Cara daftar niaga dengan SSM secara Online - Nothing to Somethings

Cara daftar niaga dengan SSM secara Online

Nak niaga tapi belum ada sijil SSM?

Jangan risau, dengan perkembangan teknologi semasa, semua urusan daftar niaga anda boleh lakukan dihujung jari sahaja. Prosesnya pula mengambil masa sekitar 24 jam sahaja untuk diproses. Untuk memudahkan anda, berikut saya kongsikan cara daftar niaga dengan SSM secara Online.


Cara daftar niaga dengan SSM

1- Daftar pengguna

Untuk daftar pengguna, caranya cukup mudah. Anda hanya perlu ke website EZBIZ dan klik "sign Up". Isikan nombor IC, nama penuh dan klik 'Register'. Selepas klik 'Register' anda akan dibawa ke satu page dimana anda perlu mengisi maklumat peribadi secara lengkap. Antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti username, password, alamat email, dan alamat surat menyurat. Selesai maklumat di isi anda perlu klik tik ruang 'Declaration' dan klik 'Save'.



2- Sahkan ID pengguna

Selepas anda berjaya daftar pengguna, anda akan menerima emel pemberitahuan daripada SSM. Emel tersebut antaranya mengandungi "USERNAME" dan arahan untuk anda lakukan pengaktifan dalam masa 14 hari dari tarikh emel diterima. Dalam hal ini, selagi anda tidak melakukan pengaktifan, akaun EzBiz anda hanya boleh di login dan anda tidak boleh berbuat apa-apa. Paparan seperti berikut akan terhasil sebelum anda melakukan pengesahan ID.

SSM


3- Kunjungi cawangan SSM terdekat

Selepas anda menerima emel pemberitahuan SSM, anda perlu ke cawangan SSM terdekat. Fungsinya adalah untuk mengaktifkan daftar pengguna anda atau dalam kata lain adalah untuk membolehkan SSM melakukan pengesahan maklumat diri anda.

Untuk pengaktifan ID di cawangan SSM, masa yang diperlukan tidaklah lama. Seperti kes saya, saya hanya perlukan masa sekitar 15 minit sahaja bermula dari beratur sehingga ID saya disahkan. Dalam hal ini, anda hanya perlu membawa MyKAD sahaja.

Note:
Pengaktifan ini dilakukan sekali seumur hidup sahaja.


4- Daftar niaga

Selepas anda lakukan pengesahan ID, sekarang anda bolehlah "Log In" ke akaun EZBIZ anda untuk daftar niaga. Caranya cukup mudah.  Untuk pendaftaran kali pertama anda perlu login > klik my business services > Klik new business. Dalam hal ini anda hanya perlu isikan beberapa maklumat berkait dan ikuti beberapa langkah mudah sehingga anda berjaya "submit" borang anda secara online.

Selepas borang berjaya dihantar, anda perlu lakukan bayaran pendaftaran. Barayan ini anda boleh lakukan secara online atau bank-in di mesin deposit bank. Sekiranya semuanya telah selesai, anda hanya perlu tunggu sekitar 24 jam sahaja untuk borang anda diproses.


5- Cetak sijil SSM

Tahniah, pendaftaran anda telah berjaya didaftarkan dengan nama xxxx. Pastikan anda download maklumat sijil SSM anda untuk simpanan.

Selesai. 
Cara daftar niaga dengan SSM secara Online Cara daftar niaga dengan SSM secara Online Reviewed by Lah Mohd on 18:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.