Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali - Nothing to Somethings

Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali

Macam mana nak tahu pintu berlepas?
Macam mana nak check-in kapal terbang/ flight?
Macam mana nak tuntut bagasi?
Macam mana nak beli tiket kapal terbang/ flight?
Macam mana nak drop luggage?
Apa beza diantara penerbangan transit, layover and fly-thru? 

Baca juga:
Cara guna penerbangan fly-thru atau connection flight 

Itu antara persoalan yang biasa bermain di fikiran mereka yang pertama kali ingin menaiki kapal terbang/ flight. Tidak terkecuali saya sendiri. Kali pertama saya menaiki kapal terbang/ flight adalah pada tahun 2012 ke Langkawi dengan menggunakan pesawat AirAsia.

Selepas 3 tahun mengalami perkara di atas terdetik di hati saya untuk kongsikan cara untuk menaiki kapal terbang/ flight memandangkan pada tahun 2015 perkara yang sama di alami oleh kawan saya yang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight ke Korea. Pelan asalnya saya bersamanya ke Korea, tetapi pelan berubah di saat akhir dan menyebabkan beliau terpaksa manaiki kapal terbang/ flight bersendirian.

Bagi membantu anda yang pertama kali ingin menaiki kapal terbang/ flight, di sini saya kongsikan secara ringkas cara menaiki kapal terbang/ flight bermula dari pembelian tiket sehingga ketibaan anda ke destinasi. Sebagai tambahan, disertakan juga beberapa tips seperti cara menaiki kapal terbang dengan anak kecil.

Malaysia Airlines, kebanggaan Malaysia

1- Pembelian tiket

Sebelum membolehkan anda menaiki kapal terbang/ flight anda harus memiliki tiket penerbangan yang sah. Untuk membuat pembelian anda ada beberapa pilihan sama ada melalui agensi pelancongan, pembelian kaunter atau pembelian secara online. Kalau anda nak beli tiket, dinasihatkan anda membuat belian awal bagi mendapatkan harga yang lebih murah.

Mengikut pengalaman, saya lebih suka membeli tiket penerbangan secara online kerana mudah dan menjimatkan masa. Antara maklumat yang perlu anda isi semasa proses pembelian tiket adalah, nama, alamat emel, tarikh lahir dan sebagainya.

Note: Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga pembelian tiket berjaya atau menerima kod/ emel tempahan.

Baca juga:
Cara beli tiket flight murah
Cara beli tiket kapal terbang/ flight AirAsia secara online


2- Daftar masuk/ Check-in

Selepas anda berjaya membuat pembelian, anda perlu daftar masuk. Untuk daftar masuk anda ada beberapa pilihan sama ada melalui kaunter, kiosk, mobile atau online check-in. Sekiranya anda daftar masuk online biasanya anda boleh daftar masuk awal bergantung kepada syarikat penerbangan. Contoh, untuk penerbangan AirAsia anda boleh check-in 14 hari sebelum penerbangan, manakala  Malindo Air anda boleh check-in 48 jam sebelum penerbangan. 

Tapi kalau anda memilih untuk daftar masuk melalui kaunter biasanya kaunter dibuka 3-4 jam sebelum penerbangan. Jadi pastikan anda sampai awal bagi mengelakkan anda panik atau dihalang dari mendaftar masuk. Penggunaan daftar masuk kaunter sesuai sekiranya anda mempunyai beg yang besar atau barang yang banyak (muatan beg melebihi 7kg). Untuk mengetahui nombor kaunter untuk daftar masuk anda boleh rujuk papan info yang disediakan di airport. 

Note: 
1) Mengikut pengalaman hanya airasia sahaja yang menimbang "hand luggage" untuk pastikan anda tidak terlebih muatan. Tapi bukan semua airport dan jenis penerbangan membuat perkara tersebut.

2) Meskipun anda perlu daftar masuk beg bersaiz besar di kaunter, disarankan juga untuk anda membuat daftar masuk online bagi mengelakkan anda dikenakan caj tambahan semasa di kaunter.

Baca juga:
Cara daftar masuk beg di kaunter
Cara self baggage drop Airasia 


3- Pemeriksaan kawalan keselamatan

Selepas melakukan proses daftar masuk diri dan beg (jika ada) dan memperoleh boarding pass, anda boleh terus ke pintu pemeriksaan keselamatan. Untuk ke pintu pemeriksaaan anda perlu sediakan pass masuk (tiket) dan pengenalan diri (I/C atau passport) bergantung kepada jenis penerbangan anda sama ada domestik atau antarabangsa. 

Dinasihatkan anda untuk sampai awal untuk pemeriksaan keselamatan sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam sebelum penerbangan/ masa boarding bagi mengelakkan anda panik atau terpaksa beratur lama atau terlepas penerbangan. Ini kerana, bagi kebanyakan airport utama seperti KLIA/ KLIA2, ruang berlepas adalah besar dan pintu berlepas pula jauh. Jadi anda memerlukan masa untuk sampai ke pintu perlepasan.

Semasa pemeriksaan keselamatan kebiasaannya anda perlu membuka semua perlatan logam/ besi. Bagi yang membawa laptop, anda perlu keluarkan laptop dari beg dan masukkan ke dalam bakul yang disediakan. 

