Cara hasilkan artikel blog yang menarik - Nothing to Somethings

Cara hasilkan artikel blog yang menarik

Artikel menarik?

Artikel menarik sememangnya sukar untuk didefinisikan. Ini kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Namun, untuk hasilkan artikel menarik ianya bukanlah sesuatu yang susah. Anda hanya perlu pastikan artikel tersebut kemas, tersusun dan senang dibaca. 

Sebagai blogger, untuk hasilkan artikel menarik anda hanya perlu gunakan fungsi yang terdapat di tool bar blog anda sahaja (rujuk gambar di bawah). Dengan gabungan penggunaan fungsi tool bar yang tepat, artikel blog anda akan kemas dan senang dibaca. Sebagai panduan, berikut saya kongsikan fungsi setiap icon di tool bar.

Fungsi di Tool Bar blogspot


Cara hasilkan artikel blog yang menarik

1- Undo & Redo - 

Fungsi ini digunakan apabila anda ingin mengembalikan semula perkataan yang di padam.


2- Font - 

Untuk menukar bentuk tulisan, anda boleh gunakan fungsi ini. Contoh Makan, makan, makanMeskipun pilihan ini diberi, namun semasa menulis disarankan untuk anda menggunakan satu bentuk font sahaja. 


3- Text Size - 

Untuk hasilkan sedikit kelainan, anda boleh ubah saiz tulisan. Contoh Largest, Large, small, smallest. Namun begitu, ia tidak digalakkan untuk digunakan secara kerap. Ini kerana ia akan menggambarkan seolah-olah blog anda tidak profesional dan keanak-anakkan. 


4- Format - 

Untuk hasilkan artikel menarik, fungsi ini wajib anda gunakan terutamanya semasa anda membuat tajuk dan sub-tajuk dalam artikel. Dalam hal ini, anda diberi 3 pilihan iaitu Heading, Sub heading dan minor heading


5- Bold, Italic, Underline - 

Fungsi ini saya sarankan anda guna apabila anda ingin menegaskan sesuatu perkataan. Contoh anda ingin menegaskan perkataan jangan makan dalam ayat ini. Jadi untuk menegaskannya anda hanya perlu Bold atau Italic atau Underline sahaja. Dalam hal ini, ia akan memudahkan pembaca untuk melihat perkataan penting dalam artikel anda.  


6- Strike through - 

Fungsi ini tidak pernah saya guna. Ini kerana, sekiranya terdapat perkataan yang tidak sesuai, saya terus memadamnya. Bagi saya penulisan mengikut format akademik lebih kemas dan senang untuk dibaca oleh pembaca berbanding menggunakan Strike Through.


7- Text colour & text background colour - 

Selain daripada menggunakan fungsi Bold, Italic dan Underline, fungsi text & background colour juga boleh digunakan untuk menegaskan perkataan dalam penulisan. Contoh "Semasa menaiki train jangan makan di platform atau di dalam train". Meskipun fungsi ini disediakan, namun disarankan untuk anda tidak menggunakannya terlalu kerap. Ini kerana, penggunaan warna yang tidak sesuai akan menyebabkan artikel anda kelihatan buruk dan tidak kemas. Sebaiknya gunakan fungsi Bold, Italic atau underline. 


8- Link, image & video - 

Fungsi ini digunakan apabila anda ingin memasukkan link, gambar atau video ke dalam artikel. Untuk menggunakannya, klik sahaja pada icon tersebut dan ikuti beberapa langkah mudah sehingga attachment anda berjaya dimasukkan.


9- Special characters - 

Special character menyediakan perlbagai pilihan emoji, punctuation dan sebagainya. Sekiranya anda ingin menggunakan simbol khusus di dalam artikel anda, anda boleh mencarinya disini.


10- Alignment - 

Bagi memastikan artikel anda kemas dan tersusun, fungsi ini wajib anda gunakan. Selepas menulis, amalkan untuk Justify artikel anda. Contoh fungsi Justify adalah seperti artikel ini.


11- Number & bullet - 

Penggunaan Number & Bullet sesuai apabila anda ingin menegaskan maklumat penulisan dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami. Bagi saya, fungsi ini sesuai digunakan apabila anda mempunyai terlalu banyak maklumat yang ingin disampaikan.


12- Quote - 

Sekiranya anda ingin menggunakan petikan text daripada wikipedia atau blogger lain, saya sarankan anda gunakan fungsi ini. Ini kerana ia akan membezakan tulisan anda dan petikan text. Contoh:
Kuala Lumpur merupakan ibu Kota Malaysia
Selain itu, ia memberikan satu sentuhan lebih kemas dan tersusun.
Cara hasilkan artikel blog yang menarik Cara hasilkan artikel blog yang menarik Reviewed by Lah Mohd on 13:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.