pintu berlepas. Sebelum menaiki bas, sekali lagi petugas di pintu berlepas akan mengimbas tiket anda.
Cara naik bas di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
Reviewed by Lah Mohd
on
23:22:00
Rating:
No comments: