Barang boleh dan tidak boleh dibawa menaiki kapal terbang/ flight - Nothing to Somethings

Barang boleh dan tidak boleh dibawa menaiki kapal terbang/ flight

Perfume boleh ke bawa naik kapal terbang/ flight?
Barangan basah (i.e. Udang, ikan, sotong dll) boleh ke bawa naik kapal terbang/ flight?
Berapa ya berat maksimum beg untuk dibawa ke kabin?


Bagi yang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight, itu antara soalan biasa yang akan ditanya. Ini kerana, prosedurnya sedikit berbeza jika dibandingkan dengan pengangkutan awam lain (i.e. pengangkutan air dan darat). Bagi memudahkan perjalan, disini saya kongsikan secara ringkas barang BOLEH dan TIDAK BOLEH dibawa menaiki kapal terbang/ flight.



Hand Luggage

Bagi hand luggage atau beg yang ingin dibawa bersama ke ruangan kabin, secara umumnya anda hanya dibenarkan membawa beg dengan muatan maksimum 7kg sahaja dan memenuhi beberapa peraturan penerbangan iaitu:

i- Cecair

Semua bahan cecair mestilah dalam bekas tidak melebihi 100ml. Jumlah keseluruhan bahan cecair tersebut mestilah tidak melebihi 1 liter dan di letakkan didalam beg lutsinar (rujuk gambar di atas). 

ii- Alatan tajam

Anda dilarang sama sekali daripada membawa alatan tajam ke ruangan kabin. Semua alatan tajam boleh didaftar masuk ke ruangan perut pesawat (check-in luggage). Contoh, alatan melukis, gunting, pisau dll. 

iii- Makanan basah

Bagi ketegori makanan basah, anda boleh membawanya asalkan ianya dalam keadaan beku dan dibungkus kemas. Contoh, udang, ikan, ketam dan lain-lain.

vi- Alatan eletronik

Semua alatan eletronik perlu dibawa ke ruangan kabin. Contoh handphone, laptop dan power bank. Bagi rokok eletronik, bateri perlu diasingkan daripada rokok. 



Check-in Luggage

Bagi check-in luggage pula, anda mempunyai sedikit kebebasan. Berat beg bergantung kepada jumlah berat yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan atau jumlah berat yang dibeli (sekiranya penerbangan tambang murah). 

i- Cecair

Bagi ruang ini anda boleh membawa bahan cecair melebihi 1 liter (contoh: perfume, deodorant dan lain-lain bahan cecair tidak mudah terbakar), 

ii- Alatan tajam

Bagi alatan tajam, anda boleh membawanya asalkan ianya dibungkus kemas. Contoh: pisau/ alatan masak, alatan aktiviti sukan etc.) 

iii- Bahan basah

Semua bahan basah boleh dibawa asalkan ianya dibungkus kemas. Seeloknya dibekukan bagi mengelakkan barangan anda rosak. Contoh, udang, ikan dll

Note: 
Bagi penerbangan antarabangsa, anda perlu berwaspada dengan senarai barang yang dilarang dibawa masuk ke negara mereka terutamanya produk berasaskan daging, ayam, tenusu dll. 



Barang yang dilarang dibawa di semua penerbangan/ flight

Bagi barang yang diketogerikan sebagai bahaya dan mudah terbakar dan haram, barangan tersebut dilarang sama sekali daripada dibawa masuk ke ruang pesawat (kabin dan kargo) di semua jenis penerbangan. Contoh jenis barang yang dilarang dalam semua penerbangan / flight (rujuk gambar di bawah)


Semoga membantu..

Barang boleh dan tidak boleh dibawa menaiki kapal terbang/ flight Barang boleh dan tidak boleh dibawa menaiki kapal terbang/ flight Reviewed by Lah Mohd on 16:37:00 Rating: 5

155 comments:

  1. kalau bawa makanan bayi dalam kabin boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, xde masalah. Nak bawa susu pun boleh janji ada baby bersama.

      Delete
    2. Kalau macam bawa langsir tingkap boleh tk

      Delete
    3. Kain langsir ke? kalau kain langsir boleh. kalau bnyk nt check-in ke perut pesawat

      Delete
  2. hai nak tanya..kalau bawa botol air untuk anak boleh x..travel mkn masa 5 jam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air biasanya tak boleh bawa sbb masa security check diaorg akan suruh buang. Kalau nak bancuh susu boleh minta dengan cabin crew je

      Delete
    2. Lah Mohd bossku,,air??tak blh ek??maaf tnya,macam air susu kambing asli memang tak blh ek?

      Delete
    3. untuk cabin, cecair tak boleh lebih 100ml per botol. Kalau check-in, boleh. Tp utk details brp maximum boleh bawa, blh tanya pihak airlines.

