Cara buka akaun semasa perniagaan dengan CIMB - Nothing to Somethings

Cara buka akaun semasa perniagaan dengan CIMB

Untuk buka akaun semasa perniagaan dengan CIMB anda ada dua pilihan iaitu:
1- Isi borang secara online
2- Isi borang di cawangan bank

Memandangkan sebelum ini saya telah membuka akaun semasa dengan cara mengisi borang di cawangan CIMB, jadi dalam artikle ini, saya hanya akan kongsikan cara buka akaun semasa perniagaan dengan mengisi borang di cawangan sahaja. Ini kerana, bagi saya cara untuk mengisi borang secara online agak mengelirukan memandangkan terdapat beberapa istilah kewangan yang sukar difahami.


Cara buka akaun semasa perniagaan dengan CIMB

1- Ke cawangan CIMB terdekat

Memandangkan anda memilih untuk membuka akaun semasa perniagaan di cawangan CIMB, jadi anda perlu ke cawangan terdekat. Setibanya di bank, maklumkan anda ingin buka akaun semasa pernigaan kepada staf di kaunter nombor giliran. Sekiranya pelanggan mereka tidak ramai, anda akan terus dibawa ke pegawai yang berkait. 

Pastikan anda bawa bersama maklumat berikut:
i- 1 salinan Sijil SSM (mengandungi sijil -1 helai; dan maklumat daftar niaga - 2 helai)
ii- 1 salinan I/C
iii- Wang deposit (RM1000 - Konvensional atau RM3000 - Islamic)
iv- Cop niaga (Hanya untuk syarikat)


2- Tunggu panggilan daripada cawangan CIMB

Selepas semua borang dihantar, anda perlu menunggu beberapa hari bekerja untuk pihak bank memproses permohonan anda. Sekiranya tiada sebarang masalah, anda akan dihubungi selepas 2-3 hari bekerja. Dalam hal ini, anda perlu ke cawangan bank yang sama anda kunjungi di langkah 1.

Semasa kunjungan kali kedua, semua borang anda akan diproses dan anda akan diberikan kad ATM. Selepas menerima kad ATM, anda akan diarahkan untuk mendepositkan sejumlah wang seperti dipersetujui di pertemuan kali pertama (RM1000 - Konvensional atau RM3000 - Islamic). 


3- Collect buku cheque

Selepas selesai urusan temujanji kali kedua, anda perlu menunggu sekitar 1-2 minggu untuk buku cheque anda siap. Dalam hal ini, anda akan dihubungi oleh pegawai dari cawangan bank yang sama. 

Selesai.

Cara buka akaun semasa perniagaan dengan CIMB Cara buka akaun semasa perniagaan dengan CIMB Reviewed by Lah Mohd on 13:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.