Cara jeruk buah Binjai - Nothing to Somethings

Cara jeruk buah Binjai

Buah binjai?

Terdengar sahaja nama buah binjai, kecur liur pasti terjadi. Mana tidaknya, meskipun rasanya agak masam, namun buah binjai akan menjadi rebutan apabila tiba musimnya. Buah bunjai biasanya akan berbuah setahun sekali atau selang dua ketiga kali setahun. 

Lebih menarik, buah binjai mempunyai aroma atau bau yang kuat seakan-akan manis. Secara umumnya buah binjai mempunyai beberapa jenis, antaranya manis, masam-masam manis dan masam. Buah binjai biasanya berbentuk bujur seperti telur dan mempunyai isi yang berwarna putih kekuningan. 

Memandangkan buah binjai sukar diperolehi kecuali pada musimnya, harga buah binjai adakalanya boleh mencecah RM5 sebiji bergantung kepada saiz. Bermula dari pembungaan, buah binjai biasanya mengambil masa sekitar empat bulan untuk masak. 

Untuk memakan buah binjai secara segar, biasanya agak sukar. Ini kerana, rasanya yang masam akan membuatkan anda tidak mampu untuk menahannya. Namun, jika kena caranya, pasti anda akan makan buah binjai berbiji-biji. Ini kerana, kebiasaanya buah binjai akan dimakan secara jeruk atau sambal. 

Bagi membantu anda menikmati kelazatan buah binjai, disini saya kongsikan secara ringkas cara untuk menjeruk buah binjai. Caranya cukup mudah, dimana anda hanya memerlukaan bahan-bahan asas didapur anda sahaja. 

Buah binjai
Buah binjai


Cara jeruk buah binjai

Bahan-bahan untuk jeruk buah binjai

1- Buah binjai
2- Garam
3- Gula
4- Cili padi
5- Bekas tertutup


Cara penyediaan jeruk buah binjai

1- Bersihkan buah binjai dengan air
2- Kupas kulit binjai sehingga bersih. Untuk langkah ke-2 ini, jika anda sukakan tekstur yang keras seperti memakan magga tidak dikupas, anda tidak perlu membuang kulit buah binjai. 
3- Hiris nipis buah binjai seperti anda membuat hirisan timun. 
4- Susun hirisan binjai didalam bekas tertutup. Bagi setiap lapisan hirisan buah binjai, tabur beberapa sudu besar gula, sedikit garam dan hirisan cili (jumlah gula yang ditabur bergantung kepada lebar bekas). Jika anda sukakan kepedasan, lebihkan hirisan cili.
5- Ulangi langkah 4 sehingga bekas anda penuh.
6- Tutup bekas dan simpan didalam peti.
7- Buah binjai sedia untuk dimakan selepas sehari disimpan didalam peti.

Selamat menikmati jeruk binjai. Sedapnya.....

Cara jeruk buah Binjai Cara jeruk buah Binjai Reviewed by Lah Mohd on 09:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.