Bagi penerbangan antarabangsa, pemeriksaan passport akan dilakukan sebelum anda melalui proses pemeriksaan keselamatan. Pastikan anda berada di barisan yang betul sama ada warga negara atau warga asing. 

Note: 
1- Pastikan anda sampai awal ke airport. Disarankan 3-4 jam sebelum penerbangan bagi penerbangan antarabangsa dan 2-3 jam bagi penerbangan domestik.
2- Sekiranya anda mengambil penerbangan semasa waktu puncak (hari raya atau cuti umum) pastikan anda sampai lebih awal dari hari penerbangan biasa bagi mengelakkan anda terlepas penerbangan. 

Baca juga: 
Barang boleh dan tidak boleh dibawa menaiki kapal terbang/ flight


4- Menaiki pesawat

Selepas anda dah melalui proses pemeriksaan keselamatan anda boleh terus ke pintu perlepasan. Untuk mengetahui pintu perlepasan anda boleh rujuk kepada papan info atau boarding pass anda.

Setelah sampai ke pintu berlepas anda perlu tunggu sehingga pengumuman naik pesawat dilakukan dan anda perlu beratur. Kebiasaanya keutamaan untuk menaiki pesawat di berikan kepada pemegang tiket business class dan keatas, mereka yang memiliki anak kecil dan warga emas.

Semasa proses menaiki pesawat anda perlu sediakan boarding pass dan pengenalan diri untuk diperiksa. Sekiranya anda bawa hand luggage, anda perlu letak di ruang atas atau di bawah (di bawah tempat duduk kerusi depan anda). Pastikan anda duduk di kerusi yang betul seperti tercatit dalam boarding pass anda. Tegakkan kerusi, pakai tali keledar, matikan barangan elektronik dan buka slide tingkap sepenuhnya (Sekiranya anda duduk tepi tingkap).

Bagi penerbangan antarabangsa kebiasaanya anda akan diberikan beberapa borang untuk di isi semasa dalam pesawat. Jadi pastikan anda bawa bersama pen bagi mengelakkan anda beratur lama di ruang imegresen untuk mengisi borang.

Note: W/pun nombor pintu/ gate perlepasan telah tercatit pada boarding pass, pastikan anda turut merujuk kepada papan info untuk kepastian dan sentiasa peka dengan pengumuman (sekiranya ada perubahan pintu atau pesawat delay). Mengikut pengalaman, pintu perlepasan boleh berubah w/pun telah tercatit dalam boarding pass.

Baca juga: Persiapan menaiki kapal terbang dengan anak kecil


5- Ketibaan

Sebelum keluar daripada pesawat pastikan anda membawa bersama barang anda (hand luggage etc). Jangan ada yand tertinggal. Sekiranya anda pertama kali menaiki kapal terbang/ flight, untuk keluar ke balai ketibaan anda boleh ikut penumpang lain atau anda ikut papan tanda keluar.

Sekiranya anda mempunyai bagasi yang didaftar masuk ke perut pesawat, anda berlu ke ruang menuntut bagasi. Untuk mengetahui lokasi bagasi, anda boleh rujuk kepada papan info yang disediakan di airport.

Bagi penerbangan antarabangsa, sebelum keluar anda perlu melalui imegresen dan pemeriksaan kastam terlebih dahulu. Mengikut pengalaman saya, sekiranya anda tidak membawa/ membeli barang yang banyak atau membawa barang yang perlu declare cukai anda akan dilepas tanpa sebarang soalan.

Baca juga:
1- Cara tuntut bagasi atau beg di airport
2- Cara claim/ buat tuntutan dengan Airasia

Selesai..


Note:
Sebelum berlepas ke destinasi percutian, disarankan untuk anda membeli Travel Insurance sebagai perlindungan. Travel Insurance ini boleh dibeli sama ada melalui syarikat penerbangan atau syarikat Travel Insurance lain seperti Etiqa, AXA dan lain-lain. Dalam hal ini, pastikan polisi Insurance yang dibeli menawarkan jumlah perlindungan yang tinggi dan mempunyai Guarantee Letter (GL). Ini bagi memastikan jumlah perlindungan mencukupi sekiranya apabila anda ditimpa musibah dan anda tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan sekiranya dimasukkan ke hospital.

Baca juga: 

Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali Cara menaiki kapal terbang buat pertama kali Reviewed by Lah Mohd on 23:06:00 Rating: 5

170 comments:

  1. Kalau dah check in online, perlu check in kat kaunter juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu, kecuali kalau ada barang untuk di check-in. Make sure boarding pass dah print lepas check-in online.

      Delete
    2. Salam cik..anak sy berumur 3 thn tp xde mykid..perlu ke bawak sijil lahir ori?atau boleh bwk photostat shj?

      Delete
  2. Barang yang perlu check-in di kaunter barang yang melebihi 7kg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, barang yang lebih 7kg.

      Delete
    2. KALAU BARANG TU LEBIH 7KG CHECK IN KAT KAUNTER KAN. KENE BAYARAN TAK?

      Delete
    3. Bergantung kepada tiket yang di beli. Kalau tiket yang dibeli tak termasuk luggge, nak check-in perlu bayar (Cth: AirAsia). Kalau dah termasuk dalam harga tiket, boleh check-in free (Cth: MAS, Malindo).