      Delete
  3. Hai,barangan eletrik boleh masuk dalam cabin ke?

    ReplyDelete
  4. Vape, pod boleh x bawak naik airplane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tapi bateri perlu diasing/dibuka dari vape

      Delete
    2. Pod... Xbleh asingkan btri... So mcm mna tu

      Delete
    3. Boleh call airlines untuk confirmkan

      Delete
  5. Benih buah2an ada cara bak bawa ke, dari k.l ke k.k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benih & buahan segar adalah bahan kawalan. so x boleh nak bawa ke/dari KL/KK. Tapi kalau letak dalam backpack biasanya lepas je

      Delete
  6. Kalau kereta control ni dia boleh bawa naik p airplane kh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Kalau besar perlu di check-in ke perut pesawat

      Delete
  7. Kalau bawa barang elektrik contoh nya speaker/microphone wireless/power am...boleh x check in ke eprut pesawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi make sure tiap set/kotak tak terlalu berat utk memudahkan diaorg pindah brg n elakkan brg rosak. Berat ideal luggage/kotak 20kg

      Delete
  8. hi. kalau elektrik untuk luruskan rambut tu boleh bawak ke? hair straightener

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. nanti masukkan ke dalam beg yang di check-in ke perut pesawat

      Delete
  9. kalau duit tunai macamana tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bawa tapi tak silap tak boleh lebih USD10K

      Delete
    2. Kalau dr kuala lumpur ke langkawi berapa je cash boleh. Bawak?

      Delete
    3. Flight domestik tidak perlu bawa cash banyak sebab nanti boleh je keluarkan di ATM di Langkawi. Kalau untuk keperluan semasa penerbangan, bawa kurang 1K pun dan mencukupi.

      Delete
  10. Kalau bawa Maggie, biskut atau roti, kekacang boleh ke

    ReplyDelete
  11. Aslm
    Apakah boleh membawa sebuk chrome???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf yang ni saya tak pasti.

      Tapi kalau barang tu bukan dari kategori mudah terbakar,merbahaya dan bukan brg kawalan, insyaAllah boleh bawa.

      Delete
    2. Halo maaf nak tanya, susu serbuk boleh ke di bawa. Tq

      Delete
    3. Kalau untuk keperluan anak semasa penerbangan, boleh bawa

      Delete
  12. hi,nak xnyak kalau bawa laptop ke luar negara boleh kena bayar duti ke

    ReplyDelete
  13. thermos kosong boleh bawa dlm hand luggage ke? *bawa baby

    ReplyDelete
  14. Bawa laptop lebih Dr1?

    ReplyDelete
  15. Kalu ada bawa 1 cawan boleh x

    ReplyDelete
  16. Kalau bawa bagi make up dengan make up sekali boleh ke bawa masuk pesawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. selagi tak lebih 7kg dan xde alatan tajam dan merbahaya. Kalau make-up jenis cecair pastikan tak lebih 1 liter. Kalau banyak boleh check-in ke perut pesawat.

      Note: Kalau untuk bisnes lain procedure dia.

      Delete
  17. boleh bawa tanaman x...contoh bunga di dalam pasu

    ReplyDelete
  18. Flavour vape/pod, powerbank dan makeup boleh bawa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.

      Note: Power bank maximum saiz boleh bawa tak silap 20000mAh

      Delete
  19. kalau xtension plug boleh bawa hand carrie tak (cabin luggage

    ReplyDelete
  20. Kalau bawak vape/pod yang tak boleh cabut bettery macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, yang ni saya tak pasti. Mungkin tuan boleh tanya dengan airlines

      Delete
  21. hai... sy nak tanya.. boleh ka bawa baby car seat menggunakan kapal terbang? macam mana kaedah? perlu wraping ka? sy dari sarawak nak ke johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, masukkan dalam kotak/ wrap elok-elok. Nanti boleh check-in ke perut pesawat.

      Note: Kalau car seat ada FAA approved dan puan ada beli seat untuk anak puan, puan boleh bawa naik atas/ masuk kabin

      Delete
  22. Maaf bertanya kawan kirim rokok tembakau dari LKW ke JB agak-ii lepas tak nak bawak masuk Airlines

    ReplyDelete
  23. LKW? Langkawi ke? Kalau barang sah di sisi undang2 boleh je bawa.

    ReplyDelete
  24. Hai ...klu brg melebihi 50kg ,tpi packing kecil2 la, tapi banyak..
    Boleh ka bwa checkin .
    Sbb dlm pembelian ticket 40kg saja.

