Cara ke Pulau Gemia dengan bas/ kapal terbang - Nothing to Somethings

Cara ke Pulau Gemia dengan bas/ kapal terbang

Pulau Gemia?

Secara ringkasnya, Pulau Gemia terletak di daerah Marang Terengganu. Pulau ini merupakan pulau persendirian dan berjiran dengan Pulau Kapas. Jarak di antara kedua-dua pulau ini dianggarkan sekitar 800 meter sahaja dan boleh dilihat dengan jelas (sama ada dari Pulau Kapas atau dari Pulau Gemia). 

Untuk makluman, jeti terdekat yang menghubungkan Pulau Gemia adalah jeti Marang. Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke Pulau Gemia, tetapi tidak mempunyai kenderaan sendiri anda tidak perlu risau. Ini kerana, anda boleh menggunakan bas.

Dalam hal ini, bagi anda yang berada di Kuala Lumpur, anda boleh menaiki mana-mana bas asalkan bas tersebut menuju atau melalui Marang. Setibanya di Marang anda boleh turun di persimpangan lampu isyarat Marang. Sekiranya anda menaiki bas malam, anda boleh berehat di masjid yang berada kurang 100 meter dari persimpangan tersebut. 

Manakala, sekiranya anda berada di kawasan lain selain Kuala Lumpur, anda perlu membeli tiket bas ke terminal bas Kuala Terengganu. Dari terminal bas Kuala Terengganu, anda perlu dapatkan bas antara bandar yang menghala ke Marang. 

Jarak diantara jeti Marang dan persimpangan hanyalah sekitar 500 meter atau sekitar 10 minit berjalan. 

Bagi anda yang ingin ke Pulau Gemia dengan menggunakan kapal terbang, airport terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Mahmod. Dalam hal ini, anda perlu membeli tiket flight ke airport berkenaan. Untuk ke jeti Marang, dari airport anda perlu menaiki taksi.

Note:
Di Pulau Gemia hanya terdapat satu resort, sekiranya anda ingin bermalam anda boleh menempahnya secara online atau walk-in. Untuk makluman, resort ini turut menawarkan beberapa pakej untuk tetamunya. Baca di Sini.

Cara ke Pulau Gemia dengan bas/ kapal terbang Cara ke Pulau Gemia dengan bas/ kapal terbang Reviewed by Lah Mohd on 16:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.