Kesan tukar Domain - Nothing to Somethings

Kesan tukar Domain

Apa jadi kalau tukar domain? 

Ada kesan tak?

Saya pasti ada diantara blogger pernah mengalami situasi di atas. Tertanya-tanya apakah kesannya apabila domain ditukar. Untuk makluman, menukar domain mempunyai kesan yang besar kepada blog anda. Namun begitu ianya tidaklah berkekalan bagi tempoh yang lama. Biasanya kesan ini sangat ketara bagi tempoh 2-3 bulan pertama selepas domain ditukar dan kembali pulih secara perlahan-lahan. Dalam artikle ini saya kongsikan beberapa kesan yang dialami oleh blog saya selepas domain ditukar.

Untuk makluman, blog anda akan berhadapan dengan kesan ini tidak kiralah anda menukar sebahagian atau keseluruhan domain anda.

Contoh menukar sebahagian domain:
nothingtosomethings.blogspot.com kepada nothingtosomethings.com

Contoh menukar keseluruhan domain
nothingtosomethings.blogspot.com kepada makanmakan.blogspot.com


Kesan menukar domain

1- Jumlah pelawat berkurang

Jumlah pelawat berkurang adalah kesan paling ketara dialami oleh blog saya selepas domain ditukar. Sebelum domain ditukar jumlah pelawat harian saya adalah sekitar 4,000 orang sehari, namun selepas domain ditukar, jumlah pelawat berkurang kepada sekitar 1,000 orang sahaja sehari (rujuk gambar dibawah).

Kesan tukar domain
Statistik pelawat selepas domain ditukar

2- Pendapatan iklan berkurang

Memandangkan blog saya digunakan untuk jana pendapatan, kesan daripada pengurangan jumlah pelawat, pendapatan turut berkurang. Sebelum domain ditukar, pendapatan harian saya adalah sekitar USD1.5 sehari. Namun selepas domain ditukar, pendapatan saya berkurang sekitar USD0.5 sahaja sehari.

*****

Namun begitu, anda tidaklah perlu risau. Kesan ini tidaklah lama. Ini kerana terdapat banyak manfaat yang bakal anda perolehi selepas domain ditukar terutamanya sekiranya anda menukar domain daripada blogspot.com kepada .com. Dalam artikel seterusnya, saya akan kongsikan "kesan/ manfaat tukar domain .com" (akan diupdate).

Kesan tukar Domain Kesan tukar Domain Reviewed by Lah Mohd on 13:07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.