Cara guna penerbangan transit - Nothing to Somethings

Cara guna penerbangan transit

Penerbangan transit?

Secara ringkasnya penerbangan transit adalah penerbangan yang mempunyai persinggahan di lapangan terbang tertentu. Dalam kata lain, pernerbangan anda akan berhenti sekurang-kurangnya sekali sepanjang perjalanan ke destinasi akhir. Kebiasaannya, pilihan penerbangan transit dilakukan apabila penerbangan terus (direct flight) tidak tersedia atau kadar tambangnya terlalu tinggi. 

Contoh, anda merancang untuk ke London, tapi dalam hal ini tambang untuk penerbangan terus Kuala Lumpur - London terlalu mahal. Untuk kurangkan kos anda akan memilih penerbangan Kuala Lumpur - London melalui Singapore. Dalam hal ini, Singapore akan menjadi airport persinggahan anda. 


Untuk makluman, menaiki penerbangan transit adalah tidak ubah seperti anda menaiki penerbangan biasa. Dalam kata lain, setibanya di lapangan terbang persinggahan, anda perlu keluar dari terminal ketibaan, mengambil check-in luggage, melakukan daftar masuk baru, melalui pemeriksaan keselamatan dan imigresen (sekiranya penerbangan antarabangsa).

Dari segi masa transit (jarak di antara penerbangan pertama dan kedua), saya sarankan untuk anda memilih masa transit sekurang-kurangnya enam jam keatas atau sehari sehari. Ini bagi mengelakkan anda terlepas penerbangan kedua sekiranya penerbangan pertama ditangguh (delay). Selain itu, sekiranya masa trasit anda panjang, anda boleh keluar dari airport dan melawat tempat menarik sementara menunggu penerbangan seterusnya. Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada anda untuk melawat dua negara dalam satu tempoh percutian.

Baca juga:

Cara guna penerbangan transit Cara guna penerbangan transit Reviewed by Lah Mohd on 10:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.