Cara membeli tiket kapal terbang/ flight secara online - AirAsia - Nothing to Somethings

Cara membeli tiket kapal terbang/ flight secara online - AirAsia

Now Everyone Can Fly.

Trademark yang biasa kita dengar apabila menyebut nama AirAsia. Tapi mungkin masih ramai belum tahu tentang cara untuk membeli tiket flight AirAsia secara online. Perkara sama pernah terjadi kepada saya semasa saya mula berjinak dengan dunia travel.

Memandangkan sekarang ini tiket kapal terbang/ flight ada kalanya lebih murah daripada tiket bas, pada pendapat saya adalah wajib bagi korang untuk tahu cara untuk membeli tiket kapal terbang/ flight secara online. Selain dapat jimatkan wang korang turut dapat jimatkan masa perjalanan semasa bercuti atau balik kampung.

Berikut merupakan 6 langkah mudah bagi mereka yang pertama kali ingin membeli tiket kapal terbang AirAsia secara online atau atas talian.

Note:
Sekiranya korang nak beli tiket dari syarikat penerbangan lain pun langkahnya hampir sama je.


Cara membeli tiket kapal terbang/ flight AirAsia

1- Buka website AirAsia

Langkah pertama untuk membeli tiket flight AirAsia adalah korang perlu ke website AirAsia seperti di bawah. 


Note: Sebelum korang membuat belian tiket flight korang boleh mendaftar sebagai ahli (klik ikon my acount > Sign up) atau korang boleh terus ke langkah 2 tanpa mendaftar. Mengikut pengalaman saya, dengan mendaftar sebagai ahli, proses belian tiket menjadi lebih cepat. Selain itu, jika berlaku sebarang "error" atau ganguan sistem semasa proses bayaran, tempahan korang telah disimpan. Jadi korang boleh login dan klik pada ikon manage booking untuk meneruskan tempahan/ bayaran.

2- Mencari penerbangan/ flight

Lepas korang dah masuk ke website AirAsia, korang perlu pilih jenis penerbangan/ flight sama ada sehala (one way), dua hala (return) atau pelbagai (multi-city). Lepas korang dah pilih jenis penerbangan/ flight masukkan destinasi berlepas dan mendarat. Masukkan juga tarikh berlepas dan bilangan penumpanag. Selesai isi maklumat korang klik search.


3- Memilih masa penerbangan/ flight

Paparan berikut akan keluar lepas korang dah klik search. Pilih masa penerbangan/ flight yang korang nak. Mengikut pengalaman, saya lebih suka memilih masa ketibaan penerbangan di waktu siang terutama destinasi yang saya tidak biasa. Selesai pilih masa penerbangan/flight  klik continue.



Kalau korang belum login sebagai ahli paparan di bawah akan keluar. Masukkan emel address dan password dan klik login sekiranya korang dah daftar sebagai ahli dan klik "continue as guest" kalau korang belum daftar sebagai ahli.


4- Mengisi maklumat penumpang

Isikan maklumat korang. Pastikan semua ruang bertanda * di isi dan pastikan ianya betul atau korang mungkin akan dihalang dari menaiki pesawat/ flight sekiranya ada maklumat yang salah. Selesai ini, klik continue.


5- Add-ons

Paparan berikut akan keluar. Sekiranya korang ada nak tambah apa-apa keperluan lain seperti luggage, insurans atau makanan, korang boleh klik pada box yang berkait. Kalau korang taknak korang boleh untick pada box yang berkait dan klik continue sehingga korang dibawa ke page bayaran (langkah 6).


6- Membuat bayaran

Sebelum korang membuat bayaran korang perlu tick beberapa box (sila rujuk gambar di bawah). Isikan maklumat korang sebagai "contact details". Pastikan korang masukkan emel address yang aktif dan sah sebab emel pengesahan akan dihantar ke emel tersebut. Pilih jenis bayaran sama ada "internet banking, credit card/ debit card". Selepas korang dah pilih jenis bayaran, isikan maklumat berkait (jika perlu) dan klik Purchase.


Untuk membuat bayaran korang boleh ikuti beberapa langkah yang diberi sehingga korang berjaya membuat bayaran dan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. 

