Cara beli Etiqa travel Insurans - Nothing to Somethings

Cara beli Etiqa travel Insurans

Kos perubatan mencecah xxxx
Warga Malaysia terkandas di Hospital xxxx
Sumbangan diperlukan untuk membawa waris ke Malaysia

Ini antara tajuk utama akhar apabila berlakunya kes rakyat Malaysia terkandas diluar negara. Tidak dinafikan, semua daripada kita sentiasa berdoa untuk selamat pergi dan balik, namun seperti kata pepatah, malang tidak berbau. Jadi, sebagai manusia, kita perlu sentiasa mempersiapkan diri. Antaranya adalah dengan membeli travel insurance.

Untuk makluman, travel insurance secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i- Travel insurance dengan Guarantee letters (GL)
ii- Travel insurance tanpa GL

GL berperanan sebagai satu surat yang memperakui anda dilindungi/ mempunyai polisi insurance. Dalam hal ini, pihak insurance akan menanggung kos perubatan tanpa perlu anda mengeluarkan sebarang bayaran apabila anda dimasukkan ke hospital.

Berbeza dengan travel insurance tanpa GL, anda perlu membayar terlebih dahulu semua kos perubatan dan melakukan claim setelah anda pulang ke Malaysia dengan menyertakan semua resit berkait. Dalam hal ini, adalah mustahil bagi kita untuk menyediakan satu jumlah yang besar yang mana mencecah raturan ribu. Sebagai alternatif, membeli travel insurance yang mempunnyai GL amatlah disarankan.

Antara kelebihan Etiqa Travel Insurance

Bagi membantu anda, dalam artikel ini saya kongsikan cara membeli Etiqa Travel insurance secara online. Caranya cukup mudah dan boleh selesai dalam masa sekitar 10-15 minit sahaja.


Cara beli Etiqa Travel Insurance

1- Pilih Travel insurance

Untuk makluman Etiqa menawarkan perlindungan bagi kedua-dua jenis perjalanan iaitu domestik dan antarabangsa. Bagi perjalanan antarabangsa, anda diberi pilihan sama ada TripCare 360 Takaful dan TripCare 360. Untuk membuat belian, klik Apply Online pada ruang travel insurance yang anda inginkan.



2. Pilih Destinasi

Selepas anda memilih jenis takaful, anda perlu pilih lokasi percutian. Paparan berdasarkan kawasan/ benua akan terhasil untuk pilihan lokasi (rujuk gambar). Sekiranya anda hanya merancang untuk bercuti di benua asia, klik pada image Asia Countries.



3. Pilih jenis perlindungan

Tentukan dengan siapa anda akan bercuti. Sekiranya anda bercuti berseorangan, klik Myself. Pada ruangan ini, anda juga dikehandaki untuk memilih sama ada inginkan plan single trip atau annual trip. Sekiranya anda kerap ke luar negara, saya sarankan anda membeli plan annual kerana ianya lebih jimat dan menguntungkan.



4. Isi tempoh perjalanan

Bagi single trip, anda perlu masukkan tarikh berlepas dan tarikh pulang seperti tercatit di tiket kapal terbang anda. Manakala, bagi plan annual, anda hanya perlu masukkan tarikh pertama anda akan ke luar negara. Tarikh tamat Etiqa travel insurance pula akan dijana secara automatik.



5. Pilih jenis plan

Semakain tinggi plan yang anda pilih, semakin banyak perlindungan yang anda perolehi. Bagi saya, saya akan membeli plan platinum kerana jumlah perlindungaan lebih tinggi. Gambar dibawah adalah contoh harga annual plan bagi benua Asia countries.



6. Isi maklumat peribadi dan alamat surat menyurat

Selepas anda memilih jenis plan, paparan berikut akan terhasil. Anda perlu isikan nama, no IC, tarikh lahir, jantina, alamat emel, nombor telefon dan alamat anda.



7. Buat pengistiharan (declaration)

Bagi memastikan anda faham terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Etiqa, anda perlu tik kotak yang berkait.



8. Membuat bayaran

Memandangkan saya membuat belian Etiqa Travel Insurance secara online, maka saya layak menebus 25% diskaun (diskaun semasa belian saya). Daripada harga RM351.55, selepas diskaun saya hanya perlu membayar RM273.66 sahaja bagi plan annual.

Untuk bayaran anda diberi pilihan untuk melakukan transaksi melalui Maybank2u, mastercard, visa, American express dan FPX. Pilih jenis barayan yang anda kehendaki dan klik 'Pay Now'. Ikuti beberapa langkah mudah sehingga selesai. Selepai bayaran berjaya, anda akan menerima emel pemberitahuan dan emel yang mengandungi policy travel insurance.

Note: Policy travel insurance akan di emel ke emel anda dalam masa 2-3 hari bekerja.


Selamat bercuti...

Cara beli Etiqa travel Insurans Cara beli Etiqa travel Insurans Reviewed by Lah Mohd on 20:43:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.