      Delete
  3. assalam..

    kalau dah book penerbangan return..mase balik tu perlu check in jugak ke?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum check-in perlu check-in. Sebab kadang2 kalau check-in awal, flight return tak di check-in sekali. Contoh tarikh berlepas 14/1 dan return 17/1 dan tuan buat check-in pada 1/1. Jadi hanya flight 14/1 yang di check-in, flight return belum di check-in.

      Delete
  4. Tambang dalam Malaysia ni sama kah untuk warga asing atau diorang ada berlainan harga

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, kalau dah check in online and dah print. nanti sampai KLIA terus pergi ke mana ye? untuk domestik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beg untuk di check-in tak? Kalau ada perlu check-in beg dulu. Selesai check-in beg boleh terus ke ruang berlepas.

      Kalau takde beg untuk di check-in boleh terus ke ruang berlepas.

      Delete
  6. tket kena print kt mne ye..kwn ckp kna kna pr kt epot ad ad k dia btul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh print sebelum ke airport (print di rumah atau CC) atau print di airport (guna kios). Tapi pastikan awk dah check-in dan dan dapat boarding pass

      Delete
  7. assalam, nak tanya, kalau kita dh checkin online, nanti di airport kita cuma cek in utk bgasi then ada kaunter lain x kita kena pergi. boleh x awak senaraikan step2 dia,, first timer nak cek in sorang2 ni :-(
    tqqqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam
      Kalau dah check-in online awak boleh terus ke kaunter baggage drop. Bawa IC & boarding pass. Lepas drop luggage awak boleh terus masuk ke ruang berlepas dan tunggu di pintu berlepas. Tunggu sehingga staf panggil untuk masuk pesawat.

      Delete
    2. boarding pass tu tiket la kan

      Delete
    3. Ya, boarding pass tu tiket kita

      Delete
  8. kalau nak check in online, boarding pass akan dapat lepas check in, kan. lepas tu print. sampai airport terus pergi ruang berlepas (bawa hand carry bag shj, domestik). kat ruang berlepas tu la diorang akan check bag yg akan bawa naik. betul tak?

    ReplyDelete
  9. powerbank lepas tak kalau dlm hand carry bag?

    ReplyDelete
  10. berapa jam awal perlu sampai di airport jika semua chekin sudah buat online?
    utk penerbangan domestik biasanye di klia2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua dah siap check-in online, bagi airport bersaiz kecil awak boleh berada di airport selewat-lewatnya 30 minit sebelum masa boarding (rujuk boarding pass). Kalau airport bersaiz besar (cth KLIA/KLIA2) disarankan berada di airport selewatnya 1 jam sebelum masa boarding.

      Tapi kalau ada beg untuk di check-in dikaunter, walaupun dah siap check-in online disarankan awak ke airport sekitar 2 jam sebelum masa boarding (bergantung kepada saiz airport)

      Tidak semua penerbangan domestik berlepas dari KLIA2. Lokasi berlepas boleh rujuk pada boarding pass. Contoh:
      1- MAS - KLIA
      2- Airasia - KLIA 2
      3- Malindo air - KLIA & Subang
      4- Firefly - Subang

      Delete
  11. Klau guna ic yang fotostat dan diliminate boleh tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak sure. Rasanya tak boleh, perlu guna yang asal.

      Delete
  12. salam. nak tanya dekat boarding pass memang tak da letak no gate eh ? memang kena tengok dekat screen kt airport ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Ya, kalau boarding pass yang print sendiri memang takde nombor gate. Biasanya yang print di kaunter sahaja yang ada nombor gate.

      Delete
  13. salam,jika penumpang bersama bayi yg dipangku boleh daftar masuk online x?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Bergantung kepada jenis penerbangan. Kalau Airasia penumpang berikut perlu daftar masuk di kaunter:
      1- Mengandung
      2- Penumpang dengan bayi
      3- Penumpang berumur 16 tahun kebawah yang menaiki pesawat seorang
      4- Penumpang kurang upaya yang memerlukan bantuan khas
      5- Penumpang yang sakit atau dalam rawatan

      Delete
    2. encik nak tanya, penumpang dengan bayi kene check in di kaunter kan. kalau sy ada anak berumur 1tahun 5bulan termasuk kategori itu ke?

      Delete
  14. Assalamualaikum.. Saya nak tanya kalau saya nak check in di kaunter tapi jangkaan Saya sampai di airport 2 jam sebelum boarding boleh ke ? Sebab dekat atas tulis 3-4 jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam. Boleh selagi kaunter check-in belum tutup. Biasa kaunter tutup sekitar 45 minit hingga 1 jam sebelum boarding.

      Delete
  15. Hye nak tnya sket. Sbenarnya check in ni ap ek. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Check in ni utk daftar masuk flight.
      Cik/tuan boleh pilih sama ada utk check in online atau di kaunter. Kalau xde check-in luggage disarankan buat check-in online. Nt terus dapat boarding pass n boleh terus ke gate berlepas

      Delete
  16. first time nak ambil flight ke cairo bulan 2 2019.dah tempah tiket tapi masih risau tentang tiket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flight apa? Beli sendiri atau melalui agent?

      Delete
  17. Sye ade bca komen kat atas psal nombor gate xde dlm boarding pass yg diprint sndiri. Nombor gate mcm mne yg dmaksudkan ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No gate maksudnya gate yang kita akan naik flight nanti. Contoh Gate C22, P17 dan lain. Kalau cik/tuan pernah naik bas di TBS, lepas turun ke balai berlepas kan ada nombor gate, sama mcm nak naik flight, nt di board pass akan ditulis nombor gate. Kalau xde nombor gate cik/tuan blh rujuk papan info dgn berpandukan nombor pesawat. Cth MHxxx, D7xx AKxx. Nt di papan info tu akan ditulis nombor gate.

      Delete
  18. Tumpang tanye… kalau kite nk Ke luar negara contohnye ke indonesia.. Wajib ke kite beli tiket trus untuk balik ke malaysia..? Atau boleh beli bile kite da nk balik ke malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada negara. Ada negara kita perlu tunjuk bukti tiket balik ada negara tidak perlu.

      Biasanya dia akan tahan lps diaorang tengok maklumat di arrival card (lg lama kita di negara mereka, lg bnyk benda diaorang akan tanya). Bg negara yg xde arrival card diaorang tahan & tanya secara rawak je.

      Kalau ke Indonesia & vietnam InsyaAllah xde masalah kalau xde tiket balik sbb ikut pengalaman saya bbrp kali ke sana, pegawai diaorang tak pernah check.

      Tapi masa saya ke NZ, saya ditahan n diaorang tanya brp lama saya ke sana n diaorang minta saya tunjukkan bukti menginap di mana n tiket balik bila.

      Sama juga masa saya ke Jepun, saya di tahan & diaorang tanya details ttg tujuan saya ke Jepun.

      Delete
    2. Apa lagi yang ditanya ya masa kena tahan tu?

      Delete
    3. Di NZ dia tanya, datang brp orang, nak kemana, berapa hari bercuti, bila balik, tinggal kat mana. Sebagai bukti, saya tunjukkan itinerary dan tiket balik. Lepas pegawai check semua dokumen, dia terus lepas.

      Masa kat jepun, memandangkan saya ke sana 30 hari untuk buat research attachment, dia tanya tujuan ke Jepun, tinggal kat mana dan minta bukti. Tp masa tu saya lupa nak print surat dari University, jd saya hanya tunjukkan bukti saya whatsapp sensei sana. Alhamdulillah diaorg lepas

      Delete
  19. Hi.. Sy pertama kli menaiki pesawat tahun 2019 ini.. Setelah sy bca td tp sy msh krng fhm tkut nnt sy tersesat dlm airport. Blh bntu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama... Ingin ke Sabah . Dan ini kali pertama saya menggunakan kapal terbang....

      Delete
    2. Hi, boleh saya tau part mana yg tak faham? Nanti saya cuba bantu

      Delete
  20. Tumpang tanya.. saya beli tiket online.. dah print siap.. hari selasa nie tiket fly malam dalam jam7.. macam stepnya yach lepas tu.. kena pi awal jam5petang ka.. Smpai aiport nk buat macam mana.. barang bag galas saja.. lebih kurang 2kilo ja baju.. tolong jelaskan.. hehehe takut plak sesat..maklumlah first time naik fly seorang.. dari Penang ke Sabah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandangkan awak first time, saya sarankan awak sampai awal di Airport. At least 1 jam dari masa boarding. Bila dan sampai awak boleh terus ke step 3 (pemeriksaan keselamatan). Selesai pemeriksaan keselamatan awak boleh terus ke gate. Untuk ke gate, awak boleh rujuk boarding pass. Kalau xde nombor gate di boarding pass, awak tengok nombor flight, lps tu rujuk papan info. Nanti tunggu la depan gate sehingga la staf panggil utk naik flight.

      Nanti dan sampai sabah, sblm keluar ke arrival hall, awak perlu lalu pemeriksaan imegresen. Nt serahkan IC/passport. Simpan resit yg diberi dan serahkan balik masa hari berlepas balik ke semenanjung.

      Delete
  21. Wah.bagusnya tuan blog.semua soalan jawab.saya pun dah lama tak naik flight international.nasid ada blog ni.leh refresh balik.thank you.

    ReplyDelete
  22. kalau bli online tak ambil kemudahan penerbngn untuk bagasi . dah siap print pastu ada pula bagsi nak bawa . boleh tak bayar bawa trs ke check in untuk bagasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi harga perkilo sangatlah mahal. Saya sarankan awak buat add-on online. Nt guna je boarding pass sama utk check-in. Tp kalau awak ada beli meal, kena print boarding pass baru sbb nt boarding pass tu dia nak rujuk masa bg makanan

      Delete
  23. Salam, saya baru pertama kali nak naik flight ke korea 11/2/2019 nanti. kalau ade anak yang berumur 3 tahun masih boleh check in online? saya nak pre booking untuk berat luggage. kalau check in dekat kaunter bag terlebih berat akan dikenakan harga yang berbeza kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Biasa kalau fly skali dengan baby kita xleh online check-in, kena kaunter check-in.

      Puan boleh je buat pre-book online, tp nt hr nak terbang puan buat kaunter check-in.

      Ya, beg terlebih berat akan di kira per kg. Harga per kg mmg sangat mahal

      Delete
  24. Asslm..tuan brg seperti jarum insulin pesakit diabetes boleh bawa masuk flight x...sy first time nk naik flight g lgkw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau masukkan ke dalam beg yg nak di check-in boleh je bawa. Tp kalau nak bawa masuk cabin saya tak sure

      Delete
  25. Tuan
    Boarding pass dgn tiket flight tu sama ke?

