Cara ke Siem Reap dari Bangkok melalui jalan darat - Nothing to Somethings

Cara ke Siem Reap dari Bangkok melalui jalan darat

Ke Siem Reap dari Bangkok?

Bagi anda yang ingin melakukan road trip, ke Siem Reap dari Bangkok bukanlah suatu yang ganjil. Ini kerana, kini laluan ini semakin popular dalam kalangan backpacker termasuklah dari Malaysia. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan caranya.

Stesen Hua Lamphong, Bangkok

Cara ke Siem Reap dari Bangkok

1- Bus

Menggunakan bas antara cara terpantas ke Siem dari Bangkok melalui jalan darat. Dalam hal ini bas akan berlepas dari terminal Mo Chit ke bandar Siem Reap. Perjalanan dari Mo Chit ke Siem Reap mengambil masa sekitar 6-7 jam bergantung kepada trafik dengan tambang sekitar THB750. 

Note:
Semasa di sempadan antara Thailand dan Cambodia, kebiasaannya anda perlu turun dan bawa semua barangan anda untuk melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Selepas pemeriksaan anda perlu menaiki bus sambungan ke Siem Reap. Dalam kata lain, dengan satu tiket anda perlu menaiki dua bas iaitu Mo Chit ke sempadan dan dari sempadan ke Siem Reap.


2- Train + Bus

Selain daripada menggunakan bus perjalanan terus dari Bangkok ke Siem Reap, anda juga boleh menggunakan gabungan kereta api dan bas. Dalam hal ini, anda akan menaiki kereta api dari stesen Hua Lamphong Bangkok ke stesen Aranyaprathet dengan harga THB48 dan perjalanan sekitar 6 jam. Meskipun perjalanan agak lama anda tidak perlu risau. Ini kerana di dalam train disediakan tandas dan paip air. 

Kerusi di dalam kereta api

Selepas itu anda perlu menaiki tuk-tuk ke sempadan Thailand dan Combodia dengan tambang sekitar THB30. Setibanya di sempadan anda boleh terus ke imigresen dan kastam. 

Selesai pemeriksaan imigresen dan kastam, anda boleh mengambil free shuttle ke terminal bus dan meneruskan perjalanan ke Siem Reap dengan menaiki minivan atau bas. Dalam hal ini, harga yang ditawarkan adalah sekitar USD10 dengan masa perjalanan sekitar 3 jam. 

Note: 
1- Sekiranya anda ingin menaiki kereta api dari Hua Lamphong Bangkok ke Aranyaprathet anda perlu berwaspada dengan jadual perlepasan. Ini kerana, dalam sehari hanya terdapat dua perjalanan sahaja iaitu pada jam 5.55am dan 1.05pm.

2- Proses menunggu untuk pemeriksaan imigresen sangat lama. Mengikut pengalaman saya perlu menunggu sekitar 2 jam.
Cara ke Siem Reap dari Bangkok melalui jalan darat Cara ke Siem Reap dari Bangkok melalui jalan darat Reviewed by Lah Mohd on 22:07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.