Selesai


Baca juga: Cara menaiki kapal terbang/ flight buat pertama kali

Note: Pastikan korang langgan/ Subscribe iklan dari AirAsia bagi membolehkan korang menerima atau mengetahui promosi harga murah dari AirAsia. Biasanya promosi akan dihantar menerusi emel.

Cara membeli tiket kapal terbang/ flight secara online - AirAsia Cara membeli tiket kapal terbang/ flight secara online - AirAsia Reviewed by Lah Mohd on 19:57:00 Rating: 5

50 comments:

  1. Bagaimana nak menulis First Name sebab bagi orang melayu ada bin atau binti dalam passport mereka,contoh kalau nama Ali bin ahmad First name Ali & surname Ahmad.. bin tak tulis ok ke?
    T kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, first name/given name Ali & family name/surname Ahmad. Bin & Binti tak perlu tulis.

      Delete
    2. mcm saya xtulis nama family boleh ke..

      Delete
  2. selepas kita dah tempah online...masa kita nak pergi kita perlu tunjukkan ape dan kita perlu jumpa siapa dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjuk boarding pass. Lepas beli tiket nt perlu check flight n dia akan bg boarding pass

      Delete
    2. Kene pg counter ke utk dptkan boarding pass tu..?

      Delete
    3. Boleh print online lps dh buat check-in online

      Delete
    4. check in oline mcm mana ya

      Delete
  3. saya dah beli tiket kapal airasia , lepas tu dah confirm . ttapi dlm akaun bank saya tak tertolak pmbayaran trsebut apa perlu saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tempahan dah berjaya (booking number dah dapat) Tuan/Puan tak perlu buat apa-apa. Nanti pihak airasia sendiri akan minta bayaran tu dengan bank. Sbb kesilapan tu bukan dari Tuan/Puan, tp dari pihak airasia.

      Delete
  4. Macam mana kalau nama tu ada @ ?
    contoh ALI @ ALLI bin ABU ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abaikan @. Tulis Ali Alli Bin Abu je. Sbb @ system tak terima. Kes ni sama dengan kes mak saya. Nama mak saya ada @, so masa beli tiket flight AA, saya tulis nama je. Dah bbrp kali buat mcm tu dan ok je termasuk flight ke overseas

      Delete
  5. berapa jam sebelum penerbangan yg d blhkn beli tiket secara on9?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x silap 3 jam sblm penerbangan

      Delete
    2. Hai,, sye Akan naik flight 15hb,, bile date sesuai beli tiket maksud seminggu awal atau mcm mana, pastu kalau contoh flight jam 8 pagi, kena ade kat airport brpe jam sbelum?

      Delete
    3. Hi, boleh beli bila2 masa. Awal pun boleh asalkan masa nak beli, tarikh tu dh available dalam sistem. Biasanya kalau beli awal dapat harga lebih murah.

      Delete
  6. Hi,nak tanya macam addon tu perlu ?ke smua da ada? sy tak paham berkaintan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kpd jenis flight.

      Contoh airasia. Kalau awak naik airasia, harga hanya untuk tiket dan luggage maximum 7kg je.

      Kalau awak ada luggage lebih 7 kg awak perlu add-on luggage

      Delete
  7. blh ke nk add-on luggage masa kita nk berlepas?

    ReplyDelete
  8. kalau luggage kita lebih dr muatan yg kita dh add-on??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi harga yg perlu dibayar adalah per kg dan lebih mahal. Saya sarankan kira siap2 berat beg yg nak dibawa

      Delete
  9. saya sudah booking tiket,tapi salah tiap email,macam mana sy boleh booking saya itu berjaya ke tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh check akaun bank yg awak guna masa beli tiket. Kalau duit dah ditolak dari akuan maksudnya awak dah berjaya beli tiket

      Delete
  10. Perlu tunjuk Ic depan belakang ke?
    Semoga dibalas, Terima Kasih

    ReplyDelete
  11. sesiapa boleh bantu?

    mula2 sy dah beli tiket. selang beberapa hari sy tempah lagi tiket utk adik saya.. tpi bila booking tiket tu.. tarikh kapal tu tak boleh 1 kapal.. ada jawapan utk boleh sama2 1 kapal naik ?
    sy nak beli flight ke 2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa boleh je beli satu kapal kalau masukkan maklumat sama seperti tiket pertama (tarikh dan masa yang sama)

      Delete
  12. Salam Tuan. Kalau nama bapak pada boarding pass tu ada salah ejaan, boleh berlepas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sebaiknya betulkan dulu ejaan tersebut. Sbb takut akan ditahan masa nak boarding nt

      Delete
  13. Saya book ticket sebulan lebih awal.. kemudian saya hanya dpt resit pembayaran dan dibagitahu bahawa booking has been issued... Bila baru saya akan dapat ticket flight dan seat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tiket dan seat dapat check bila dah dekat dengan tarikh penerbangan. Kalau dulu airsia tak silap seawal 14 hari, penerbangan lain tak silap seawal 7 hari. Sekarang saya tak pasti sebab selepas Covid, belum sempat untuk travel melalui penerbangan. Tapi yang pasti, dapat check bila dah dekat dengan tarikh penerbangan.

      Delete
  14. Hi.sy dh pass book flight n timbang.but Sy nk add 15kg LG...how? Flight Sy 26hb Feb...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh buat add-on melalui website. (akaun pengguna masa beli tiket flight)

      Delete
  15. Airpaz tu boleh percaya ke utk beli tiket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yang ni saya tak pasti sbb tak pernah guna.

      Delete
  16. Assalamualaikum boleh saya tanya harga tiket dari Johor ke kota Kinabalu berapa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. blh check dekat website airlines yg tuan nak naik. Cth Air Asia, MAS, Malindo

      Delete
  17. Saya dah membuat pembayaran tapi tiba2 error. Check akaun dah terpotong tapi error kan jadi tak dapat booking number. Apa nak buat ye kalau jadi macam 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba check email, biasa dia ada hantar email maklum status tempahan kita.

      Delete
  18. Salam
    Sya dh buat pembelian.
    Tapi bile tengok dlm apps air asia xda pun berkaitan tempahan saya.
    Sya tengok di ‘ my order,
    Boleh tuan jelaskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      cuba klik My order> flight > 'view other bookings' dan buat carian based on booking number yg diberi

      Delete
  19. Hai. Sy sudah selesai membeli tiket tetapi sy terlupa nak pilih seat semasa beli. Kalau macam ini, di apps akan jadi mahal ke harga seat? Dan harga nya akan berubah2 atau tidak? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, xpe. x perlu beli nt dia akan bg sendiri secara rawak. Kalau nak pilih seat tertentu br kena beli (cth tepi tingkap/ depan dll)

      Delete
  20. SAYA DAH ORDER TIKET MMG X PERLU MASUKKAN NO PASSPORT KE MASA ORDER?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masukkan no passport kemudian lps beli

      Delete
    2. Boleh tak kalau kita beli tiket dulu sebelum buat passport? Nanti kena masukkan nombor passport ke ketika proses pembelian tiket?

      Delete
  21. SAYA DAH BELI TIKET TAPI MASA ISI CUMA ADA NAMA & DATE OF BIRTH TIADA RUANG NAK ISI UTK NO PASSPORT ?
    ADA ISI KE MASA NK BOADING?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya masa nak check-in online boleh isi no passport

      Delete
  22. macam mana cara nak bawak org OKU yg menggunakan wheelchair khas naik kapal terbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan, sy x dapat bantu sepenuhnya ttg perkara ni sbb xde pengalaman urus penumpang khas guna wheelchair. Mungkin tuan boleh contact pihak airlines utk tanya details.

      tapi kalau ikut pemerhatian sy di airport, prosedure dia sama je mcm bawa stroller baby. boleh tolak penumpang guna wheelchair sampai dalam pesawat, nt lps dh pindahkan penumpang ke kerusi pesawat, wheelchair perlu dibawa keluar & diletakkan di pintu pesawat. Nt staf akan ambil & simpan dalam ruang kargo. Bila sampai destinasi, staf akan keluarkan wheelchair & letak balik di depan pintu pesawat. Nt tuan boleh ambil untuk pindahkan semula penumpang ke kerusi.

      Tak silap saya, penumpang yang memerlukan bantuan khas (cth, menggunakan wheelchair) perlu check-in di kaunter & nt pihak airlines akan bantu. Maaf kalau info ni kurang membantu

      Delete

Powered by Blogger.