    ReplyDelete
  26. Boarding pass kita akan dpt lps check in ke?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum saya nak tanya, kalau hand carry bag yg boleh bawak ke cabin tu, luggage saiz 18 inch boleh ke? Terima kasih ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Saiz max utk cabin 56cm x 36cm x 23cm (termasuk roda dan pemegang)

      Delete
    2. Asslumaikum... Nak tanya kalau nak beli tiket di kauter tu beli di mana ye? Saya tinggal di ipoh, perak

      Delete
    3. W'salam. boleh beli dengan syarikat travel agent atau di airport. Tapi saya sarankan beli online je. Sbb lebih mudah dan murah.

      Delete
  28. Hai saya nk tny, kalau utk cabin airasia muat ke kalau bwk luggage 20’? Thanks in advance ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi
      Saiz max utk cabin 56cm x 36cm x 23cm (termasuk roda dan pemegang)

      Delete
  29. Assalammualaikum, nak tanya boleh ke bawa shampu ke cleanser ke dalamn hand luggage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam
      Boleh dgn syarat saiz botol shampoo/ cleanser tak lebih 100ml dan dimasukkan ke dlm plastik/ beg lutsinar

      Delete
  30. Assalamualaikum nak tanya lepas kita beli ticket online pastu boarding pass tu je kan kita kena print and bila sampai airport nak kena buat apa lepastu kalau takda luggage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Lepas beli tiket boleh terus check-in (dlm tempoh 14 hari dr tarikh departure) & print tiket.
      Kalau takde luggage, bila sampai airport boleh terus proceed ke security check dan tunggu di pintu berlepas

      Delete
  31. Ticket flight boleh beli online at least berapa hari sebelum tarikh nak naik flight tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari yang sama pun boleh. Atleast 3-4 jam sblm masa departure

      Delete
  32. Salam..selalunya masa imigresen check dgn custom check utk ke luar negara tu buat ape je? Nnt pegawai tu ada tanya apa2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Takde apa pun, just procedure biasa.

      Ikut pengalaman saya, di Imegresen diaorg just check/cop passport. Jarang sekali dia tanya kecuali dia ada syak apa2.

      Masa dekat kastam diaorg scan barang kita. Kalau kita bnyk shopping biasanya diaorg suruh buka beg n kalau bnyk sngt diaorg suruh bayar tax

      Delete
  33. Klau kta beli tikit untk pnerbangan lgi sbulan di kaunter blih ke,n trus dpt tikit ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yang ni saya tak sure sbb tak pernah beli di kaunter

      Delete
  34. Salam

    Kalau dah terbeli luggage 25kg tapi terlebih lepastu nak tambah 30kg boleh ke ? sebelum check in ? nanti dia akan cas macam mana ya ?

    ReplyDelete
  35. salam, kalau saya dari langkawi balik ke kl gunakan malindo flight perlu ada di aiport langkawi 2 jam awal ke untuk check-in dan check-in luggage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau awak first time naik flight saya sarankan awak ke airport 2-3 jam sebelum berlepas untuk selesaikan urusan check-in dan pemeriksaan keselamatan.

      Kalau dh biasa, lambat pun xpe asalkan sampai sebelum kaunter drop luggage di tutup

      Delete
  36. Salam, 1) kalau saya nak pergi terengganu. tiket saya ke terengganu pukul 6 pagi dan tiket balik dari terengganu pukul 7 petang. kiranya pukul berapa saya kena ada dekat airport? time pergi dah kena ada pukul 2 pagi dan balik pukul 3 petang ke? even dah check in on9 awal? time pergi tak ada luggage. balik je ada luggage.

    2) sebelum 14 hari saya dah boleh check in on9 kan? 1 kertas saje kan boarding pass tu? hanya bawak tu dan ic pergi ke kaunter pelepasan?

    3) untuk luggage, saya dengar cerita kena print dekat kiosk di airport sendiri ye? contoh saya ambil 15kg. tapi nak masukkan 2 beg. saya kena print 2 untuk setiap beg ke?

    terima kasih sudi tolong kami yang baru first time ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam

      Soalan 1
      Memandangkan masa awak ke Terengganu tiada luggage, 1 jam sebelum masa boarding pun dah ok.
      Masa balik, awak ke airport 2 jam sebelum boarding pun ok sbb airport Terengganu tak sibuk


      Soalan 2
      Awak boleh check-in dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas. Ya bawa boarding pass dan IC je

      Soalan 3
      Di airport Terengganu saya tak sure dah ada kiosk layan diri belum. Kalau dah ada kiosk layan diri, ya awk kena print tag dan drop luggage sendiri. Kalau belum ada kiosk layan diri, awak boleh ke kaunter drop luggage airasia

      Delete
    2. untuk domestic.. kalau kita bawa liquid dalam handcarry kena less than 100ml jugak atau boleh lebih ye?

