Cara claim/ buat tuntutan dengan airasia - Nothing to Somethings

Cara claim/ buat tuntutan dengan airasia

Tahukah anda, apabila penerbangan anda dibatal, dijadual semula, atau anda tidak menaiki penerbangan tersebut anda layak untuk membuat claim/ tuntutan? Tersangatlah rugi sekiranya sebelum ini anda tidak pernah lakukan apa-apa claim/ tuntutan. Untuk makluman, terdapat tiga keadaan dimana anda layak untuk membuat claim/ tuntutan:

1- Claim cukai lapangan terbang (airport tax) disebabkan anda tidak menaiki pesawat pada tarikh berlepas

2- Claim disebabkan pembatalan penerbangan

3- Claim disebabkan penjadualan semula masa berlepas

Meskipun anda layak untuk membuat claim, namun terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Contoh, bagi claim disebabkan penjadualan semula masa penerbangan (rescheduled), claim hanya boleh dilakukan sekiranya penjadualan semula melibatkan masa sekurang-kurangnya 3 jam dari masa asal.

Untuk membuat claim pula, caranya cukup mudah. Anda hanya perlu mengisi borang ringkas. Bagi memudahkan anda, berikut saya kongsikan cara claim tiket flight airasia.


Cara claim tiket flight airasia

1- Ke website customer support

Langkah pertama, anda perlu ke website customer support Airasia. Untuk ke website ini anda boleh ke page utama Airasia dan klik link 'Customer support' pada bahagia atas page. (rujuk gambar dibawah).


2- Pilih medium perhubungan

Untuk menghubungi pihak Airasia anda diberi beberapa pilihan seperti Phone call, FB, Twitter dan emel. Namun, bagi saya menggunakan emel adalah lebih cepat dan mudah berbanding kaedah lain. Ini kerana, anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat seperti diminta, dan tunggu sehingga borang anda diproses.

Memandangkan saya selalu berurusan melalui emel, dalam artikel ini, saya hanya akan kongsikan cara claim melalui emel sahaja.



3- Isi maklumat dan submit borang

Selepas anda memilih emel sebagai medium perhubungan, paparan dibawah akan terhasil (rujuk gambar dibawah). Pilih jenis claim yang berkait. Untuk makluman, selain daripada claim disebabkan pembatalan, penjadualan semula dan anda tidak menaiki pesawat, anda juga boleh membuat claim bagi ke duplicate booking dan double payment.



Selepas pilihan claim dipilih, pastikan anda mengisi semua ruang maklumat yang diminta dengan lengkap. Kegagalan anda untuk memberikan maklumat dengan tepat mungkin akan menyukarkan urusan staf Airasia membantu anda.

Antara maklumat yang diperlukan:
i- Maklumat penumpang
ii- Maklumat penerbangan
iii- Maklumat bank

Selepas semua maklumat di isi, pastikan anda klik submit. Sekiranya ada dokumen yang perlu di attached/ dilampir, lakukanya sebelum klik submit.

Anda akan menerima satu emel notification/ pemberitahuan daripada Airasia yang memaklumkan borang anda telah berjaya dihantar sebaik sahaja anda menekan butang submit.

Selepas menerima emel ini, anda hanya perlu menunggu sekitar 14 hari bekerja untuk borang anda diproses.

Selesai..

Note:
Untuk menyemak status borang, anda boleh login page 'customer support'. 
Cara claim/ buat tuntutan dengan airasia Cara claim/ buat tuntutan dengan airasia Reviewed by Lah Mohd on 23:27:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.