    Cas anggaran berapa tu ah klu banyak brg.?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yang ni saya tak pasti. Boleh call airlines untuk pengesahan

      Delete
  25. alatan set sepena boleh bawa dalam lauge kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hand luggage tak boleh. Kalau check-in luggage boleh. Tapi cuba call airlines untuk confirmkan

      Delete
  26. ikan laga boleh ke dibawa masuk ke dalam kapal terbang sebagai barang hand carry atau boleh ke letak di bagasi penumpang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari mana nak kemana? Haiwan hidup/ tumbuhan hidup kalau nak ke luar negara kena ikut prosedur kastam. Kalau semananjung, kena follow prosedur airlines

      Delete
    2. Kalau nk bwk ikan kaloi dr kuching ke klia blh ke??check in sperti luggage ke??

      Delete
    3. maaf, binatang hidup saya tak pasti procedure dia

      Delete
  27. Kalau nak bawa peniti and pin tudung boleh tak?

    ReplyDelete
  28. Bawak telur ayam mentah dalam cabin boleh gak tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari mana nak ke mana?
      kalau international flight, makanan mentah tak boleh bawa

      Delete
  29. Kalau bawak saterika dan alat untuk luruskan rambut,boleh tak ?

    ReplyDelete
  30. Sy nak bawa diffuser young living handcarry bole tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh asalkan diffuser tu kosong tanpa sebarang cecair n dibunkus elok di dalam handcarry luggage

      Delete
    2. Boleh sekali dgn essential oil dia tak?

      Delete
    3. boleh. Tapi jumlah cecair yang dibawa tidak lebih 1liter atau 100ml per botol

      Delete
  31. Elektrik scooter boleh check in bagasi tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh asalkan ikut peraturan/procedur yang ditetapkan.
      Contoh, bateri skuter memenuhi garis panduan bateri yang dibenarkan. Detail boleh rujuk syarikat penerbangan

      Delete
  32. Bolehkah bawa keratan batang bunga berserta akar dan bersaiz kecil ke dalam kargo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari mana nak ke mana? biasanya kalau domestic boleh lepas. Tapi kalau international flight x boleh sbb dan langgar peraturan bio-security

      Delete
  33. hi..nak tanya..boleh x bawa ikan bilis & minyak gamat masuk cabin dari langkawi ke kl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.
      Utk minyak gamat jumlah keseluruhan cecair biasanya tak boleh lebih 1 liter. Kalau lebih boleh check-in ke ruang bagasi

      Delete
  34. Kalau bawa tin susu anak blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi tidak digalakkan bawa dalam tin. Seeloknya peketkan kedalam dispanser utk mudah bancuh semasa dalam kabin

      Delete
  35. kalau bawa sterika boleh?

    ReplyDelete
  36. Hai,boleh saya tanya kalau bawa mesin jus,fryer untuk dihadiahkan keluarga saya dikampung dr KLIA ke Kuching.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Nt check-in ke perut pesawat.

      Delete
    2. Boleh tak kalau bawa ikan hidup nak bawa balik sarawak macam mana cara dia bawa ikan hidup dari semenanjung ke sarawak

      Delete
  37. hi kalau contoh saya nak ke sabah boleh ke saya nak bawa air letak dalam bagasi/laguge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak bawa dalam luggage hand carry, saiz botol tidak boleh melebihi 100ml.

      Delete
  38. Boleh ke bawa naik bumoer kereta naik kapal terbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumper kereta ke?
      Yang ni perlu rujuk pihak airlines sbb muatan saiz besar/panjang.

      Tapi pernah tengok pengembara europe check-in muatan panjang seperti surfboard

      Delete
  39. Boleh ke bawa dumbbell naik bagasi perut pesawat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi perlu dibalut kemas dan tidak melebihi had berat yang dibenarkan

      Delete
  40. hi kalau sy nak pos barang seperti hp ke sarawaj boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang berharga TIDAK digalakkan untuk pos.

      Delete
  41. boleh tak bawa telur ayam mentah dari klia ke sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tidak pasti. Perlu rujuk pihak airlines. Tapi rasanya kalau dalam kuantiti sedikit mungkin lepas.

      Delete
  42. Hi kalau bawa ikan betta, ikan yg hidup boleh me?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hand-carry atau check-in luggage?

      Delete
    2. Antara dua tu mna yg boleh ?

      Delete
    3. Bergantung kepada destinasi penerbangan.
      Untuk peliharaan peribadi, hand-carry pun boleh asalkan beta diletakkan di dalam bekas tidak melebihi 100ml. Kalau check-in perlu dibungkus kemas untuk elakkan pecah.

      Note: Untuk details boleh call pihak airlines.

