Cara ke Rimba Cafe Kuala Kedua, Kedah - Nothing to Somethings

Cara ke Rimba Cafe Kuala Kedua, Kedah

Rimba Cafe Kuala Kedua, Kedah?

Bagi anda yang pernah menjejakkan kaki ke Rimba Cafe Kuala Kedua, saya percaya anda pasti akan membuat kunjungan ulangan. Mana tidaknya, sambil menikmati juadah makanan, anda boleh menikmati kesejukan air sungai mengalir laju dibawah bangku dan meja anda. 

Untuk makluman anda, untuk ke Rimba Cafe Kuala Kedua anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal. Ini kerana, jika anda walk-in kemungkinan untuk ada dapatkan meja agak susah. Mengikut pengalaman peribadi, semasa junkungan saya secara walk-in, semua meja telah ditempah lebih awal. Namun atas insan pemilik/ pekerja Rimba Cafe Kuala Kedua, mereka membuka meja plastik untuk saya. Namun meja ini tidaklah berada di dalam air, tetapi ditebing sungai sahaja. Meskipun begitu, saya sangat berterima kasih kepada pemilik/ pekerja Rimba Cafe Kuala Kedua kerana tetap memberikan kami peluang untuk merasai keenakan makan sambil menikmati bunyi deruan air. Lebih menarik, jika anda bernasib baik anda dapat melihat ikan berenang disekitar kaki anda. 

Rimba Cafe Kuala Kedua
Rimba Cafe, Kuala Kedua

Jika anda telah membuat tempahan awal, anda hanya perlu memaklumkan tentang tempahan dan pekerja akan membawa anda ke meja yang telah ditempah. Meja yang disediakan bersaiz agak besar. Mengikut pemerhatian saya, saiz meja bermula dari 4 orang dan digabung sehingga boleh menampung satu keluarga besar. 

Dari segi harga dan pilihan makanan, bagi saya harganya tidaklah terlalu mahal. Ini kerana anda boleh memilih pakej makanan yang disediakan. Dalam pakej ini, terdapat beberapa menu makanan kampung seperti ayam goreng, gulai daging batang pisang, ulam-ulaman dan pelbagai lagi.

Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu kunjungi dan dapatkan nombor telefon Rimba Cafe Kuala Kedua di facebook rasmi mereka sahaja. Untuk mencari facebook rasmi Rimba Cafe Kuala Kedua ianya tidaklah susah. Ini kerana, dengan menaip sahaja nama Rimba Cafe Kuala Kedua, page mereka akan terus dipaparkan. 

Selain daripada makan sambil mandi-manda, anda juga boleh bermalam atau mengadakan hari keluarga dan sambutan hari jadi. Ini kerana disekitar Rimba Cafe Kuala Kedua ini juga terdapat chalet yang diusahakan. Dari segi parkir, anda tidak perlu risau. Ini kerana pihak pemilik menyediakan ruang parkir yang cukup luas. Namun begitu, jika anda inginkan parkir berdekatan dengan sungai, anda perlulah datang awal. 

Bagi anda yang tidak menempah chalet, anda tidak perlu risau. Ini kerana di Rimba Cafe Kuala Kedua turut menyediakan kemudahan asas seperti surau, tandas dan tempat persalinan baju. Untuk ke Rimba Cafe Kuala Kedua, caranya cukup mudah. Bagi membantu anda, disini saya kongsikan caranya.


Cara ke Rimba Cafe Kuala Kedua, Kedah

Untuk ke Rimba Cafe Kuala Kedua, caranya cukup mudah. Jika anda dari Kuala Lumpur, Pulau Penang, Kelantan atau Sungai Petani, anda hanya perlu setkan perjalanan anda ke Baling. Dari baling anda boleh menyambung perjalanan ke Rimba cafe Kuala Kedua yang jaraknya sekitar 20 minit memandu. Untuk makluman anda, laluan ke Rimba Cafe Kuala Kedua adalah sama seperti untuk ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong. Jarak antara Rimba Cafe Kuala Kedua dan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah sekitar 5 minit memandu. 

Untuk makluman anda, laluan masuk ke Rimba Cafe Kuala Kedua agak kecil. Bagi yang pertama kali ke Rimba Cafe Kuala Kedua, anda mungkin akan terlepas persimpangan masuk ini. Sebagai panduan anda, persimpangan masuk Rimba Cafe Kuala Kedua berada betul-betul sebelum satu jambatan kecil. 

Cara ke Rimba Cafe Kuala Kedua, Kedah Cara ke Rimba Cafe Kuala Kedua, Kedah Reviewed by Lah Mohd on 09:51:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.