Cara ke Pulau Lang Tengah dengan public transport - Nothing to Somethings

Cara ke Pulau Lang Tengah dengan public transport

Pulau Lang Tengah!!! Kat mane tu? 

Mungkin itu antara persoalan yang mungkin keluar apabila di tanya tentang Lang Tengah. Untuk makluman korang pulau Lang Tengah terletak di Terengganu dan berada diantara pulau Redang dan pulau Perhentian. 

Untuk ke jeti pulau Lang Tengah korang mempunyai beberapa pilihan antaranya dengan kereta, bas dan mengambil pakej. Tapi saya hanya akan kongsikan cara ke pulau Lang Tengah dengan public transport. 

Cara ke Pulau Lang Tengah

Sebenarnya untuk ke Pulau Lang Tengah adalah senang dan korang ada dua pilihan:

Pertama: Dengan Bas

Sekiranya korang takde kereta sendiri, untuk ke Pulau Lang Tengah korang boleh menggunakan bas. Korang boleh ambil sebarang route janji route tersebut menghala ke ke Stesen bas Kuala Terengganu. Biasanya korang akan sampai di stesen di awal pagi (sekiranya route malam), jadi tunggu sehingga hari siang dan dapatkan bas laluan ke Kuala Besut. Nanti bagi tau kat pakcik bas untuk turun di jeti Merang dan ingatkan korang bila dah sampai. Ingat jeti Merang bukan Marang. Bila dah sampai korang perlu berjalan sekitar 10-15 minit ke jeti. 

Tapi kalau korang ada budget lebih, korang boleh dapatkan taksi di sekitar stesen bas utama. Tapi awas, harga mungkin berganda-ganda daripada tiket bas.

Note: Cuba tanya di kaunter bas berdekatan korang (Cth TBS) tentang laluan terus ke jeti Merang (ingat jeti Merang bukan Marang- Jeti Marang biasanya untuk ke Pulau Kapas). Sekiranya ada memang rezeki korang.

Kedua: Dengan flight

Bagi yang menggunakan flight, korang boleh dapatkan taksi airport untuk terus ke jeti Merang. Tapi sekiranya korang ingin berjimat korang boleh dapatkan taksi airport ke Unisza atau ke Terminal bas di Kuala Terengganu dahulu. Dari Unisza (tunggu bas di sebelah pagar Unisza) atau Terminal bas Kuala Terengganu korang boleh dapatkan bas ke jeti Merang. Tapi pastikan korang ambil penerbangan awal sebab biasanya bot ke Pulau Lang Tengah bergerak di waktu pagi.

..............................................................................................................


Untuk makluman korang, pulau Lang Tengah masih baru,. jadi korang takde pilihan yang banyak untuk menginap. Antara resort/chalet yang ada di Lang Tengah:
- D' Coconut Lagoon
- Summer Bay Lang Island resort
- Sari Pasifica resort

Antara aktiviti yang korang boleh buat di Pulau lang Tengah:
-Snorkelig
-ScubaDiving
-Jungle Trekking
-Kayak
-Bola Tampar
-dan lain-lain

Note: Sebelum korang ke Pulau Lang Tengah pastikan korang dan tempah resort, takut nanti bila sampai resort penuh. Tapi kalau korang jenis yang tak kisah, korang boleh ke pulau sekitar seperti Redang dan Perhentian untuk dapatkan chalet/resort yang lebih murah. 

Jadi kat bawah ni saya kongsikan sedikit view di Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah


Selamat Bercuti... :) :) :)


Cara ke Pulau Lang Tengah dengan public transport Cara ke Pulau Lang Tengah dengan public transport Reviewed by Lah Mohd on 13:13:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.