      Delete
  43. Hii . Kalau saya nak bawak satu gunting tapi balut kemas kemas dan masukkan dalam handbag ke dalam pesawat boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Tak boleh sebab di kira alatan tajam

      Delete
  44. hi, kalau saya nak bawa battery drone sebanyak 20unit, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, maaf yang ni saya tak pasti. Blh rujuk terma & syarat syarikat airlines atau call mereka untuk lebih details

      Delete
  45. Boleh ke bawa bubuk milo ke tas jinjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk penerbangan ke mana? Kalau dalam kuantiti sedikit boleh. Tapi kalau dalam kuantiti bnyak seeloknya check-in ke perut pesawat

      Delete
  46. nak bawa hair spray rambut boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi kalau lebih 100ml perlu check-in ke perut pesawat

      Delete
  47. Boleh tak bawa jarum mengait utk tujuan hobi mengait

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi saya tak pasti boleh hand carry atau tak

      Delete
  48. Nak tanyaa.. Bole ke kalau nk bawak steam iron cordless panasonic

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum nak tanya..bolehkah hand carry bawa jeruk Pak Ali ke Langkawi

    ReplyDelete
  50. Boleh tak bawak makanan contoh fast food burger? Yg siap maska

    ReplyDelete
  51. Salam. Boleh ke nak bawak laksa yg sudah dibekukan ke dlm handcarry atau handbag dari kl ke tganu? Please reply sy nk bg nenek di kg sempena birthday dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam?
      Laksa atau kuah laksa? Kalau laksa boleh je sebab benda kering. Kalau kuah laksa lebih 1 liter perlu check-in. Tapi kuah laksa kena bungkus elok takut pecah

      Delete
  52. اَلسٌَلَامُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَهُ اللَّهِ وَبَرْكَاتُهْ
    Nak tanya boleh tak projektor letak dlm handbag masuk cabin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Boleh, asalkan tidak melebihi berat dibenarkan

      Delete
  53. salam. bawa roti naik cabin boleh ke dari semanjung ke sabah?

    ReplyDelete
  54. Deodarant spray boleh ke bwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, asalkan cecair dalam botol spray tak lebih 100ml bg setiap botol. Tapi kalau flight domestic wlpn lebih biasanya dibenarkan bergantung kepada orang yg jaga dekat airport nanti

      Delete
  55. Hi, powerbank dan tawas boleh bawak dalam hand carry ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan dah masak macam nugget dan ayam goreng bole hand carry tak utk international flight

      Delete
    2. Untuk international flight biasanya tak boleh tapi bergantung kepada pihak yang menjaga dekat pemeriksaan bagasi/keselamatan dan kalau lepas di Malaysia, mungkin perlu buang masa pemeriksaan keselamatan di negara ketibaan.

      Delete
  56. Kalau bawak mesin mancing dengan gewang boleh ke ? Perjalanan klia ke terengganu

    ReplyDelete
  57. Hai.. Nak tanya.. Boleh ka nak bawak tv 50' naik pesawat.. Sbb saya pindah dr smenanjung ke srwak.. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah check-in barang saiz besar, tapi rasanya boleh selagi tak lebih berat yang dibenarkan. tapi kena bungkus cantik2 dan kemas. Untuk kepastian boleh tanya staf airlines

      Delete
  58. boleh bawa betta fish(ikan laga) hand carry ker..tapi dh siap packing bagus²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flight domestik atau international? Kalau domestic bergantung kepada nasib sebab saiz setiap botol cecair mesti tidak melebihi 100ml dan total tak lebih 1L utk hand carry. Kalau check-in ke perut pesawat, boleh

      Delete
  59. kalau bawak otak2 frozen boleh ke?

    ReplyDelete
  60. Kalau macam skincare krim dan gel boleh bawak handcarry tak? Or cabin luggage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bawa handcarry asalkan setiap botol skincare tak lebih 100ml. Kalau lebih 100ml bg setiap botol perlu check-in ke perut pesawat

      Delete
  61. hi nak tanya,,kalau bawa ikan hidup untuk tujuan peternakan boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari mana ke mana?
      biasanya boleh, tp kena tanya pihak airlines untuk details takut perlukan dokumen tambahan

      Delete
  62. Boleh ker bawa bumper kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tanya pihak airlines untuk details. Tp rasanya boleh asalkan dibungkus kemas

      Delete
  63. Boleh tak bawa hand sanitizer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. untuk dibawa ke cabin x boleh lebih 100ml

      Delete
  64. hi, Boleh ke bawa mini food processor ke dalam cabin? Dibungkus elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada nasib. saya sarankan check-in ke perut pesawat. sbb mini food processor ada bilah/pisau tajam didalamnya. saya takut tak lepas.

      Delete
    2. Baik maklum, terima kasih tuan

      Delete
  65. cth.nak bawa ikan hidup.boleh ke..dari kL ke sbh sarawak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.