      Delete
    3. Ya, kena bawa less than 100ml. Kalau terbawa lebih juga, tengok nasib pada hari tersebut. Kalau pegawai strict dia rampas. Kalau yang baik dia lepas je

      Delete
  37. Assalamualaikum tuan,
    Sy ni 1st time naik flight bw bagasi, nk tanya adakah perlu sy check-online dl then bila smpai airport check-in utk bagasi pula. Atau adakah sudah tidak perlu check-in online, memadai check-in bagasi shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam
      Sekiranya Tuan/Puan telah membeli ruang luggage secara online, apabila check-in online dibuat secara automatik diri Tuan/Puan dan luggage akan di check-in secara serentak. Semasa tiba di airport, Tuan/Puan boleh terus rujuk papan info untuk drop luggage. Sekiranya perlu lakukan self baggage/luggage drop, Tuan/Puan boleh ke kiosk layan diri untuk print luggage tag. Lepas pasang luggage tag,Tuan/Puan boleh terus ke kaunter untuk drop luggage. Pastikan luggage tidak melebihi berat luggage yang dibeli

      Delete
  38. Salam tuan
    Sy dah check in melalui online, cuma x print boarding pass. Kat mana yer sy blh print balik boarding pass tu di airport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh print guna mesin layan diri. Masukkan booking number je.

      Kalau mesin layan diri problem, boleh ke kaunter khas document check. Cakap je dh check-in tp problem nak print. Nt staf tolong print FOC

      Delete
  39. Assalamualaikum...nak tanya kalau waktu cheak in beg dlm beg ada air tin n roti..ada jd 1 masalah x...kalau ada masalah beg tu kat mana nak ambik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau check-in xde masalah. Boleh bawa. Tapi make sure bungkus elok-elok sebab takut pecah

      Delete
  40. Saya nak tanya kalau kita naik flight dalam negara,adakah kita memerlukan passport ?

    ReplyDelete
  41. Kalau kite pergi ke myanmar, kena tahan untuk tanya x, sebab saya rancang nak beli tiket balik dekat sana. Dekat sni hnya beli tiket one way shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kpd nasib. Tapi ikut pengalaman saya travel di negara asean, imigration tak pernah tanya tiket balik

      Delete
  42. terima kasih banyak info yang boleh kita dapat

    ReplyDelete
  43. Hi, saya nak tanya sekiranya kita beli untuk 20kg baggage untuk 2 bag, kita akan print 2 tag di kiosk selepas check in online?

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum saya nak tanya kalau foreigner buat penerbangan domestik perlu bawa pasport ngan boarding past je kan?
    Ada pemeriksaan imigresen ke untuk laluan domestik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ya untuk penerbangan domestik perlu bawa passport & boarding pass je.

      Laluan domestik takde pemeriksaan imegresen

      Delete
  45. Kalau check in awal, takde nombo gate macam mane bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk tahu No Gate nanti di airport boleh rujuk papan info dengan berpandukan kepada No Flight di boarding pass.

      Delete
  46. (membuka semua perlatan logam/ besi)macam mana pulak kalau orang yang biasa menjalani operation ( ada besi dalam badan)?

    ReplyDelete
  47. if bawak beg galas saja tak perlu check in kan ? dan beli tiket secara kena pergi ke kaunter untuk print tiket ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. *beli tiket secara online

      Delete
    2. Perlu check-in utk dapatkan boarding pass. Nt dh dapat boarding pass boleh print kat rumah/guna kiosk layan diri dan terus ke balai berlepas

      Delete
  48. Asalam. kalau dah check in online, perlu ke check in lagi di kiosk atau kaunter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tak perlu, boleh terus ke ruang boarding.

      Delete
  49. salam , saya pertama kali nak naik flight nak gi sabah , masa pergi saya amik 40kg baggage n balik 60kg baggage n klau yg pergi tu dh print 2 tag kt kiosk yg balik punya kena print juga tag dekat klia2 atau dekat sabah nanti

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum?3hb ni first fly ke kl..tiket blm check in,sy dn ank pastu ada tempah mknn kt ats nnti?mcm mna ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Nt buat online check-in siap2 n print boarding pass. Kalau ada luggage utk di check-in, datang awal ke airport.

      Utk makanan, nt semasa cabin kru edar makanan, stanby boading pass je. Bila dia panggil nama, tunjuk boarding pass tu

      Delete
  51. Assalamualaikum...Nak tanya, saya dah booking flight online tapi belum check in sebab masih lama lagi. Sekarang ni bulan 9, flight saya bulan 12. Tapi ni first time saya naik flight. Time nak pergi nanti boleh tak saya ke kaunter Air Asia terus untuk check in? Sebab saya tak pandai sgt bab2 online ni. Kalau ke kaunter terus untuk check in perlu sedia apa je eh? Thank you min. Baca komen dan reply sgt membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Untuk check-in online, Tuan/Cik boleh dilakukannya dalam tempoh 14 dari tarikh penerbangan.

      Ya boleh. Untuk check-in di kaunter Tuan/Cik hanya perlu sedikan IC/passport penumpang dan wang tunai Rm10-20 bagi seorang penumpang (untuk airasia). Syarikat penerbangan lain percuma

      Delete
  52. Salam cik tumpang tanya...kalau saya beli online untuk 4 dewasa dan yang bawak bagasi 2 orng sahaja kena daftar ke untuk bagasi...dan insurans kena beli kew...
    Kalau isteri saya mengandung perlu kew saya bagi tau semasa saya beli tiket fly..sebab saya fast Time naik fly untuk ke Langkawi...boleh tunjuk cara bagaimana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Untuk bagasi saiz besar perlu daftar masuk ke ruang bagasi.

