Cara Jimat Untuk Belajar di Luar Negara (Overseas) - Nothing to Somethings

Cara Jimat Untuk Belajar di Luar Negara (Overseas)

Mesti ramai kan yang sedang mencari tip atau panduan untuk menampung kos pengajian di luar negara. Mungkin juga ada yang hanya mampu menyimpan impian untuk belajar di luar negara disebabkan kos yang tinggi. Tapi adakah korang sedar sebenarnya ada cara untuk mengurangkan kos belajar di luar negara.

Konvokesyen UPM

Pernahkah korang dengar tentang Dual-program dan Jointly-Program yang ditawarkan oleh universiti tempatan? Seperti UPM.

Mesti ramai kan yang belum pernah mendengar dan tertanya-tanya apakah maksud Dual-program dan Jointly-program.

Untuk makluman korang Dual-program dan Jointly-program merupakan program yang ditawarkan oleh universiti tempatan dengan kerjasama universiti antarabangsa. Maksudnya, apabila korang tamat belajar korang akan dianugerahkan dua sijil (bagi Dual-program) dan satu sijil dengan dua logo (bagi Jointly-program). Contohnya, sekiranya korang mendaftar Dual-program bagi kerjasama antara UPM-University of Nottingham, UK, maka korang akan mendapat satu sijil dari UPM, dan satu sijil dari universiti Nottingham.

Secara umumnya, untuk melayakkan korang ditawarkan program ini korang haruslah mencapai kelulusan minimum universiti bagi IELTS/TEOFL. Manakala program yang ditawarkan adalah berbeza mengikut universiti dan tahap pengajian.


Untuk proses pembelajaran, secara umumnya korang perlu habiskan masa sekurang-kurangnya setahun (12 bulan mengikut universiti, tahap dan tempoh pengajian ) di luar negara dan selebihnya boleh dihabiskan di dalam negara. Bagi proses pengambilan pelajar, biasanya ia dibuka pada bulan February dan September setiap tahun. Jadi dua tiga bulan sebelum pengambilan boleh la korang buat permohonan.


Apa menarik tentang Dual-program dan Twin-program?


Mengikut maklumat yang saya perolehi korang hanya perlu membayar yuran dalam matawang tempatan dan kepada universiti tempatan. Sebagai contoh, sekiranya korang memohon Dual-program atau Jointly-program di UPM, maka yuran perlu di bayar kepada UPM. Dalam kata lain, korang hanya perlu membawa duit untuk keperluan sara diri sahaja semasa di luar negara. Contoh, penginapan, pengangkutan, makan dan minum dan lain-lain.

Jadi dengan adanya program ni, secara tak langsung kos pengajian dapat di kurangkan memandangkan korang hanya ke overseas dalam tempoh minimum setahun dan yuran dibayar mengikut kadar universiti tempatan. W/pun setahun korang tetap dapat sijil yang di iktiraf oleh dua universiti dalam dan luar negara.

Contoh program kerjasama yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dual PhD program UPM:

1- UPM-University of Nottingham, UK
2- UPM-Kyushu Institute of Technology, Japan
3- UPM-M.Auezow South Kazakhstan State University, Kazakhstan
4- UPM-Maejo University (MJU), Thailand
5- UPM-Prince of Songkla University, Thailand
6- UPM-Universiti of Southern Queensland, Australia
7- UPM-Naresuan University (NU), Thailand
8- UPM-Kasetsart University (KU), Thailand
9- UPM-University of Alberta, Canada

Jointly PhD program UPM:

1- UPM-University of Sheffield, UK
2- UPM-University of Newcastle, Australia

Double Postgraduate Master Degree:

1- UPM-University of Glasgow, Scotland, UK

Dual Master's Degree Program:

1- UPM-Ajou University, South Korea
2- UPM-Naresuan University, (NU), Thailand
3- UPM-M. Auezov South Kazakhstan State
4- UPM-Kasetsart University (KU), Thailand


Maklumat lanjut program pengajian korang boleh baca di link ni - Program pengajian

Untuk pengesahan & maklumat lanjut korang boleh hubungi terus UPM
Mr. Saiful Azlin Maskan
Assistant Registerar
Phone: 603-8946 4216
Email: saiful@upm.edu.my

Kepada yang berminat untuk menyambung pengajian dan sedang berjuang untuk menghabiskan pengajian, saya ucapkan selamat berjaya.. :) :) :)

Baca juga
Senarai biasiswa di Malaysia
Cara mohon sambung belajar

Cara Jimat Untuk Belajar di Luar Negara (Overseas) Cara Jimat Untuk Belajar di Luar Negara (Overseas) Reviewed by Lah Mohd on 22:26:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.