Cara semak agen pelancongan berdaftar dengan MOTAC - Nothing to Somethings

Cara semak agen pelancongan berdaftar dengan MOTAC

Agen pelancongan berdaftar dengan MOTAC Malaysia?

Kenapa perlu semak agen pelancongan?

Sedia maklum, penawaran pakej pelancongan oleh agen pelancongan saban hari semakin meningkat. Peningkatan ini mungkin berlaku disebabkan oleh meningkatnya permintaan oleh pengguna. Perubahan gaya hidup masyarakat mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada perubahan ini. 

Seiring dengan perkembangan aktiviti pelancongan, sering kali kita terbaca di media sosial atau keratan akhbar, pengguna ditipu oleh agen pelancongan. Jumlah yang ditipu adakalanya mencecah ribuan ringgit bahkan ada yang mencecah puluhan ribu. Penipuan ini biasanya akan disedari apabila menjelang hari percutian, agen yang dilantik tidak dapat dihubungi.  

Namun tahukah anda, sebenarnya anda boleh mengelak daripada menjadi mangsa penipuan agen pelancongan tidak bertanggungjawab. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu membuat semakan terlebih dahulu sama ada agen pelancongan yang dipilih berdaftar dengan MOTAC Malaysia ataupun sebaliknya. 

Jika melalui semakan, agen pelancongan tersebut tiada dalam senarai MOTAC, anda sebolehnya mengelak daripada membuat sebarang bayaran atau belian pakej yang ditawarkan meskipun harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada harga egensi lain. Jika tidak anda mungkin akan menjadi salah seorang mangsa penipuan agen pelancongan tidak berdaftar. 

Bagi membantu anda membuat semakan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dan mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, berikut saya kongsikan caranya 


Cara semak agen pelancongan berdaftar dengan MOTAC

1- Buka website MOTAC

Langkah pertama, anda perlu buka website MOTAC dan cari bahagian 'Perkhidmatan'. Pada bahagian 'Perkhidmatan' pilih 'Perkhidmatan dalam talian'.
Sumber: MOTAC 2023


2- Pilih jenis perkhidmatan

Selepas anda klik 'Perkhidmatan dalam talian' paparan dibawah akan terhasil, klik 'Agensi Pelancongan'
Sumber: MOTAC 2023


3- Buat carian dan semakan

Selepas anda klik 'Agensi Pelancongan' paparan dibawah akan terhasil. Masukkan nama agensi pelancongan yang dipilih dan klik 'Cari'. Jika agensi pelancongan pilihan anda berdaftar dengan MOTAC, maka nama agensi pelancongan tersebut akan tersenarai dalam senarai carian. Jika agensi pelancongan pilihan anda tiada dalam senarai, ini bermaksud egensi tersebut tidak berdaftar dengan MOTAC.

Antara maklumat yang akan dipaparkan oleh MOTAC termasuklah nama agensi pelancongan, alamat, nombor telefon, nombor fax, nombor lesen, bidang, jenis dan tempoh sah laku lesen. 
Sumber: MOTAC 2023


4- Membuat keputusan

Berdasarkan hasil carian, anda boleh membuat keputusan sama ada meneruskan pembelian pakej atau sebaliknya.

Selesai

Cara semak agen pelancongan berdaftar dengan MOTAC Cara semak agen pelancongan berdaftar dengan MOTAC Reviewed by Lah Mohd on 15:27:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.