Cara semak agensi pelancongan UMRAH berdaftar dengan MOTAC - Nothing to Somethings

Cara semak agensi pelancongan UMRAH berdaftar dengan MOTAC

Agensi pelancongan Umrah berdaftar dengan MOTAC Malaysia?

Kenapa perlu semak agensi pelancongan Umrah?

Sedia maklum, menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah merupakan satu impian bagi setiap muslim. Namun, impian ini mungkin akan terkubur jika anda salah berurusan dengan agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab. Mana tidaknya, wang anda mungkin akan lesap dan pakej yang di impikan hilang semasa hari penerbangan. Lebih menyedihkan apabila anda terpaksa berpatah balik setelah sampai di lapangan terbang. 

Namun tahukah anda, sebenarnya anda boleh mengelak daripada berurusan dan menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan Umrah yang tidak bertanggungjawab. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu membuat semakan terlebih dahulu sama ada agensi pelancongan Umrah yang dipilih oleh anda berdaftar dengan MOTAC Malaysia ataupun sebaliknya. 

Jika melalui semakan, agensi pelancongan Umrah tersebut tiada dalam senarai MOTAC, maka anda sebolehnya mengelak daripada berurusan dan membuat sebarang bayaran atau belian pakej yang ditawarkan meskipun harga yang ditawarkan jauh lebuh murah daripada harga pakej Umrah yang lain.  Jika tidak anda mungkin akan menjadi salah seorang mangsa penipuan agensi pelancongan Umrah tidak berdaftar. 

Bagi membantu anda membuat semakan agensi pelancongan Umrah yang berdaftar dengan MOTAC, berikut saya kongsikan caranya 


Cara semak agensi pelancongan Umrah berdaftar dengan MOTAC

1- Buka website MOTAC

Langkah pertama, anda perlu buka website MOTAC dan cari bahagian 'Perkhidmatan'. Pada bahagian 'Perkhidmatan' pilih 'Perkhidmatan dalam talian'.
Sumber: MOTAC 2023


2- Pilih jenis perkhidmatan

Selepas anda klik 'Perkhidmatan dalam talian' paparan dibawah akan terhasil, klik 'Agensi Pelancongan (Umrah)'
Sumber: MOTAC 2023


3- Buat carian dan semakan

Selepas anda klik 'Agensi Pelancongan (Umrah)' paparan dibawah akan terhasil. Masukkan nama agensi pelancongan Umrah yang dipilih dan klik 'Cari'. Jika agensi pelancongan Umrah pilihan anda berdaftar dengan MOTAC, maka nama agensi pelancongan Umrah tersebut akan tersenarai dalam senarai carian. Jika agensi pelancongan Umrah pilihan anda tiada dalam senarai, ini bermaksud egensi tersebut tidak berdaftar dengan MOTAC.

Antara maklumat yang akan dipaparkan oleh MOTAC termasuklah nama agensi pelancongan, alamat, nombor telefon, nombor fax, nombor lesen, bidang, jenis dan tempoh sah laku lesen. 
Sumber: MOTAC 2023


4- Membuat keputusan

Berdasarkan hasil carian, anda boleh membuat keputusan sama ada meneruskan pembelian pakej atau sebaliknya.

Selesai

Cara semak agensi pelancongan UMRAH berdaftar dengan MOTAC Cara semak agensi pelancongan UMRAH berdaftar dengan MOTAC Reviewed by Lah Mohd on 15:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.