      Untuk insurance, jika perlu boleh beli. Tapi saya tak pernah beli utk flight domestic.

      Utk wanita mengandung, maaf saya kurang arif ttg Prosedur sbb belum ada pengalaman. Utk details mungkin blh tanya pihak airlines

      Delete
  53. Assalamualaikum.
    nk tanya..
    1.beli tiket online ada limit utk bberapa org saja.. mcm contoh sya nk bli tu 12 org. 8 dewasa 4 kanak2...
    xda masalah kan kalau booking asing2?
    2.utk bag pakaian galas boleh trus masuk ke boarding. utk bag tarik tu..
    bli online hanya 7 kg... 7 kg tu termasuk bag tarik tu skali bag galas ke mcmmana...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam

      1. Ya xde limit tapi kalau tak silap maximum dalam satu booking number boleh 8 orang sahaja.
      So kalau nak beli dalam satu booking number boleh contact pihak airlines. Kalau xnak contact airlines, boleh buat 2 kali pembelian (akan dapat 2 booking number berbeza)

      2. Handcarry dengan berat 7kg memang termasuk dalam harga tiket. Jadi beg dgn berat 7kg boleh bawa masuk kabin tp kalau lebih perlu check-in (Kalau lebih sikit bergantung kpd pihak airlines)

      Kalau ada luggage extra melebihi 7kg, perlu add-on dlm tiket

      Delete
  54. Assalamualaikum, boleh tak terangkan kat saya macam mana kalau transit dulu di KLIA baru ke destinasi? Apa yang perlu dibuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Kalau transit, prosedurnya sama dgn cara untuk naik flight biasa. Perlu check-in semula kecuali kalau Tuan naik flight yg bersambung (satu booking ke 2 destinasi atau lebih). Kalau transit, disarankan untuk tempoh transit tersebut ada gap antara 1-2 jam+++

      Delete
  55. Naik Flight memang best, especially when you are on the board !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi dah hampir 2 tahun sy tak naik flight sbb covid. huhuhuhu

      Delete
  56. Wsalam. Naik flight apa, AirAsia ke? kalau ikut polisi diaorg yg dulu kena bayar skrg x sure. Nak senang, buat je check-in online lps tu print boarding pass di kiosk layan diri. X perlu beratur lama

    ReplyDelete
  57. Assalam....nak tanya kalau check in luggage dia sekali dengan check in kita ka atau kena check in sekali lagi untuk diri kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Biasanya akan check-in skali kalau drop luggage di kaunter. Tapi sekarang bnyk airport yang buat self baggage drop. Jd mmg kena check-in sendiri untuk diri kita kemudian check-in luggage.

      Delete
    2. kalau beg yang nak bawa masuk ke kabin perlu ada tag ka? atau beg yang nak disimpan di perut pesawat sahaja?

      Delete
    3. Untuk beg yang masuk kabin tak perlu tag. Hanya beg yang check-in ke perut pesawat sahaja perlu tag

      Delete
  58. Assalamualaikum . nak tnya sya first time naik flights.

    klu dah book online . kena check in trus ke.atau kena tnggu, sbb sya cuba check in no pasangger found. pdhl semuanya dah sukses pembayaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.
      Bergantung kepada jenis airlines. Ada yg boleh check-in awal dan ada yang boleh check-in bila dh dekat tarikh penerbangan. Kalau airAsia dulu boleh check-in seawal 14 hari sebelum penerbangan.


      Delete
  59. Salam, Jika kita dah print boarding pass apabila cek in online, boleh ke kita print lagi sekali tiket di kaunter pula bila sampai di airport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh. Tapi saya sarankan kalau nak print, print guna kiosk layan diri je. cepat dan selesa tak perlu beratur lama.

      Delete
    2. ok terima kasih sudi balas komen saya

      Delete
  60. Assalamualaikum, saya pertama kali naik flight ke langkawi. saya bawa beg galas saja, cuma masa blik dari sana saya nak bawa blik luggage. apa yang patut saya buat ye? saya naik air asia dri KLIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau barang lebih 7kg/ saiz luggage lebih dari saiz yg dibenarkan untuk dibawa ke cabin, saya sarankan buat add-ons luggage utk check-in ke perut pesawat

      Delete
  61. assalamualaikum... klu hand n carry, 1 beg galas laptop dan 1 beg ditangan berat dalam 5kg lepas x untuk masuk kabin?? atau berat kene campur skali??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh, asalkan campur 2 beg ni +- dalam 7 kg

      Delete
  62. kalau beg handcarry perlu guna tags kah? handcarry yang bawah 7kg

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum tuan...saya bercadang utk mngerjakan umrah.Saya nk tanya,klu saya nk ke Madinah dahulu,adakah boleh memasuki Jeddah/Madinah dgn mudah tanpa travel agency?Utk pengetahuan tuan,saya prnah mengerjakan umrah sebelum ini sbyk 2X.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf yg ni saya tak boleh nak jawab sbb belum ada pengalaman ke sana.

