Cari lokasi tanah dengan telefon pintar?
Semak lokasi tanah secara online?
Betul ke?
Dengan berkembangnya teknologi, kini tiada yang mustahil. Jika dahulu, khidmat juru ukur diperlukan untuk mengetahui lokasi atau kedudukan lot tanah, kini fungsi juru ukur dapat digantikan dengan bantuan telefon pintar anda. Namun, bagi tanah yang kedudukannya berada di tengah hutan, fungsi carian melalui telefon pintar ini tidak dapat dilakukan. Dalam kata lain, khidmat juru ukur masih diperlukan.
Dalam hal ini, carian atau semakan lot tanah hanya sesuai bagi tanah-tanah yang berada dikawasan yang mempunyai jaringan internet sahaja. Ini memandangkan jaringan internet merupakan perkara terpenting yang diperlukan untuk membuat carian atau semakan lot tanah menggunakan telefon pintar.
Untuk makluman anda, carian atau semakan lot tanah dengan menggunakan telefon pintar ini adalah percuma tanpa sebarang bayaran. Dalam kata lain, anda hanya perlu memiliki telefon pintar (smartphone) dan jaringan internet sahaja. Bagi membantu anda membuat carian atau semakan lot tanah, berikut saya kongsikan caranya.
Cara semak atau mencari lokasi lot tanah secara online
1- Install apps MyLot
Untuk membuat semakan atau carian lot tanah, langkah pertama anda perlu install apps MyLot ke telefon pintar anda. Untuk install apps MyLot anda perlu membuka Google Play Store dan taip MyLot. Setelah paparan dibawah terhasil, tekan 'install'.
Sumber: MyLot |
2- Buka apps MyLot
Setelah apps MyLot berjaya di install, langkah seterusnya, anda perlu membuka apps MyLot tersebut. Untuk membukanya tekan 'open'.
Sumber: MyLot |
3- Pilih fungsi peta
Setelah anda tekan 'open', paparan dibawah akan terhasil. Langkah seterusnya tekan icon 'Peta'.
Sumber: MyLot |
4- Pilih jenis perkhidmatan dalam apps MyLot
Setelah anda tekan 'Peta', paparan berikut akan terhasil. Untuk membuat semakan atau carian lot tanah, pada sisi kiri pilih fungsi carian (rujuk gambar - icon yang dibulat warna kuning).
Sumber: MyLot |
5- Buat carian lot tanah melalui apps MyLot
Setelah anda tekan fungsi carian, paparan dibawah akan terhasil. Untuk membuat semakan atau carian lokasi lot tanah, anda perlu masukkan maklumat yang diminta. Antara maklumat yang diperlukan adalah nombor lot, negeri, daerah dan mukim. Setelah semua maklumat di isi, tekan simbol 'search' (icon biru didalam gambar).
Sumber: MyLot |
6- Hasil carian MyLot
Setelah anda tekan icon 'search', hasil carian akan dipaparkan (Contoh seperti gambar di bawah). Anda boleh zoom-in dan zoom-out untuk mengetahui lokasi dan kedudukan tanah tersebut.
Sumber: MyLot |
Ok, Selesai...
Mudah kan buat semakan atau carian menggunakan telefon pintar!
Cara semak lokasi lot tanah secara online
Reviewed by Lah Mohd
on
14:05:00
Rating:
No comments: