Makanan halal di Don Muang international airport - Nothing to Somethings

Makanan halal di Don Muang international airport

Makanan halal sememangnya menjadi isu utama. Bagi muslim, mendapatkan makanan dari sumber halal adalah satu kewajipan dan tuntutan dalam agama.

Dalam hal ini, bagi penumpang muslim yang bakal menggunakan Don Muang international airport, anda tidak perlu risau sekiranya perlu transit lama. Ini kerana, di Don Muang international airport turut terdapat kedai yang menawarkan makanan halal.

Don Muang international airport
Kedai ini boleh anda temui sebelum dan selepas anda memasuki ruang berlepas. Sekiranya anda belum memasuki ruangan berlepas, anda boleh ke kedai 'Bangmad halal'. Kedai ini berada di terminal domestik atau terminal 2. Untuk makluman, terminal domestik berada bersebelahan dengan terminal antarabangsa dalam bangunan yang sama. Selain itu, di terminal domestik juga turut disediakan ruang solat.

Manakala, sekiranya anda telah memasuki ruang berlepas (bagi penerbangan antarabangsa), anda boleh ke 'Au We White Coffee'. Kedai halal ini terletak berdekatan dengan pintu perlepasan 22. Selain itu, anda juga boleh membeli biskut di dalam terminal. Ada antaranya mempunyai logo halal.

Makanan halal di Don Muang international airport Makanan halal di Don Muang international airport Reviewed by Lah Mohd on 04:07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.