      Delete
  64. saya pun 1st time ni hihihihi, jadi soalan saya..
    1. Luggage kena checkin kt kaunter ataupun kat kiosk jer?
    2. Macam mana nak tahu sama ada luggage tu kurang/lebih dari 7kg? (sbb sya student..kt kolej xde penimbang)
    3. Kalau luggage satu shja + dgn backpack (beg laptop) boleh bawa ke dlm cabin kah luggage tu ataupun kena letak dekat perut pesawat?
    4. Luggage yang berat lebih 7kg kena checkin dekat kaunter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1- Kalau airport sediakan self check-in kaunter, boleh check-in kat self check-in kaunter. Kalau xde boleh ke kaunter.
      2- boleh timbang di airport. Tapi kalau beli ruang luggage di airport, harga akan mahal.
      3- Boleh asalkan gabungan luggage + beg laptop -+7kg (lebih sikit2 xpe)
      4- Ya, kalau lebih 7kg (lebih sikit xpe) perlu check-in

      Delete
  65. Salam sejahtera admin…saya 1st time naik flight…bolehkah admin terangkan step by step utk check in di kaunter??saya naik flight air asia dan saya bawa 1 bag laptop 1 hand carry bag serta 1 luggage around 14kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera.
      1- Pastikan dh beli ruang luggage secara online
      2- Setibanya di airport, check papan info (tengok kaunter check-in dah buka belum)
      3- Kalau dh buka, boleh terus ke kaunter drop luggage

      Note: Make sure xde alatan electronic dalam luggage yg nak d check-in

      Delete
  66. assalamualaikum tuan

    ReplyDelete
  67. Hi, nak tanya if saya bawa 24 inch luggage perlu check in kan? Since saya naik mas and student, mas bagi check in baggage 10kg, jadi check in baggge tu tak perlu bayar kan jika tak exceed limit 10kg tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kalau check-in baggage 10kg dh termasuk dalam harga tiket, tak perlu buat bayaran tambahan.

      Delete
  68. Salam tuan....first time jgk nak fly dgn family. Alhamdulillah terjumpa post tuan dan bnyk info yg sya dpt. Sblm ni mcm rasa cuak je tp skrg ok dah sikit. Harap segalanya berjln lancar nnt.
    Ini sya tulis utk recap sya:
    1.Check in online dan sbb sya x de printer, jd nnt sampai airport blh print boarding pass di kiosk.
    2. Lps tu blh terus ke drop luggage kaunter utk check in luggage
    3. Selesai terus ke pemeriksaan kastam dan terus ke balai berlepas
    4. Pergi ke gate dan tunggu sampai masa utk naik kapal terbang
    Rasanya betul tu kan tuan. Terima kasih sekali lagi, moga tuan beroleh rahmat Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ya, betul tuan steps ni. Memandangkan tuan first time naik flight dgn family, sy sarankan tuan sampai awal terutamanya kalau ada anak kecil. Sbb dgn anak kecil anytime plan kita boleh berubah. Selamat bercuti..

      Note:
      1- Nt sentiasa tgk papan info jam berapa kaunter check-in buka utk baggage drop & masa naik pesawat
      2- Untuk step 3 yg tuan tulis, kalau flight antarabangsa tuan akan lalu pemeriksaan passport & keselamatan

      Delete
  69. In sya allah...terima kasih tuan

    ReplyDelete
  70. Terima kasih byk..post ni banyak membantu.

    ReplyDelete
  71. Maaf, first timer ni. Sy beli myairline tiket online. Ada 1 luggage lebih 7kgs. Fly dr KLIA2.
    Step dia:
    1.Checkin online dlm web myairline
    (Boarding pass amik kt mne, print kt mne)
    2. Chckin luggage kt kaunter manual myairline (masa ni tunjuk IC saja ke atau dah siap2 kena tunjuk boarding pass)

    ReplyDelete
  72. hi maaf nak tanya, prosedur kalau dari international flights dah sampai airport klia2 atau klia, as malaysian kita kena lalui prosedur yang sama ke? contohnya kena lalui imigresen malaysia, pickup luggage dan ke pemeriksaan kastam juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sama je. Cuma utk pemeriksaan imegresen kita ada laluan khas utk pemegang passport Malaysia

      Delete
  73. Boleh tumpang bertanya, saya sudah beli ticket flight tak ternasuk check in luggage. Boleh ka sya add on di kaunter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sarankan add on online. Kalau add on dikaunter harganya akan jadi lebih mahal berbanding harga add on secara online

      Delete
  74. Hi! Kalau flight delay 1hour and half mcm tu , perlu check in lagi sekali ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut pengalaman, tak perlu check-in semula sbb dia masih menggunakan flight yg sama.

      Delete
  75. Tumpang tanya kalau check in dekat kiosk 4 hari sblum flight boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sy tak dapat jawab soalan ni sbb biasanya sy print boarding pass je di kiosk pada hari nak terbang. Check-in biasanya sy buat online je.

      Delete
  76. Assalamualaikum,utk transit.Bila transit di sesuatu airport,sy keliru dgn tempat transit tu sndri.Bila transit tu kita kena pastikan yg kita berada di international departure ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Bergantung kpd jenis penerbangan Cik. Kalau melibatkan penerbangan antarabangsa, cik perlu berada di international departure, kalau flight domestic, perlu berada di domestic departure.

      Delete
  77. Tq, sgt membantu. Next month nak fly..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.